12 tahun pacemaker ayah

Teringat 12 tahun yang lalu, ayah disahkan mengalami sakit lemah jantung. Itu pun tau lepas ayah pitam dan bila bawak ke klinik, bacaan darah ayah sangat tinggi dan end up kena pasang pacemaker untuk pastikan kehidupan yang lebih baik. Masa tu aku berumur 16 tahun dan tinggal dekat asrama. So aku memang tak ada dekat rumah.

Bila dapat information dari warden asrama, aku terus bergegas balik untuk tengok ayah yang pada mulanya ditahan di hospital Bukit Mertajam dan lepas tu dirujuk terus ke Hospital Besar Pulau Pinang. Nasib baik masa tu aku dah ada lesen motosikal, mudah la aku nak berulang – alik dari rumah ke hospital. Hampir 2 minggu ayah di hospital, ayah dibenarkan keluar dari hospital dan terus balik ke rumah. Pada saat itu, ayah hidup dibantu oleh pacemaker di dada. Kebiasannya orang kata

Kali kedua

Hampir setahun kemudian, masa aku dan ayah bercuti di Taiping. Tiba – tiba ayah rebah di hadapan pintu hotel dan aku terus telefon Hospital Taiping untuk datang ambik ayah. Aku dan mak bermalam di Hospital Taiping selama dua malam, kemudian ayah dihantar terus ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk baiki pacemaker ayah.

Untuk kali kedua, ayah masuk ke dewan pembedahan untuk baiki dua wire yang menyambungkan ke pacemaker. Alhamdulillah, sejak dari pembedahan kedua untuk membaiki dua wire yang terjejas, tak ada masalah dengan pacemaker ayah.

Follow up setiap tahun

Tahun ni genap 70 tahun umur ayah. Alhamdulillah, sejak dari 12 tahun lepas, aku tanpa gagal teman ayah untuk check keadaan pacemaker ayah. Selalunya, check up pacemaker tak ambik masa lama pun tapi bila rawatan di Klinik Kardiologi Hospital Besar Pulau Pinang ni faham faham la, punyalah ramai orang yang datang buat rawatan.

Ada yang mendaftar untuk kes baharu, ada yang nak buat rawatan jantung dan ramai jugak yang datang untuk periksa keadaan pacemaker depa. Kebanyakkannya orang tua yang mai check pacemaker tapi ada jugak dua tiga orang muda yang telah sakit.

Datanglah awal macam mana sekalipun, lebih kurang pukul 12-1 tengah hari baru boleh siap semua. 😝

Lagi satu tahun

Aku teringat check up tahun lepas bila Medical Assistant, Encik Guna bagitahu ayah yang jangkahayat bateri yang ayah guna tinggal dua tahun. Masuk je tahun ni, lepas buat pemeriksaan, jangkahayat pacemaker ayah dah menurun ke stage Estimated Remaining Life ke End of Life. So, apa yang lazimnya Klinik Kardiologi Hospital Besar Pulau Pinang buat adalah mengesyorkan pesakit untuk buat pemeriksaan dalam masa terdekat iaitu lagi enam bulan.

Kecut perut bila dengar apa yang Encik Guna cakap. Aku terus minta jumpa dengan doktor untuk tanya plan seterusnya untuk menggantikan pacemaker ayah yang hampir mencecah EOL.

Lepas je checked keadaan pacemaker, doktor terus aturkan untuk buat pemeriksaan jantung di makmal Echo. Lebih kurang 45 minit, laporan echo ayah menunjukkan keadaan jantung ayah baik seperti biasa.

Ayah merupakan pesara kerajaan, so boleh la mohon untuk dapatkan gantian daripada kerajaan menerusi JPA.

Gantian pacemaker baharu

Lebih kurang lagi enam bulan dah boleh bincang dan buat temujanji dengan untuk gantian pacemaker baharu. Aku harap ayah kekal sihat untuk teruskan penukaran pacemaker baharu Ayah.

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

2 Replies to “12 tahun pacemaker ayah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge