Hilangnya semangat untuk berblogging

Salam,

Sebelum hadirnya media sosial yang pantas dan berpengaruh, blog merupakan salah satu medium untuk berinteraksi antara satu sama lain, menyampaikan maklumat dan juga berkarya. Ada banyak benda yang boleh dilakukan di platform blog yang mana sangat menarik tapi, momentum blogging dah makin lama makin berkurangan (ke aku je yang rasa macam tu?)

Dengan adanya platform yang mudah, pantas dan ringkas seperti Facebook, Twitter? dan juga Instagram untuk dua tiga tahun kebelakangan ni, aku rasa fokus aku pada blog sangat merudum, buktinya boleh lihat dengan ketara bilangan posting yang aku tulis berbanding hampir lima tahun lepas, rindu berblogging dan kembalinya aku ke platform blogger ber-domain-kan Luthfi.MY.

Aku nak senaraikan punca kenapa aku tak boleh nak berblogging!

1. Faktor masa

Sebenarnya, faktor masa tak boleh dikatakan punca aku tak boleh nak berblogging macam dulu. Kalau nak dibandingkan dengan masa student dulu, masa tengah bekerja ni aku ada banyak masa free yang mana aku tak perlu nak struggle untuk belajar dan fokus pada perkara yang penting.

Kalau nak kata aku sibuk sangat masa kerja, tak sangat sebab dalam masa yang sama aku boleh je update Instagram, Facebook dan kadang kala tweet kat Twitter. So, alasan “sibuk” tu bukan jadi penghalang. Mau dengan tak mau je.

2. Tak ada internet dan tak ada komputer

Alasan ni memang sangat tak boleh pakai. Lima tahun lepas, aku sanggup beli pass internet RM3 untuk setengah hari, aku sanggup pergi ke cyber cafe untuk berkarya di blog tapi kenapa bila aku dah ada segalanya masih tak boleh nak update blog?

So far, dua je alasan yang aku boleh senaraikan kat sini kenapa aku tak boleh nak berblogging macam dulu. Apa pun, satu perkara yang utama ialah “mau atau tak mau” itu je. Kalau mau, semua benda boleh buat walau sesukar mana sekalipun.

Aku kena ubah mentaliti, kurangkan buang masa di Instagram dan curahkan semua idea tu dalam bentuk penulisan yang lebih bagus. Dalam masa yang sama, aku nak optimize interface blog aku ni untuk jadi lebih menarik, seperti yang aku buat lima tahun lepas.

Bukan susah mana pun nak berblogging. Mau atau tidak.

Luthfi
2015-04-23
18:00

Happy 1st Anniversary, LUTHFI.MY!

Salam,

Time had flies so fast! Actually, on 12th April its the first anniversary of my beloved blog, Luthfi.MY after back to Malaysian Blogspace and move to Blogger platform.

Look back at one year ago, not so many posting that I have write here.

I hope I can write and contribute more after this, including the most exciting event which will happen less than 30 days!

Regards,
Luthfi

2015-04-20
10:50 am

Makan di Nada Lama, Hotel Equatorial, Bukit Jambul, Pulau Pinang!

Salam,

Aku nak kongsi pengalaman aku makan di sebuah restoran baharu di Hotel Equatorial, Penang yang baru je dibuka (err.. tak la baru sangat). Boleh dikatakan setiap tahun, lebih daripada dua kali aku makan dekat sini (tu pun makan cemei) dan bergantung kepada majlis yang berkaitan dengan kerja.

Apa pun aku pernah juga makan sini bersantai santai dengan cik tunang.

Okay, untuk restoran Nada Lama dah dua kali aku menjejakkan kaki kat sini. Bagi orang yang suka makan banyak boleh la cuba pergi makan kat sini. Hidangan di hotel ni adalah secara buffet.

Semalam aku pergi makan malam (dinner) package Weekend Surf and Turf BBQ Buffet Dinner, bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam. Not bad, ramai betul orang malam semalam.

