10 perkara yang fresh graduate patut tahu setelah dapat kerja!

Moving on daripada tamat belajar ke alam pekerjaan adalah satu fasa yang penting dalam hidup. Ini merupakan satu milestone yang baharu dalam kehidupan seseorang kerana ia berkiatan dengan masa depan. Ada orang yang suka belajar dari kecik sekolah tadika sampailah ke universiti, tak habis dengan diploma, disambungnya pula Ijazah (degree) kemudian Master dan Doctorate, panjang sungguh masa belajar tu.

Hakikatnya, zaman belajar dan menuntut ilmu ni sangat berbeza dengan alam pekerjaan. Yelah, masa zaman belajar kita hanya disuruh belajar tapi bila dah bekerja kita dibayar untuk melakukan kerja seperti yang terkandung dalam Job description (JD) dan kontrak masa kita mula tandatangani dahulu.

Sebenarnya, tak ramai fresh graduate yang betul-betul boleh move on dari zaman belajar dan ready untuk masuk ke alam pekerjaan sampailah terbawa – bawa budaya dan perangai sebagai “pelajar”, bukannya pekerja. Berdasarkan pengalaman cetek aku, aku nak senaraikan beberapa point yang fresh graduate patut tahu dan bersedia untuk langkah masuk hari pertama ke alam pekerjaan 😁😁

1- Syukur dah dapat kerja

Kalau hang dah dapat kerja, syukur lah dah dapat pekerjaan. Zaman sekarang ni bukannya mudah untuk dapat pekerjaan tambahan pulak pekerjaan tetap. Ada beberapa majikan yang hanya tawarkan pekerjaan berstatus “kontrak” dan hanya jadi pekerja tetap apabila disahkan ataupun diserap masuk ke dalam syarikat. Haru kan?

Sekarang ni dah banyak laman web dan syarikat yang memudahkan pencarian kerja selain daripada recommendation atau kabel kawan – kawan serta keluarga. Bagi aku, pekerjaan yang paling bermakna bila hang masuk ke sesebuah syarikat tanpa recommendation sesiapa dan diambil kerja berdasarkan pengalaman, pendidikan dan kredibiliti. Hebat!

Pengalaman aku, 7 tahun yang lepas, bila keluar je daripada Politeknik, aku pun struggle jugak untuk dapat kerja. Mananya tak susah, bila dihubungi oleh pihak HR, semuanya pakat tanya pasal pengalaman dan aku hanya dapat berikan jawapan yang aku adalah fresh graduate yang berpengalaman 6 bulan ketika buat Latihan Industri. Bila dengar je jawapan aku, ayat standard yang diberi adalah “Terima kasih, apa – apa kami akan telefon balik” dan senyap sampai 2-3 minggu hingga bulan. Alamatnya tak dapat lah.

Untuk rekod, aku dah pergi ke beberapa syarikat untuk temuduga dan kesemuanya kandas. Biasalah, bila temuduga pekerjaan pertama dan bergelar fresh graduate, dan lebih – lebih lagi diploma holder ni ia lebih kepada personal characteristic dan jugak apa yang hang boleh goreng berdasarkan pengalaman LI dan kalau boleh tambah lagi tentang Final Year Project. Alhamdulillah, nasib dan juga rezeki, aku berjaya dapat kerja lepas interview yang ke 8 di tempat kerja yang lalu.

2- Kerja untuk apa? Gaji vs Kerjaya vs Pengalaman

Masing-masing ada matlamat hidup dan sasaran untuk diri sendiri. Bagi aku, sebagai bekas fresh graduate aku sarankan hampa ada matlamat hidup dan sasaran untuk masa depan, sekurang-kurangnya plan untuk 5 tahun pertama dalam kerjaya.

Sebagai contoh, dalam tempoh 5 tahun apa yang hampa target untuk capai dalam kerjaya, nak gaji basic RM 5,000 dalam tempoh 5 tahun ke, nak buat kerja seperti yang hang belajar, nak tukar kerja lepas 3 tahun dan sebagainya.

