Transit di Dubai

Salam..

Sekarang jam 230pagi waktu Dubai. Aku transit dekat sini untuk ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, perjalanan 6 jam penerbangan dari Munich ke Dubai sangat lancar. Tambahan pulak layanan Emirates sangat sangat memuaskan!

image

Oleh kerana di Munich tadi tak sempat nak beli buah tangan langsung, aku pon borong lah coklat di Dubai ni.
Tukar 50€ dapat 236 Dirham UAE. Bersamaan lebih kurang RM200+. Boleh la beli barang sikit.

Ingatkan nak beli balang shisha tapi duit dah abis sebab beli coklat. Hehe next time la pulak!

image

Tak menyesal rasanya aku rancang untuk transit di Airport Dubai ni. Lain kali boleh rancang lagi! Lain kali nak transit dan tidur semalam kat Dubai. Hehe

Semoga selamat sampai Malaysia!

Posted from WordPress for Android
Powered by Samsung Galaxy Tab

Seminggu di Memmingen Germany

Salam,

Akhirnya aku sampai jugak di Memmingen, Germany untuk seminggu. Tujuan aku datang sini adalah atas urusan kerja. Buat masa ini, dah 4 malam aku kat sini.

So far, alhamdulillah.

Quite busy since I arrived here. But nevertheless, just wanna share with you my apartment in Park Hotel.

image

Typical German room and water heater

image

My room. two single bed. but I stay alone

image

got bar, if wanna cook something

image

as well got bar and dining table

image

TV and workstation

image

Bathroom

image

Nice bathroom

image

window

So, 1 week stay here cost me around 100€. I dont care about it. I dont pay it. Hehehe.

So later I will share again here ;-)

Posted from WordPress for Android
Powered by Samsung Galaxy Tab

Dua tahun di B.Braun Medical Industries Sdn Bhd

Salam,

Masa memang terlalu cepat pergi meninggalkan kita. Ia akan pergi dengan lebih cepat apabila manusia alfa dan leka. Sedar tak sedar, daripada entry pertama yang aku tulis pasal tempat kerja baru menjadikan ia satu titik mula baru dalam hidup aku. Sekarang, aku dah tak seperti dulu. Dua tahun memberi banyak makna dan mengajar banyak kata kata kepada aku untuk terus semangat.

Pekerjaan pertama pasti memberikan impak yang hebat didalam hidup seseorang, dan akulah antara orang yang menerima impak tersebut. Hari demi hari, bulan demi bulan dan kini tahun berganti tahun. Mungkin oleh disebabkan pekerjaan aku yang hari hari bermain dengan penyusunan dan perancangan yang teliti, aku ternanti nanti hari yang akan datang. Setiap hari menghitung hari esok. 24 bulan disini seperti hanya baru 12 bulan. Terlalu cepat!!

Tinggal

Tahun lepas, aku nekad untuk meninggalkan company untuk memenuhi cita cita idaman setiap bumiputra diatas muka bumi Malaysia ini. Ya, meninggalkan syarikat untuk berkhidmat dengan kerajaan Malaysia. Pada tengah tahun 2010, aku ada memohon untuk bekerja di sektor kerajaan. Oleh kerana masa itu minda masih lagi terikut ikut dengan bawaan dan saranan orang disekeliling aku pun memohon dan setahun selepas itu aku lulus temuduga dan dimasukkan kedalam calon simpanan. Empat bulan selepas itu, aku ditawarkan untuk masuk menjadi pekerja awam seperti yang dipinta.

Tapi itulah, bukan rezeki kita. Akhirnya aku tolak jawatan tu dengan alasan aku mahu menggunakan diploma dan terus timba ilmu dekat company sekarang. dan, aku nak kejar cita cita aku untuk pijak tanah asing, Jerman,

Tanggungjawab

Semakin lama, semakin berat tanggungjawab aku disini. Alhamdulillah, dengan kepercayaan yang diberi oleh boss untuk mengambil alih projek berikutnya, aku semakin bekerja dengan skop projek baru. Sekarang, aku mengambil alih projek mesin packaging berbanding mesin sub assembly yang telah aku pelajari sejak dua tahun lepas. Walaubagaimanapun, skop kerja utama aku masih tak lari dalam bahagian seliaan bangunan baru, production dan lain lain lagi.

Tugas makin berat dan makin mencabar. Sehubungan dengan itu, aku perlu jadi lebih kuat dan berani.

Sambutan ulangtahun kedua

Ada orang kata, aku perlu menyambut ulangtahun yang kedua ini bersama rakan rakan. Errrr..nampaknya aku tak ada masa untuk menyambutnya disini kerana aku akan menyambut ulangtahun itu dengan terbang ke tempat yang aku idam idamkan.

Alhamdulillah, apa yang aku nak tercapai. Esok, aku akan berlepas ke Munich untuk projek mesin aku yang pertama. Trip pertama aku ni tak lama pun, cuma seminggu.

Sekali terbang, terbang jauh jauh

Untuk pengetahuan, ini merupakan kali pertama aku akan keluar negara, kali pertama aku nak merasa naik kapal terbang dan kali pertama aku uruskan kesemuanya!

Fuhhh agak mencabar lah nanti. Macam mana rasanya berada diatas kapal terbang, berada di negeri orang dan bagaimana rasanya nak bawa kereta disebelah kiri!!? Huhu

Okeylah.. ini saja yang aku nak coretkan. ;)