12 jam memandu dari Milan ke Paris melalui Zurich!

Aku saja nak kongsi kisah perjalanan 12 jam pergi dan balik aku bersama kawan – kawan dari Milan ke Paris menerusi Zurich pada 4 tahun yang lepas. Perghh, kenapa dah 4 tahun baru nak share? Alah, saja la nak kongsi pengalaman. Lagipun, dah lama sangat dok sibuk, ni baru ada masa untuk tulis satu entry lengkap macam mana aku boleh bawa kereta sejauh tu dan macam mana aku boleh sekuat tu.

Perjalanan aku dari Milan ke Paris menerusi Zurich yang memakan masa selama lebih 12 jam ūüėÄ

Untuk sekian kali, perjalanan jauh tak asing bagi diri aku, terutamanya memandu jauh di Eropah. Sebab, sebelum ni aku dah berpengalaman untuk memandu secara “gila” di Jerman dan Itali. Aku suka memandu sebab memandu ni bagi satu kepuasan yang tak boleh digambarkan.

Setiap kali ke Eropah, aku memang nak sangat berjalan Рjalan di bandaraya besar. Aku dah jejakkan kaki di Berlin, Milan, Rome dan beberapa bandaraya lain dan target aku kali ini adalah Zurich dan Paris.

Aku mulakan pemanduan bersama dua orang rakan lepas waktu kerja. Kami siap bungkus segala perkakasan dan keperluan. Cukup je waktu kerja, kami terus drive menghala ke arah utara. Waktu tu adalah masa musim panas, so matahari bersinar sangat lama dan jam 530 petang umpama jam 2 petang, terik dan panas.

Kami gunakan kesempatan ni untuk terus memandu walaupun jam dah “malam” tapi cahaya matahari yang cerah dan panas tu menambah semangat kami untuk mengembara.

Keluar dari Itali

Kami menggunakan Autostrada A4 РBarriera Milano Est untuk ke Switzerland. Perjalanan masa tu sangat cantik dan cerah sebab masa summer kan, perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah menggunakana Autostrada A9.

Plaza tol di Milan menghala ke sempadan Switzerland
Nak say bye bye Italy. Hello Swiss

Ini merupakan kali pertama boarder crossing aku di Eropah, kali ni diantara negara Itali dan Switzerland. Seperti yang digembar – gemburkan, negara di EU tak ada pagar kerana depa semua adalah sebuah kesatuan, tapi tidak untuk Switzerland.

Switzerland hanya sertai European Economic Area (EEA) yang mana bersetuju untuk benarkan manusia untuk keluar masuk serta barangan dagangan. (Sumber). So, bermakna ada kawalan di sempadan masuk Switzerland-Itali.

Sampai je dekat sempadan, kami tak turun pun daripada kereta sebab semuanya berjalan dengan lancar. Tak ada pun pegawai yang tahan untuk keluar dari Itali tapi ada pegawai yang tahan untuk masuk ke Switzerland.

Oleh kerana kami pertama kali sampai sini dan tak buat ulangkaji, kami dikehendaki untuk beli “sticker vignette” iaitu pelekat tol untuk semua kenderaan yang nak guna lebuhraya di Switzerland.

Bila kita dah beli sticker vignette ni, dah tak perlu risau untuk kena spot-check dengan polis atau sesiapa saja sebab dah boleh memandu secara sah di lebuhraya di Swiss.

Hi Switzerland!
Sticker “vignette” untuk tahun 2013 yang ditampal pada cermin depan pemandu – Gambar ikhsan Google

Sampai je dekat gate ke Switzerland, kami disapa oleh pegawai wanita yang sangat friendly. Dia tanya nak kemana dan bertanyakan adakah kami ada Vignette.

So, kami pun kata tak ada dan dia  cakap kena beli untuk CHF40. Oleh kerana kami tak ada CHF, kami bagi la EUR 40 dan terus dia lekatkan di hujung bucu kiri pemandu hadapan. Cepat betul! Tak sempat nak kata bagi je dekat kami, kami tampal sendiri. Untuk info pasal Vignette, boleh klik disini 

Lepas je siap tampal dan bayar, kami pun terus berhuhuhu berlalu pergi ke destinasi iaitu Zurich!!

Memandu di Switzerland

Lepas masuk je Swiss, kami semua jadi excited untuk tengok keadaan disekeliling. Oleh kerana aku ni tak buat apa apa study pun tentang Swiss, so kami semua hanya jalan ikut navigator yang aku tetapkan arah ke Zurich. Kami menggunakan Autobahnen A2 dari arah selatan Switzerland, Lugano.