Dengan adanya matlamat dan sasaran dalam kerjaya, hang boleh terus tentukan hang kerja untuk apa. Adakah untuk cari pengalaman ataupun duit atau apa je lah kan? Hang takkan boleh dapat dua perkara dalam satu masa. Rasanya, untuk permulaan baik cari pengalaman terlebih dahulu dan kemudiannya baru boleh demand gaji.

Perancangan sangat penting sebab ia menunjukkan hang ada target. Kalau keluar dari tempat belajar sebagai Technician, sampai bila nak jadi Technician? Kalau keluar U jadi Engineer, sampai bila lah nak jadi Engineer? Rancang!

Berkenaan gaji, jarang sangat nak jumpa company yang ambil fresh graduate dan bagi bayaran tinggi. Kebanyakkannya company bayar gaji ikut tangga gaji semasa. Mungkin hampa boleh buat sikit survey tentang bayaran gaji untuk fresh graduate dan sesuaikan dengan apa yang hang nak.

Lainlah kalau hang ada komitmen, boleh la demand sikit gaji tu tapi chance nak dapat gaji yang lebih tinggi berbanding tangga gaji semasa sangat rendah dan ia bergantung kepada permintaan dan keperluan sesuatu syarikat tak lupa juga tuah hampa.

3- Suasana alam pekerjaan yang mencabar

Secara jujurnya, alam pekerjaan sangat berbeza berbanding dengan masa belajar. Macam bumi dengan langit. Masa belajar, kita banyak disuap. Kemudian bila naik ke institusi tinggi dah tak disuap oleh tenaga pengajar, tapi dah disuruh untuk cari sendiri seperti yang ditetapkan. Tapi, bila masuk alam pekerjaan, semuanya berpusing 360 darjah yang mana akan rasa pelik kalau tak pernah ada pengalaman kerja.

Kalau ikutkan prosedur, kita hanya akan buat kerja berdasarkan kontrak dan JD. Apa yang JD nyatakan SEPATUTNYA kita kena buat, tapi aku katakan ia semua bullshit dan kadang – kala umpama tak wujud sama sekali. Bila masuk je tempat kerja, kebanyakkan arahan kerja yang kita terima dan buat adalah daripada superior kita sendiri. Dia yang akan tentukan adakah kerja yang diberi tu betul berdasarkan JD. Tapi, kalau dah main dengan kerja ni, apa pun boleh jadi. Kalau boss tu handle dua department, kebarangkalian tinggi untuk buat cross functional job tu tinggi, kalau Head of Department tu hanya ada 1 skop, bermakna selamat la hang.

Apa cabaran yang hang kena hadapi sebagai seorang fresh graduate ni adalah hang tak ada ilmu dan pengalaman macam orang lain. Yalah, nak buat kerja tak tahu sangat. Kalau ada kawan sekerja yang baik dan boleh berkongsi, dia boleh tunjuk ajar TAPI kalau kena yang tak nak bagi kerjasama, merasalah hang kena “sondoi” semua seorang – seorang. Cabaran akan datang dalam pelbagai bentuk, tapi adakah hang boleh mengatasi dan mengendalikan cabaran tu dengan baik?

Selain kerja, perangai boss, kerjasama kawan sepasukan, tak tahu, tak boleh buat, waktu bekerja yang panjang ataupun terlalu pendek (bagi orang yang kerja kuat macam aku ni hehe) merupakan cabaran yang perlu dikenali dan diatasi dengan sebaik – baiknya. Sebab tu orang tua tua kata apa “malu bertanya sesat jalan” ataupun jangan jadi “kera sumbang” dan seboleh – bolehnya janganlah jadi “bodoh sombong”. Nanti tak kemana.

4- Persaingan ditempat kerja

Kalau masa belajar pun kita bersaing sesama sendri, siapa nak jadi best student, siapa yang nak dapat banyak A dan siapa yang hebat masuk U dahsyat- dahsyat, persaingan di tempat kerja lagi la super-duper-maha-dewa hebat!

