1 Januari 2018 perlaksanaan cukai VAT di Arab Saudi & UAE

Untuk pertama kali di negara Teluk, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 1 Januari 2018 telah mengumumkan perlaksanaan Value Added Tax atau VAT (dekat Malaysia dipanggil GST) yang dilaksanakan ekoran penyusutan harga minyak. Biasalah, bila harga minyak turun, kerajaan mesti cari alternative untuk cari pendapatan. Ye dak

VAT 5%

Kedua dua negara telah mengenakan cukai VAT sebanyak 5%.

Menurut laman sesawang rasmi VAT Kerajaan Arab Saudi, perlaksaan 5% cukai VAT adalah yang terendah di dunia berbanding beberapa negera besar yang lain. Kita kat Malaysia pun kena 6%, depa dapat 5% tu pun dah kira baguih banyak dari kita.

Cuba bayangkan negara yang besar dan hebat macam UAE dan ARab Saudi pun dah kenakan cukai dek sebab kemerosotan harga minyak kebelakangan ni dan tak mau terlalu bergantung kepada minyak, apatah lagi la kita negara kecik ni kan?

VAT/GST kerajaan Saudi merupakan yang terendah di dunia iaitu 5%

Walaubagaimanapun, berbanding dengan Malaysia, oleh kerana depa tak ada apa – apa cukai pun sebelum ni, dengan adanya perlaksanaan cukai VAT, harga barang mungkin akan naik sikit. Semua ni aku ambil daripada sumber yang benar lagi sahih.

Boleh baca statement ni dekat link dibawah ya

Apa – apa pun, untuk maklumat lanjut tentang VAT kerajaan Arab Saudi, boleh rujuk disini

Bagi negara UAE pulak, dengan pelaksanaan VAT, Kerajaan UAE telah menyasarkan pendapatan sebanyak 12 bilion AED untuk kutipan tahun pertama. Fuh, banyak tu. Untuk VAT kerajaan UAE meh tengok sini dan sini.

Harga minyak naik

Selain daripada dikenakan VAT/GST, rakyat Arab Saudi telah menerima satu lagi berita kurang baik. Dalam masa yang sama, kerajaan Arab Saudi telah menaikkan harga minyak petrol; 82% dan 126% lebih tinggi untuk petrol Octane 91 dan Octane 95 tapi harga diesel tak berubah.

Secara tak langsung, sekarang ni harga minyak petrol di Malaysia jauh lebih murah iaitu RM2.26 berbanding Arab Saudi RM2.36 untuk petrol RON 95. Fuh!

Salute, PM Najib!

Dikala negara teluk yang lain mula terkesan dengan penurunan harga minyak yang kini semakin membimbangkan, kerajaan pimpinan DS Najib dah jauh cepat membuat keputusan bijak dan tepat. Tengok la, lepas hampir 3 tahun perlaksanaan GST di Malaysia baru Arab Saudi dan UAE nak laksanakan VAT.

GST penyelamat negara

“GST bukan untuk menyusahkan rakyat, GST penyelamat rakyat, dengan harga minyak dunia jatuh (di bawah) AS$30 setong, Malaysia masih mampu menyediakan pelbagai kemudahan dan mengekalkan semua penjawat awam termasuk pegawai lantikan kontrak.

“Kalau tidak ada GST, bagaimana? Langkah kerajaan memper­kenalkan GST amat tepat dan kena pada masanya,” katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-34 di Kelana Jaya di sini hari ini.

Sumber : Utusan, 19 Januari 2015

 

Luthfi : 3 tahun lepas aku dah tulis dan review pasal GST ni. Boleh baca dekat sini [Baca : GST : Apa Luthfi kata?]

Comments

comments

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

CommentLuv badge