Oleh kerana masa tu dah malam, so kami tak dapat tengok banyak benda la. Tapi, apa yang paling menarik adalah disepanjang jalan kami ke Zurich kami jumpa banya sangat terowong. Kalau dulu dekat Itali paling banyak pun signboad ada tulis 3x terowong, di Swiss ada sampai 7x dan 8x terowong.

Chowwww!!!
Berhenti rehat di Area di servizio San Gottardo Sud
Hai, saya di CH!
Hai, saya di CH! Dengan gaya muka mengantuk!

Kami singgah berhenti di Area d Serivizio San Gottardo, salah satu kawasan Rehat & Rawat di Vignette menghala ke Zurich. Masa tu dah malam, so tak dapat tengok banyak sangat permandangan luar. Aku hanya masuk ke dalam dan lihat sekeliling kedai. Ada la beli something untuk makan sambil memandu.

Matawang Swiss-Franc (CHF) Switzerland #throwback #switzerland
Duit syiling Swiss-Franc (CHF) Switzerland
Hola!
Summer kan? So, gaya summer la

Dekat sini. hang tak perlu pun tukar duit CHF. Dengan EUR, boleh guna jugak tapi baki akan diberi dalam duit CHF. Biasalah.

Yang menarik, kat sini even though dah masuk ke negara Swiss, tapi orang kat sini masih lagi bertutur dalam bahasa Itali. Bahasa Itali merupakan salah satu bahasa rasmi negara ni. Switzerland terkenal dengan negara multi-language.

Pertama kali jejakkan kaki di Zurich 

Aku pun tak pernah rancang dan terfikir nak ke Zurich. Sebab? Switzerland merupakan salah satu negara yang tinggi taraf kehidupannya, so kalau nak kesini kena spend a lot of money sebab mahal.

Memandu dari Lugano, terutamanya pada waktu malam dan tengah malam agak merugikan. Sebab, disepanjang Autobahn ada permandangan gunung – ganang yang cantik dan tasik yang indah. Aku boleh tengok bayang – bayang tasik saja lah sebab gelap! Mujur ada cahaya bulan yang terang, nampak lah jugak. Kalau tidak, gelap je kiri kanan.

Aku berhenti di Rastplatz untuk lelapkan mata. Kawan – kawan dah berdengkur disebelah dan dibelakang. Oleh kerana berjalan masa malam, perjalanan tak boleh la laju sangat, asalnya hanya lebih kurang 3 jam dah jadi lebih dari 3 jam untuk ke Zurich.

Pada lebih kurang jam 3 pagi, aku dah sampai di Zurich. Tengah pagi buta pi sana buat apa? Walaupun dah nak subuh, masa tu matahari dah nak terbit. So, kami pergi rehat dan bersihkan diri.

Lepas tu, terus ronda dan tengok apa ada. Sebab aku ni tak buat apa apa pun study pasal Zurich, kami hanya ronda ikut apa yang ada. Internet connection pun tak ada, so susah nak cari apa benda yang menarik untuk dilawati. Oleh kerana matlamat utama kami adalah nak ke Paris, Zurich hanya tempat persinggahan. Kami hanya jalan – jalan dan tengok keadaan sekeliling Zurich.

Woot!! Kat Switzerland
Ropewalk Zurich! – Berpeluang tengok pasar sehari di pekan Zurich yang simple tapi menarik

Ramai jugak orang yang bangun pagi dan menjalankan aktiviti harian. Aku juga berpeluang untuk tengok apa yang menarik seperti Z√ľrich hauptbahnhof dan lain – lain lagi. Tapi tak berpeluang untuk duduk lama sebab nak pergi ke tempat lain lagi.

Zurich ni tak ada special mana pun, kalau macam aku ni peminat seni bina bangunan, aku tak rasa ia ada design bangunan eropah yang pelik dan menarik. Rasanya sama macam bandaraya eropah yang lain.

Signboard di tengah bandar Zurich
Bangunan tipikal europe

Selain daripada bangunan, Zurich sambungkan oleh tasik yang besar dan siap ada terusan disepanjang pekan tu. Memang menarik. Tapi, Zurich ni agak padat.

kebanyakkan jalan yang tenang, tak ada orang pun sebab masih lagi “tengah malam” atau “pagi buta” hahaa
Antara view yang menarik perhatian aku

Lepas je kami jalan – jalan disekeliling Zurich, tiba lah masanya untuk terus bergerak ke Paris. Apa lagi, terus memandu ke sana.

