Pentingnya panggilan kepada seseorang!

Bab ni dari dulu aku amat amat perihatin.. Serius..

Kalau muda tu buat cara muda, kalau tua tu buat la cara tua..

Aku memang tak akan selesa dengan orang yang lebih tua kalau umur dia sama dengan mak aku dipanggil kakak, pakcik yang boleh dikatakan satu geng dengan ayah aku dipanggil abang.

Tapi tu la kan, kalau kita tak panggil akak, ada je orang nak masam muka tarik muka la.. Kalau panggil makcik kang dia rasa dia tu tua sangat. erk, padahal memang tua kot.

Aku memang tak boleh masuk dengan semua ni. Sebab aku amat amat pentingkan panggilan kepada seseorang. Pangkat tetap pangkat. Memang tak boleh nak nafikan.

Kat alam maya ni ada je bebudak kecik, budak sekolah yang banyak bergaul dengan makcik makcik blogger yang sama umur dengan makcik dia. Selamber derk je dia ni panggil kakak kat blogger yang sama umur dengan mak dia tu. Hahaha, eee geli siot. Budak ni pun perasan tua la kot sebab ber-saya-kakak dengan blogger tu. Apa apa pun aku layankan je la.. Tengok je..

Apa yang aku amalkan, sebelum aku panggil seseorang kakak ataupun abang aku akan agak umur dia berapa dan tengok umur anak sulung dia terlebih dahulu. Kalau anak dia tu muda banyak dari aku, kecik lagi ke haaa.. baru boleh panggil dia kakak ataupun abang. Tapi kalau anak dia tu tua dari aku dan dia tetap bahasakan dirinya kakak aku akan tetap panggil dia makcik. Heheh, kalau nak sedap sikit panggil Aunty takpa.. Boleh diterima kot?

Tapi, kalau dengan perempuan pulak aku sebaliknya. Hello, kalau setakat tua dua tiga tahun dengan aku dan kau cuba nak bahasakan diri tu kakak, baik lupakan. Melainkan dia tu memang ada gaya sebagai kakak dan matang, aku boleh terima. Aku akan selesa dengan dia kalau dia nak anggap diri dia tu kakak dengan aku. Tapi, kalau perangai macam budak budak tapi suruh aku panggil dia kakak. hahaha sori beb!

Seronokkan tengok orang, terutamanya kat tv. Ada artis artis muda yang baru masuk dunia hiburan dua tiga bulan membahasakan diri dan memanggil artis veteren yang sebaya umur bapak dia tu abang. Haritu, aku ada tengok sorang artis ni la kan, masa diinterview oleh pihak tv, semasa pelancaran album dia dengan seorang artis veteren. Sesedap rasa je dia panggil kat artis lelaki tu abanggg padahal, orang dah tau jauh beza langit dengan bumi. Rasanya jarak bumi dengan matahari kot? Ayoo..

Eh, aku memang cerewet ataupun orang kat sekeliling ambil mudah benda ni?