Bersaing dengan kawan sepasukan, siapa yang nak jadi lagi menyerlah, siapa yang jadi kaki ampu ataupun pembodek boss, siapa yang suka tikam belakang dan tak heran adalah siapa yang dok jadi pendengki dengan kejayaan kita di tempat kerja. Amboi, semuanya benda – benda negatif. Memang pun, saja nak cakap bila hang mula kerja nanti, hang kena buat baik dengan semua orang dan nak tagih simpati orang lain untuk berkongsi pengalaman dan ilmu, macam macam benda yang hang kena hadapi.

Di tempat kerja ni, kena pandai tengok dan buat apa – apa tindakan berdasarkan keadaan. Ada kala hang buat terlampau baik, orang dengki. Kalau hang buat terlalu aktif, orang kata pengacau dan yang paling tak tahan bila terlalu cakap benar akan dicop sebagai orang jahat. Semua ni normal, kalau tak alami semua ni sendiri, hang takkan tahu yang persaingan di tempat kerja tu sangat sengit cuma semua orang kena bekerja secara professional atau dalam bahasa yang baik adalah “persaingan sihat”.

Bergantung kepada skop kerja dan title, kesemua pekerja diberi KPI (atau Petunjuk Prestasi Utama) untuk kita capai. Tak boleh nak follow KPI, tak ada la kenaikkan gaji. Tak hit KPI, bermakna tak ada lah review yang cantik untuk kita untuk kemungkinan dinaikkan pangkat atau gred. Buat kerja berdasarkan KPI serta ngam – ngam, dapatlah scoring berdasarkan apa yang dikehendaki.

Tak mudah, tapi kalau dah tahu cara dan jalan tu InsyaAllah tak ada masalah untuk hadapi persaingan di tempat kerja.

5- Kena cepat belajar

Sebagai Gen Y, kita memang ada banyak masalah diri berbanding dengan generasi Baby boomers dan Gen X. Aku akui sendiri bila masa aku deal dengan kawan sekerja dari generasi Y, banyak sangat masalah dan kebanyakkannya berkaitan dengan diri sendiri. Aku pun Gen Y jugak, tapi aku tak la terlalu terikut dengan perangai Gen Y (eh, perasan pulak rasanya).

Malas mencuba, terlalu bergantung kepada orang lain dan memilih kerja tu jadi satu masalah untuk Gen Y dalam tempat kerja sekarang ni. Kalau tak mau buat kerja, macam mana nak dapat pengalaman? So, buat la apa benda yang orang suruh, senior suruh ataupun yang boss assign-kan. Tak perlu nak memilih.

Kalau seseorang tu cepat belajar, dalam masa yang sama dia akan cepat perform dan semua orang boleh nampak capability seseorang. Tapi jangan risau, orang takkan bagi harapan kat hang untuk perform macam mana orang yang berpengalaman. Orang yang berpengalaman takkan pandang rendah ataupun “peleceh” pekerja yang fresh ni. Tu bagi pendapat aku la sebab diri aku sendiri pun pernah jadi fresh grad so aku paham sangat.

Paling penting, kena cepat belajar dan gunakan segala benda yang hang belajar kat tempat kerja dulu untuk membantu melincinkan lagi kerja yang diberi. Be positive!

6- Malu bertanya sesat jalan

Ini antara masalah yang dihadapi oleh orang muda. Dah dia keluar dengan Degree dan Master, dia dah jadi belagak dah kekadang jadi tahu semua. Tu tak betul. Hidup bekerja ni ada pasang surut. Tak semua benda kita tahu dan tak semua benda ada bertulis. Kebanyakkan syarikat besar bagus dalam bab – bab documentation, procedure dan lain lain, so hang senang untuk tengok buat rujukan. Tapi, berbanding dengan syarikat kecil ataupun syarikat tempatan ni tak sama. Tak ada sangat pun document atau procedure yang tulis dan kebanyakkan operation syarikat tu dipacu oleh orang yang berpengalaman (yakni orang yang kerja lama ataupun berpengalaman di bidang dia).

Sebagai orang baru masuk kerja, lebih molek bermesra dan tanya kepada semua orang. Untuk apa? Untuk mengetahui segala benda yang terjadi di tempat kerja. Tentang proses ke, procedure ke, resepi ataupun cara buat kerja yang betul. TANYA. Itu perkataan yang paling power di tempat kerja. Orang takkan bagitau kat hang dari  A sampai Z dan dari 0 sampai habis. Kalau tanya, InsyaAllah orang kita semua pasti akan bagitau dan cerita.