Vignette : EUR 40.00, minyak & parking : EUR 40.00 (isi dari Itali), makan : EUR 15.00

Memandu di lebuhraya Perancis, Autoroutes 

Aku pilih untuk guna Autoroutes A36 & A6 dari Zurich ke Paris

Oleh kerana aku dah kong memandu sejak malam, aku dah tak boleh nak drive. So, nasib baik ada driver backup boleh la aku tidur semasa dia tengah memandu. Hahaha

Autoroutes merupakan lebuhraya berbayar di Perancis. Sistem yang depa pakai sama sebijik apa yang kita ada di lebuhraya PLUS. So, kalau tak ada kad kredit ataupun automatic payment, kat Autoroutes boleh bayar guna cash (info lanjut disini). Mengikut apa dinyatakan dalam laman web rasmi Autoroutes, di setiap 15 km ada tempat rehat a.k.a R&R ataupun dikenali sebagai Aires de Service yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti kedai, restoran, tempat piknik dan yang paling best ada sambungan WiFi percuma.

Masuk highway jam 3 petang kot. Tiket tol lebuhraya di Perancis. Kenapa hampa nak mansuhkan tol di Malaysia?
Tiket tol di Autoroutes Perancis
Lalalala
Kenderaan yang kami naik, Fiat 500 di Aire de Service de Villabé, Villabé,

Perjalanan selama 6 jam tak terasa sebab kami semua enjoy, terutamanya aku yang tengah dok berehat disebelah kerusi depan. Selain daripada enjoy dengar lagu dan radio Perancis, aku suka tengok permandangan yang cantik di kiri dan kanan Autoroutes. Yela, pemandangan ladang yang besar dan luas, dengan langit yang membiru. Masa musim panas merupakan masa yang paling best sekali kalau nak berjalan – jalan. Sebab itulah ramai mat saleh suka jalan – jalan time musim summer.

Kami berhenti di beberapa Aires di Service untuk rehat, mandi dan makan. Kesempatan ni tak kami lepaskan untuk tengok keadaan sekeliling, gaya hidup manusia eropah, percutian bersama keluarga dan lain lain lagi. Tiba – tiba je teringat kat famili yang nun jauh disana.

Rest area. Only got toilet and parking. Nice place because so green!
Rangkaian lebuhraya di Perancis di Aire d’Arbonne, Arbonne-la-For√™t. Dekat sini hanya tempat berhenti untuk pemandu trak dan hanya ada sebuah tandas.
Bienvenue à Paris! Signboard Menara Effiel menghala ke Paris di Autoroutes A6, Fleury-en-Bière

Perjalanan dari Zurich ke Paris melalui A6 dan A36 memang menarik. Perancis ada satu rangkaian jalanraya yang sangat cantik dan efektif. Cuma negara depa ni besar kan, so dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan cara memandu memang akan ambil masa yang lama.

Kos tol dari Zurich ke Paris : EUR 39.70, minyak : EUR 50.00, makan : EUR 10.00

Akhirnya, sampai jua di Paris 

Lebih kurang jam 1 tengah hari kami sampai di bandaraya Paris. Masuk je bandar, aku dah ambil alih pemanduan sebab kawan aku tak ada lesen memandu antarabangsa. Alah, tak ada lesen antarabangsa pun tak ada masalah sebenarnya, guna je la lesen Malaysia. Kami sampai pada jam kemuncak di hari Sabtu, dimana ramai orang keluar bersama keluarga.

Paris memang bandaraya yang besar. Kagum tengok kiri dan kanan jalan serta sistem yang ada. Berbanding Berlin, Rome dan Milan, personally aku rasa Paris lagi cantik dan terpelihara bangunannya. Terus jatuh cinta!

Hoi hoi Paris!
Sakit kaki drive kereta manual ni. Dari Zurich, Switzerland kami bawak kereta bernombor plate Itali ni ke Paris, Perancis pulak!

Lepas je sampai, kami terus google nak tuju kemana. Ronda – ronda dengan kereta serata bandaraya Paris ni memang tak boleh kemana. Jalan banyak lampu isyarat dan selalu que dan jam. Lepastu kami buat keputusan untuk parking kereta di tengah Paris dan jalan kaki.

Di Paris, masih lagi boleh cari parking spot yang murah dan ditengah Paris. Tak macam bandar lain especially Amsterdam, susah betul nak cari parking yang guna duit syiling. Dekat sini ada mesin parking guna duit syiling, bayar dan pamerkan slip dekat atas dashboard. Save!

