100 hari bergelar suami

Salam,

Cepat betul masa berlalu. Hari berlalu umpama semalam, rupanya dah 100 hari aku bergelar suami kepada isteri aku. Dah tiga bulan, banyak perkara yang berlaku pada diri aku dan pasangan. Yang penting, kehidupan sekarang tak sama dengan kehidupan di bulan bulan sebelumnya.

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Ar-Rum 30; Ayat 21 

A021

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Sabar

Dari hari pertama aku bergelar suami, orang ramai tak putus putus mengucapkan tahniah atas perkahwinan aku dan kebanyakkan daripada mereka pesan kepada aku untuk sentiasa bersabar. Dalam perkahwinan, kata kunci paling penting adalah sabar. Sebagai seorang lelaki, ketua dan pemimpin harus ada sifat sabar yang paling tinggi. Apa apa pun, kesabaran seorang lelaki setiap kali dicabar. Oleh itu, bertabah dan sabarlah. Sesungguhnya setiap perkara ada hikmahnya.

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Al-Anfaal 30; Ayat 66 : 

A066

Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.

Panas tak sampai ke petang, panas ditengah hari

Bagi aku, perkahwinan ni merupakan perkara yang besar dan sangat serius, justeru itu kematangan sangat penting bagi kedua dua belah pihak terutamanya, suami. Kalau suami tak matang dan tak boleh nak mengendalikan isteri, umpama gajah hilang gading. Tak ada lambang kekuasaan. Sebab itu, lelaki yang matang sangat penting dalam rumahtangga berbanding dengan orang perempuan. Hehe

Apa – apa saja boleh berlaku dalam perkahwinan dan rumahtangga, kematangan je yang boleh menenteramkan segalanya. Kalau tak matang dan masing masing anggap perkahwinan ni macam zaman couple dahulu, memang silap banyak lah.

Kewangan yang stabil

Lepas kahwin, hidup umpama bermula semula, bermula dengan isteri. Masa ni la banyak dugaan yang melanda selain dari bersabar dan berfikiran secara matang / terbuka, banyak perkara yang kena ambil berat terutamanya kewangan. Kewangan sangat penting, dengan cinta dan sayang je tak boleh kenyang dan tak boleh bagi makan sehari – harian. Kebanyakkan survey yang aku lakukan, hampir kesemua pasangan yang baru berkahwin akan mengalami simptom economy crisis (tak berlaku pada orang yang betul betul beruang).

Kesemuanya kena rancang dan teliti balik, terutamanya perbelanjaan dan nafkah kepada isteri. Tak semua orang mampu maintain perkahwinan disebabkan masalah kewangan, tak ada kesefahaman dan masing masing tak sabar. Sebab itu lah kesemua elemen yang diatas sangat penting untuk memastikan kestabilan perkahwinan.

Okaylah, aku nak gariskan 3 point penting bagi kawan – kawan yang nak kahwin dan baru berkahwin macam aku. Masing masing boleh la bagi pandangan sebagai pedoman kita bersama. Tak semua orang suka ambil pandangan, dorongan dan tunjuk ajar orang lain sebab mereka suka benda yang tak diingini terjadi terlebih dahulu baru nak mengadah.

Bayan Lepas
25.08.2015

Leave a Reply