Bottom down, tanya lah soalan yang bodoh sekalipun dengan niat untuk tahu. Aku suka tengok budak – budak intern dari Europe, depa sangat rajin bertanya dan sifat ingin tahu depa tu sangat tinggi sampaikan soalan depa tu level tinggi dan tak terjawab. Haa, masa tu baru la hang boleh tahu macam mana terrer-nya seseorang tu dalam bidang kerja yang dia lakukan. Kan?

7- High expectation

Biasalah, kalau dah namanya kerja dan dibayar gaji, setiap majikan pasti maukan imbuhan dengan gaji yang diberikan. Bergantung kepada entry dan position kerja, setiap boss pasti bagi harapan tinggi terhadap hang untuk pastikan kerja dan tugas yang diberi tu selesai.

Tapi, jangan risau. Sebab, kalau boss yang normal dan waras, dia hire fresh grad dan dia takkan harap fresh grad boleh buat kerja macam orang yang berpengalaman 5-6 tahun. Kenapa? Sebab dia tahu yang fresh grad ni ada banyak benda yang dia tak tahu dan tak pernah explore bab kerja.

Semua tu sangat subjektif, kalau hang sendiri rasa diri hang tu boleh perform dan tahu semua benda, boss hang akan salute dan takkan expect hang tu as a fresh grad worker la. Mungkin dia akan tengok dan nilai hang tu sebagai satu level tinggi dari fresh grad. Aku cakap macam ni disebabkan ada je boss yang saja ambil budak fresh untuk masuk kerja, dengan alsan depa nak orang baru untuk fikir cara baru, develop benda baru dan segalanya baru. Masa tu la kalau hang ada otak yang gila, boleh la cuba buat gila! Haha

Bercakap melalui pengalaman, masa aku mula kerja dulu, boss aku bagi kerja yang betul – betul macam fresh grad punya level. Lepas aku boleh perform daripada apa yang dia harap dan anggap, terus dia bagi kerja yang lebih detail, skop yang lebih besar dan bila dah dapat kepercayaan, dia bagi aku kerja yang seperti apa yang aku mahukan. Aku tahu aku boleh buat sebab tu aku terima kerja yang dia bagi walaupun pada masa tu aku hanya seorang fresh grad dari Politeknik.

Jangan risau dan takut dengan realiti, rancanglah apa yang kita boleh rancang untuk menghadapinya.

8- Tekanan kerja itu normal

Tekanan di mana mana saja, baik di rumah ataupun di tempat kerja. Cuma kita kena belajar macam mana nak mengatasi masalah tekanan di tempat kerja.

Apa yang aku boleh kata, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. So, selain dari bekerja kita juga kena belajar macam mana nak mengatasi masalah. Alhamdulillah, aku ada pergi beberapa training untuk menangani masalah dan aku rasa buat masa sekarang aku fit untuk hadapi berdasarkan training yang aku pelajari.

Kita kena bijak mengatasi tekanan kerja jangan sampai tekanan kerja tu jadi satu masalah untuk diri kita. Sebagai seorang yang mula bekerja, aku rasa tekanan yang hang akan hadapi adalah macam mana nak pastikan kerja berjalan dengan lancar, macam mana nak handle situasi di tempat kerja dan semuanya pasal kerja.

Jangan jadikan masalah ditempat kerja sebagai satu alasan untuk give up. Tak ada masalah, takkan ada la sebab boss nak hire kita. So, sebagai seorang yang ditugaskan untuk menyelesaikan masalah, kita kena terus kental lah menghadapinya. Dapat gaji kan?

Aku harap hampa yang baru kerja tu tak jadikan tekanan kerja tu sebagai satu point untuk cari kerja lain. Kadang – kadang, masalah dan tekanan tu datang dari diri kita sendiri. Sedaq dak?