Aku rasa teruja bila berada di bandaraya idaman semua orang, bandaraya ikon fesyen, selebriti dan lain lain lagi. Kehidupan manusia kat sini sama seperti manusia dia bandar eropah yang lain. Sibuk, nak cepat dan tak kurang jugak masalah imigran dan gelandangan. sini pun ada.

My nap place
Tak ada pilihan, check in hotel F1 ni dengan harga EUR 43. Takpalah, sekali sekala. Kan? | H√ītelF1 Paris Porte de Ch√Ętillon

 

Aku berlatarbelakangkan Menara Eiffel, simbol Paris dan Perancis

Tak jadi la nak rehat lama – lama sebab nak tengok keadaan sekeliling masa malam, so kami semua keluar untuk tengok menara Eiffel. Masa tu dah hampir tengah malam. Kami semua masing – masing ambik gambar disini, ramai juga pelancong dan imigran yang jual pelbagai barangan cenderamata untuk pelancong. Aku pun ada la beli sikit cenderamata untuk bawak balik.

 Setengah hari di Paris 

Datang jauh jauh, drive penat – penat, hanya mampu jalan setengah hari saja di bandaraya Paris. Apa boleh buat, dah pilih cara ni kan? Pagi – pagi kami keluar untuk ke tempat yang telah kami google iaitu Menara Eiffel di siang hari, Muzium Lovre dan sekitarnya, tak lupa juga untuk ke Hard Rock Cafe Paris.

I consider weird summer in Paris. 12PM still feel so cold. During 5-6PM temperature goes up to 39deg celsius.
Musim panas di Paris boleh dikatakan tak begitu panas, summer apa kalau hanya 21 darjah selsius!
 #throwback #weekend
Pagi pagi lagi ni, tak ada orang sangat. Tak perlu nak berebut ambik gambar di spot yang cantik. Menarik! Selepas Burj Khalifa di Dubai, saya sangat kagum dan jatuh hati dengan Eiffel Tower di Paris. I Love You Paris!
Hola!
Berlatarbelakangkan piramid di Muzium Louvre, Musée du Louvre
Panorama mode dekat Louvre

 

So, banyak lah jugak tempat yang aku boleh terokai masa setengah hari di Paris. Apa yang aku boleh katakan tentang Paris adalah dibawah :

  1. Masa paling minimum untuk teroka dan jalan – jalan Paris, ideally dalam 5 hari. Baru boleh tengok banyak benda. Ada 1/2 hari untuk jalan – jalan di Paris memang tak boleh tengok banyak benda sangat.
  2. Makanan dan minuman sangat mahal (alah, as expected macam kat Paris, Milan dll tak murah)
  3. Dekat Paris banyak gila muzium. Kalau ada bajet, masuk la atlease satu muzium untuk tengok apa yang ada.
  4. Aku tak naik pengangkutan awam, so tak boleh nak komen pasal connection bas ke train ke apa semua, tapi jalanraya yang ada di Paris ni sangat menarik dan mudah. Walaupun ia satu bandar yang padat, sistem jalanraya depa yang mudah. Lagi mudah kalau guna Waze :p

Banyak lagi sebenarnya aku nak tulis, tapi mungkin lain kali bila aku pergi untuk kali kedua. Hahaha

Kos makan : EUR 35.00, Hotel : EUR 43.00, cenderamata : EUR 50.00

Bertolak balik dari Paris ke Milan

Lebih kurang jam 3 petang, aku buat call off dan siap sedia untuk bertolak balik ke Itali. As displayed by Google map, perjalanan balik kami memakan masa selama 9 jam, menggunakan Autoroute A6 menghala ke Lyon, melalui lintasan sempadan Perancis РItali yang menyambungkan ke Turino.

Perjalanan balik yang memakan masa selama hampir 9 jam (ini teori je, praktikal taktau macam mana)

Untuk perjalanan balik, kami tak lalui negara Switzerland dah sebab A6 boleh sambungkan terus ke Itali. Kali ini, kami menggunakan terowong Frejus yang boleh tahan mahal!

Driving back to Italy via French highway, autoroute 36 (A36) towards Lyon. Will cross to Geneva, Switzerland in order to arrive Milan, Italy. I love cloud!
Perjalanan balik dengan permandangan yang sangat cantik. Tapi, lepas tu hujan hahaha! – Autoroute A36

 

 

Isi minyak jap. Second time lepas isi full tadi. Fuhhhh
Kali kedua isi minyak otw balik Itali. Tadi dah isi EUR 50, ni boh lagi EUR 50. Masa ni, minyak petrol berharga EUR 1.65. Di Aire de repos de, Saint-Albain, Shell France E 21, 9 Rue, Santes, France

Perjalanan balik agak mencabar sebab dah letih berjalan di Paris. Nasib baik ada kemudahan terbaik di sepanjang lebuhraya. Berhenti rehat dan mandi, semuanya percuma sebab dah bayar tol kan?