Restoran Nada Lama, imej dari laman web rasmi Equatorial Penang

Makanan kat sini berkonsepkan pelbagai variasi, apa yang hang nak makan semua ada! Dari makanan Melayu, Cina, Inda dan juga makanan barat. Apa yang aku sangat tertarik dengan Nada Lama ni adalah konsep dekorasi dan suasana tempat makan yang sangat ekslusif! Paling menarik, BBQ corner yang ada pelbagai jenis daging, dan makanan laut yang sangat segar!
Lapik Meja | Nada Lama | EQ Hotel | Penang
Bukit Makanan Laut Segar | Nada Lama | EQ Hotel | Penang
BBQ | Nada Lama | EQ Hotel | Penang
Pemanis Mulut | Nada Lama | EQ Hotel | Penang

Ikhlas,

Luthfi
Sabtu, 11 April 2015
10:20 pagi

Serangan di Yaman : Siapa sebenarnya Syiah Houthi?

Diambil dari laman blog Detik Islam :

Arab Saudi dan gabungan negara-negara Teluk melancarkan serangan untuk menggempur pemberontak Syiah Houthi di Yaman. Tidak main-main, Arab Saudi mengerahkan 100 pesawat pejuang dan 150 ribu pasukan. Sedangkan UAE, Kuwait, Bahrain, Qatar, Jordan, Maghribi dan Sudan masing-masing mengerahkan 30, 15, 15, 15, 1, 6, 6, dan 3 pesawat pejuang.



Siapa sebenarnya Syiah Houthi dan bagaimana kekuatannya sehingga dikerahkan begitu banyak pasukan untuk menggempurnya?

Syiah Houthi adalah kumpulan militan Syiah Zaidi yang beroperasi di Yaman. Syiah Zaidi merupakan salah satu cabang dari Syiah Imamiyah Iran. Walaupun bukan majoriti, Syiah Zaidi pernah berkuasa di Yaman hingga tahun 1962.

Dari data Aljazeera, syiah Houthi pertama kali melancarkan pemberontakan pada tahun 2004 di Saada. Mereka beralasan, tujuan pemberontakan waktu itu adalah menamatkan marginalisasi politik dan ekonomi di Yaman Utara. Namun ditegaskan, tujuan utama pemberontakan mereka adalah untuk mengembalikan kekuatan Syiah yang pernah memerintah Yaman selama hampir 1000 tahun.

Dalam propagandanya, Syiah Houthi mendakwa berjuang agar semua warga Yaman memperoleh haknya. Mereka berkata, penduduk Yaman baik di Utara dan Selatan sedang ditindas oleh penguasa sekular.

Syiah Houthi mengambil bahagian dalam pemberontakan pada tahun 2011. Itulah momentum paling menguntungkan bagi Syiah Houthi. Mereka yang minoriti boleh bergabung dengan arus utama rakyat Yaman dalam menggulingkan Presiden Ali Abdullah Saleh dan kemudian memperoleh penerimaan politik di Yaman. Tapi mereka segera memisahkan diri dari sisa kekuatan politik yang menggulingkan Presiden Ali Abdullah Saleh. Mereka kembali melakukan aksi tentera dan dalam enam bulan terakhir telah menguasai San’aa dan sejumlah wilayah Yaman.

Kekuatan Syiah Houthi meningkat drastik sejak Oktober 2013. Wartawan Aljazeera mencatat, tiba-tiba mereka mempunyai senjata-senjata baru yang jauh lebih canggih dari sebelumnya. Mereka mampu mengalahkan dan mengusir ribuan orang non-Syiah di bandar Dammaj. Pada bulan Januari 2014, militan Houthi melakukan serangan lebih jauh ke selatan dan berjaya mengalahkan salah satu formasi suku utama, Persekutuan Hashid, sebelum mencapai Arhab, dan suku lain yang hanya tinggal berjarak 50km dari San’aa.

Apakah senjata-senjata itu dari Iran? Mungkin saja. Sebab peranan Iran juga terlihat dalam menghadapi Arab Saudi dan gabungan Teluk ini. Iran telah memberi amaran kepada mereka menghentikan serangan atas Syiah Houthi di Yaman, walaupun Syiah Houthi sendiri mendakwa tidak akan meminta bantuan Iran.