Kalau bagi peluang …..

Salam,

Pejam celik pejam celik dah sebulan lebih aku bergelar “suami” orang. Ya, lepas beberapa bulan je merasa jadi “tunangan” orang, aku terus rasa tak sabar nak upgrade status tu jadi yang halal. Bukan mudah untuk lalui semua ni, yang pasti apa yang aku rasa semua orang melalui cabaran dan laluan yang sama, cuma laluanya berliku mudah atau sukar.

Tunangan Orang

Sekali lagi aku nak sentuh pasal tunangan orang ni…

Betul kata orang tua tua, waktu “darah manis” ni memang tempoh masa yang sangat sangat sangat mencabar. Kita boleh je elok – elok happily bersama masa status “couple” tapi tak semua orang boleh duduk dengan tenang dalam tempoh tunangan orang.

Kalau orang dulu – dulu tempoh tunangan orang ni penting untuk kenal hati budi dan serasikan diri dengan bakal isteri/suami tapi untuk zaman moden yang semuanya pilih sendiri tak ada maknanya dah. Ia lebih kepada “ikut adat” dan tempoh “lesen L”.

Sebolehnya, letak dan planlah masa tunang tu sesingkat mungkin sebab lagi lama tunang, lagi banyak cabarannya.

Bagi aku, aku gunakan masa “tunangan” orang ni sebagai greenlight untuk selesaikan urusan untuk berkahwin. Dah dapat lesen L, boleh lah kemana – mana bersama – sama untuk uruskan urusan berbanding status couple yang lebih direstui oleh keluarga.

Akad nikah 

Ye, sejujurnya aku tak rasa gementar pun 24 jam sebelum nak bergelar suami. Aku tak rasa pun panik macam mana yang dikhabarkan oleh kawan kawan yang telah melalui masa tu. Tapi, bila dah sampai dekat rumah wife, aku tiba -tiba rasa seram sejuk dan darah naik ke otak dengan laju. fuhhhhhhh, perasaan tu tak boleh digambarkan dengan kata – kata.

Perasaan gementar tu datang dengan tiba tiba lepas tok kadi sampai. Nasib baiklah aku dah jumpa terlebih dahulu dengan tok kadi sebulan dua sebelum kami menikah. Masa tu, aku dah sembang dan bagitau expectation aku kat tok kadi dan masa tu juga tok kadi dah bagitau kat aku apa yang dia nak aku lakukan dan rancang semasa hari pernikahan kami nanti.

Alhamdulillah, dapat tok kadi yang sangat baik dan lembut tapi tak sangka pula masa akad nikah tu suara dia yang lembut dan imej dia yang cool tetiba jadi suara besar dan kuat! sampai satu rumah boleh dengar suara tok kadi tu. hehehe

Kalau diberikan peluang lagi, macam mana?

Lepas balik bekerja, ramai diantara kawan sekerja aku tanya pelbagai soalan tentang kahwin, perasaan, dan macam macam lagi soalan yang aku rasa happy nak jawap, dalam banyak banyak soalan, terbit satu soalan yang aku sendiri rasa “perasaan” tu masih lagi melekat dalam otak, akal dan minda aku ni

Kalau diberikan peluang untuk kahwin sekali lagi, hang nak kahwin lagi tak?

Dan jawapannya terus aku berikan, “tidak”.

Dalam entri yang lepas aku ada cakap, bukan mudah untuk kahwin, bukan mudah untuk menikah.Segala apa yang aku lalui semasa zaman bercinta, tunang dan masa-nak-kahwin betul betul membuatkan aku rasa “tak perlu: untuk kahwin kali kedua. Bukan aku je yang bagi jawapan macam ni, tapi aku tanya balik soalan yang sama ke kawan kawan. Jawapannya pun sama. "Tidak”. Masa kedepan – kedepan aku tak tahu..

Hahahaha

Alhamdulillah

Bayan Lepas
2015-07-01
7:31 pagi

Ramadhan 1436H / 2015

Salam,

Hari ni, bermulalah puasa Ramadhan untuk kita umat Islam di Malaysia.

Kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan dan kenalan, semoga Ramadhan tahun ini dapat memberikan 1001 hikmah kepada diri kita. Marilah kita sama – sama perbanyakkan amalan kerana bukan senang untuk dapat pahala bonus macam ni.