Lepas tengok kemudahan yang ada di lebuhraya Autoroute ni, aku lebih bersyukur dengan kemudahan yang ada di lebuhraya PLUS kita. Lebih baik, bersih, banyak dan mudah.

Tunggu turn nak mandi. Badan dah letih sebab ronda Paris. Nak drive 9 jam. Umpama dari Penang ke KL 2x lepastu pi Johor pulak.
Tengah tunggu turn nak mandi. Kemudahan yang ada tak la besar dan banyak macam kat highway PLUS kita, tapi boleh la. Ada jugak dari tak ada langsung kan? Di Aire de Service de Venoy Soleil Levant
Typical French punya bar. Semua automatik. Ikut suka hampa mau apa
Lepas mandi, molek jugak pekena kopi untuk segarkan mata

Kami teruskan perjalanan hingga ke satu kawasan berbukit dekat dengan sempadan negara Perancis – Itali. Dah sampai di kawasan tanah tinggi dan baru lepas hujan, aku nak tengok jugak permandangan kawasan ni macam mana. So, berhentilah di sebuah tempat rehat. Ada lah ambik gambar sikit. Perjalanan asal 9 jam rasanya tak boleh nak dapat sebab banyak sangat berhenti. Keh keh keh

#throwback Drop by at rest area, from France towards Italy-France border. If i not mistaken, Autoroute 41
Berlatarbelakangkan gunung – ganang sejukkkkkkk

Dari A40, lebih kurang 3 jam lagi nak sampai balik hotel. Fuhh, boleh tahan mengantuk dan letih. Tapi sebab teruja punya pasal, ok je nak drive long distance macam ni.

Tol : Dari Paris A6 ke Lyon to Modane A40 – EUR 59.00, makan : EUR 20.00

Pertama kali bayar tol mahal gila

Dari Autoroutes A40, untuk ke Itali GPS bawak kami menerusi terowong Mont Blanc. Sampai je dekat plaza tol tengok kena bayar EUR 43.50! Fuh, lebih kurang RM170 untuk tol sehala. Sebab kami semua tiga orang, so kos tu dibahagikan kepada 3 lah. Tak la teruk sangat kan.

Ini merupakan pengalaman baharu aku, rentas sempadan dengan terowong. Terowong mahal pulak tu. So, masuk dari Valfréjus Autoroute A43 Perancis, keluar ke Itali Autostrada  A32 Torino-Bardonecchia.

Panjang terowong ni adalah 12.5 km dan perjalanan dalam terowong ni sangat smooth (mungkin sebab mahal, orang guna jalan jauh dan percuma kot). Oleh kerana masa ni dah malam, tak dapat lah aku nak tengok permandangan cantik di Turino.

Woot! Di Itali, orang panggil terowong ni “Traforo di Monte Bianco!!

 

Alhamdulillah, dah sampai Italy. Baru lepas merentasi terowong terpanjang banjaran Alps!!
Alhamdulillah, dah sampai Itali. 300 km to go!

 

Dari sini pun dah jam 12 tengah malam, lebih kurang jam 3 pagi baru boleh sampai hotel dan tidur. Apa boleh buat, dah ada 2 hari je time untuk cuti dan jalan – jalan, macam ni gayanya.

Kesimpulan untuk roadtrip Milan-Zurich-Paris-Milan

  1. Roadtrip lebih berbaloi jika menginap di sesuatu tempat untuk 2-3 hari. Baru boleh tengok sekeliling dengan lebih mendalam.
  2. Kena faktorkan kos minyak dan tol dari tiga – tiga negara, harga tol berbeza, harga minyak berbeza dan macam macam lagi.
  3. Kalau boleh buat la study dulu sebelum nak kemana – mana, nanti tak rasa rugi sangat tang ni tak pi tang tu tak pi.

 

2 Comment

  1. Saya baca habis dan perlahan lahan story ke Paris dan Zurich nie..

    Syiok gila bro..

    Memang patut bro jadi blogger..

    Gaya penulisan menarik banger ma’s..

    Hehehehe

    Salam perkenalan dari Saya

    -mrhanafi-

    1. Terima kasih bro kerana membaca! Dah minat dari dulu suka menulis.

Leave a Reply