Kedit gambar ke Jamesclear.com

9- Sibuk itu tanda bagus

Sejak aku masuk kerja, aku belajar banyak perkara daripada bekas boss aku di B.Braun. Antaranya adalah, aku diajar dan diterapkan untuk sentiasa sibuk. Sibuk tu adalah sibuk yang boleh manage punya la. Bukannya sibuk gila gila. Hehe

Sibuk tu tanda bagus, tanda yang kita ada kerja dan kita penting. Itu untuk secara positif lah, secara negatifnya hang sendiri boleh cakap macam mana.

Dari mula kerja, aku memang diberi banyak tugas / task dalam satu masa. Takkan la nak buat satu kerja je kan? Aku suka buat kerja multitasking yang mana bagi aku ia memakan masa dan mempercepatkan masa di tempat kerja. Tengah dok buat, ghalit tut – tut dah masuk lunch time. Kemudian balik, sambung terus nak balik. Kan bagus macam tu.

Aku rasa sibuk tu bagus sebab ia menyebabkan diri kita lebih produktif berbanding tak ada kerja dan duduk saja. Kenapa? Sebab bila sibuk (bukan terlalu sibuk), kita lebih fokus dan seterusnya buat kerja yang lebih berkualiti. Bagi pendapat aku, masa mula – mula start kerja ni baik ajar diri untuk jadi sibuk supaya nanti ia jadi satu habit yang baik, yang positif dan menjadi satu trademark untuk diri kita sendiri.

Kalau tak sibuk pun, buat – buat lah sibuk supaya orang lain tak “sakit mata” sebab kita tak sibuk dan mungkin duduk saja saja? Haha

Kenapa ? Kredit imej dari Medium.com

10- Kenapa aku Melayu?

To be honest, pengalaman pertama aku bekerja adalah di sektor swasta yang mana dipelopori oleh orang bukan Melayu. Kebanyakan orang Melayu dok tanamkan dalam kepala depa kerja kerajaan, situasi di dalam sektor kerajaan adalah ianya didominasi oleh orang Melayu. So, bila masuk kerja dan tengok ramai sangat orang bukan Melayu (ini adalah masalah tipikal Melayu) mula rasa tak selesa. Tambahan pula kerja di syarikat MNC kan. Cakap English, bukan cakap bahasa Melayu.

Bagi aku, ini adalah masa dan peluang terbaik untuk anak muda Melayu untuk buka mata dan minda tentang bahasa, budaya, dan characteristic seseorang dan bangsa. Sangat terbaikApa yang harus budak-budak fresh graduate lakukan adalah buka minda dan adopt serta hormat orang lain. Kalau boleh jadilah lebih fleksibel menghadapi semua ni.

Untuk fresh grad, buanglah sikap perkauman dalam diri tu, buang jauh jauh demi nak belajar di tempat baharu, nak tahu semua benda dan nak ambik pengalaman orang. Lempaq buang batu pemisah yang berada diantara hang dan orang lain.

Best bila ada environment kerja berbilang bangsa ni. Dalam masa yang sama, hang boleh tengok kualiti kerja dan cara diri hang kerja. Pendapat aku, ni adalah satu peluang untuk belajar dan improve diri. Kita boleh tengok contoh yang paling ringkas dalam hidup kita, macam mana budaya budak sekolah SJKC didalam kelas dan belajar berbanding budak – budak sekolah SK ni. Jauh beza.

Rumusan

Bagi aku, semuanya bergantung kepada kesiap siagaan diri sendiri untuk menghadapi situasi diatas. Sebab tu la setiap IPT atau IPTS sangat sangat menitik beratkan internship ataupun latihan industri bagi semua pelajar sebab pendedahan kerja sangat penting bagi semua orang.

Syukurlah aku ada pendedahan kerja masa Latihan Industi dulu, pada semester ke 4 ketika di Politeknik, selain tu bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang Dell, penjual kain di Kamdar dan pekerja dapur di KFC sebagai satu asas untuk melangkah masuk ke dunia pekerjaan selepas tamat belajar.

Akhir sekali, aku nak cakap Good Luck dan Semoga Maju Jaya!

Comments

comments

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

CommentLuv badge