Memandu ke Florence dan Rome!

image
Peta pemanduan solo aku dari Milan ke Rom

Sebenarnya dah lama pun perjalanan aku ke Itali, enam bulan yang lepas. Hehe baru sekarang aku nak tulis dan kongsi perjalanan aku kat sana. Apa apa pun, perjalanan aku kesana sebenarnya atas urusan kerja tapi aku dapat luangkan masa cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad ke tempat yang aku idam – idamkan iaitu Florence (dalam panggilan orang Itali : Firenze) dan Rome (dalam panggilan orang Itali : Roma).

Aku tinggal di pekan kecil Caravaggio yang terletak 20 minit memandu ke bandar Milan (dalam panggilan orang Itali : Milano) untuk tugasan perniagaan selama enam minggu. Oleh kerana aku keseorangan, banyak aktiviti yang aku lakukan ditemani oleh kereta aku, Fiat 500 (atau disebut dalam panggilan orang Itali “Chinque Cento” yang bermaksud Lima Ratus) dan iPhone yang mempunyai langganan internet daripada penyedia Vodafone Italy (VodaIT). Continue reading “Memandu ke Florence dan Rome!”