Luthfi
2015-06-18
Bayan Lepas

Majlis Tilawah & Menghafaz AL-QURAN Peringkat Antarabangsa ke-57

Salam,

Keputusan Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa 1436H/2015M
Tilawah – Qari
1. 91.75% Iran
2. 91.38% Malaysia
3. 90.97% Filipina
4. 90.10% Brunei
5. 87.55% Algeria

Tilawah – Qariah
1. 91.55% Indonesia
2. 88.36% Filipina
3. 86.97% Malaysia
4. 86.47% Brunei
5. 80.13% Thailand
Hafazan – Hafiz – 30Juz
1. 97.63% Qatar
2. 96.26% Kuwait
3. 92.75% Tunisia
Hafazan – Hafizah – 30Juz
1. 89.50% Malaysia
2. 89.38% Mauritania
3. 88.25% Tunisia
Sedutan Majlis Tilawah & Menghafaz AL-QURAN Peringkat Antarabangsa ke-57 dari akaun Youtube JAKIM :

Pembukaan : 


Hari Kedua

Hari Ketiga

Hari Keempat

Hari Kelima


Hari Keenam, Penutup dan Penyampaian Hadiah

Luthfi kata :

Walaupun Malaysia tak menang Qari dan Qariah, tapi mutu pertandingan kali ini sangat sangat tinggi dan kagum dengan bacaan semua Qari, Qariah, Hafiz dan Hafizah yang bertanding!!




Luthfi dah kahwin!

Salam,

Alhamdulillah, tanggal 16 Mei 2015 secara rasminya aku dah tinggalkan zaman bujangku. Akad Nikah yang berlangsung pada jam 11 pagi di Paka, Terengganu telah menanggungjawabkan aku untuk menjaga isteri aku selamanya. Bukan senang nak buat keputusan untuk berkahwin, tapi itulah dikatakan oleh Allah dalam surah An Nuur ayat ke 32.

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui"

Allah tak pernah halang dan bantutkan apa yang kita niat, tapi aku percaya, jika aku niat untuk teruskan perhubungan dalam cara yang diberkati Allah, pasti DIA akan mudahkan dan tunjukkan jalan kepada aku untuk terus ke alam perkahwinan.

Tunang

Pada hari Jumaat, 20hb Febuari aku dan keluarga ke negeri Terengganu untuk majlis pertunangan aku dengan “awek” aku masa tu. Yelah, memang tak rancang pun nak bertunang sebab aku tahu buat banyak banyak majlis ni perlukan banyak perancangan, masa dan duit. Tapi bila dah berbincang dengan keluarga, walaupun bertunang ni hanya “adat” kita orang Melayu aku teruskan juga sebab ini lah satu satunya cara untuk dekatkan kedua – dua belah keluarga. Aku dan dia memang dah kenal lama, kalau tak bertunang macam mana nak rancang dan bersua muka.

Sebelum tunang, aku dah jelaskan berapa lama tempoh pertunangan sebab banyak orang kata masa dok jadi tunangan orang ni la banyak betul cabaran yang melanda. Aku bergelar tunangan orang lebih kurang 2 bulan saja. Hehe

Apa yang aku akan kenang saat – saat pertunangan aku hari tu, memang saja Allah nak duga hambanya. Elok je rancang tarikh pertunangan, syarikat minta aku untuk ke luar negara untuk urusan perniagaan. Alhamdulillah, majlis tetap berlangsung seperti yang dipinta tapi, elok je saya jejak kaki ke tanah air, esoknya saya terus ke Terengganu untuk bertunang.

Kalau aku tahu

Betul orang tua tua kata, elok kalah menikah cepat – cepat, dalam agama pun galakkan untuk berkahwin, nak mengelakkan buat maksiat bila berdua duaan tanpa sebarang ikatan yang sah. Kalau aku ada kesedaran dan “berakal” time tu, awal – awal lagi aku nak kahwin awal.

Yelah, lepas kahwin ni memang hidup rasa lain sangat. Aku tak nak tulis panjang – panjang, tapi kalau nak tahu kahwin la cepat cepat. Tak perlu nak tangguh lama lama hubungan dengan si dia tu, mulakan niat untuk “halal"kan dan InsyaAllah, Allah akan tunjukkan jalannya sama ada senang atau susah, kena terpaksa lah lalunya untuk si dia kan?

Berubah

Bila dah ada tanggungan, aku dah tak boleh fikir pasal diri aku sendiri saja. Aku dah kena jaga isteri dan jalankan tanggungjawab yang telah diletakkan masa aku akad dan lafaz taklik pada hari tu. Sekarang ni masih baru, masih lagi dalam mood "honeymoon” tapi aku sedar dari detik pertama bergelar suami, hidup ni tak selalunya indah, tapi indahnya bila berlayar bersama..

Luthfi,
Guar Perahu
31.05.2015