5 tahun bersama Jambatan Pulau Pinang

Duduk di Seberang Perai dan kerja di Pulau.

Itu lah situasi aku setiap hari, berulang alik dari tanah besar ke pulau untuk mencari rezeki. Oleh kerana tempat kerja jauh diselatan pulau, maka jalan terbaik untuk kesana adalah menerusi Jambatan Pulau Pinang yang gagah berdiri selama 30 tahun lamanya.

Menurut laporan Kosmo pada Mei 2015 yang lepas mencatatkan purata jumlah kenderaan yang melalui Jambatan Pulau Pinang adalah 81,000 kenderaan! Pergh, memang ternyatalah dari statistik yang dikeluarkan, Jambatan Pulau Pinang memang sangat sibuk!

Macam tu lah yang aku lalui setiap hari ke tempat kerja berlumba – lumba seawal 6 pagi dan selewat 830 pagi setiap hari. Dan sedar tak sedar dah lima tahun aku berulang alik dan Jambatan memang sangat sinonim dalam diri aku.

Rutin

Kalau nak cakap jauh dan letih, itu dah jadi sebati dalam diri. Kalau nak ikutkan hati memang dah tak mahu nak lalui semua tu tapi aku tak ada pilihan. Rupanya, bukannya aku seorang sahaja yang secara rutin melalui Jambatan Pulau Pinang setiap hari. Ada diantara kawan – kawan sekerja yang tinggal jauh daripada Seberang Perai contohnya Taiping, Parit Buntar dan sejauh Sungai Petani. Tapi, depa semua lebih cekal menempuhi cabaran yang sama.

Trafik merupakan keypoint 

Ratanya semua orang memang sangat bergantung kepada kelancaran trafik diatas Jambatan untuk sampai awal ditempat kerja dan selamat sampai awal dirumah. Masa mula mula kerja dahulu, aku
kerap jugak skodeng trafik Jambatan sebelum keluar dari rumah melalui apps yang pamerkan trafik melalui CCTV live. Dengan ada kemudahan tu aku boleh merancang dan mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakan.

Nak sampai awal, kena keluar awal. Kalau sampai di Plaza Tol Jambatan sebelum atau 715 pagi memang boleh sampai sebelum jam 8 pagi di Pulau sana. Kalau sampai je lepas jam 715 pagi, memang trafik akan sibuk dan silap silap kena beratur panjang.

Pengalaman buruk

Dah lima tahun berulang, aku dah tempuhi macam macam perkara. Dah sinonim dalam diri, setiap hari Isnin mesti akan jammed diawal pagi dan setiap petang Jumaat mesti akan jammed gila gila. Tambahan, trafik akan jadi sangat sibuk bila pagi atau malamnya hujan. Biasalah.

Selalunya, kalau ada satu kes kemalangan kat jalan masuk, tengah dan hujung Jambatan pasti akan sesak gila. Dah jadi budaya, bila ada kemalangan yang sesaknya bukan sebab halang jalan tapi masing masing nak tengok kejadian dengan memperlahankan kereta masing masing.

Pengalaman yang tak boleh aku lupa, bila naik motor untuk balik rumah diatas Jambatan, angin ribut serta petir sabung menyabung. Langit masa tu dah jadi gelap gelita, dalam hati hanya berdoa supaya semoga selamat sampai rumah. Angin kuat sangat macam nak terbang, tapi aku perlahankan kenderaan dan bawa dilorong tengah diapit oleh kereta kiri dan kanan.

Pengalaman yang sangat berharga

Apa apa pun, setelah lima tahun aku berulang Seberang – Pulau, lepas kahwin aku buat keputusan untuk terus tinggal di Pulau. Rasanya, dah cukup kot pengalaman dan “tekanan” yang aku dapat sepanjang lima tahun lepas. Sebenarnya, tak nak susahkan isteri untuk dia berulang alik. Cukuplah aku sahaja yang susah berulang daripada nak libatkan dia. Sebab tu aku buat pengiraan dan perancangan, lebih baik tinggal di Pulau untuk elakkan semua komplikasi dijalanan.

Continue reading “5 tahun bersama Jambatan Pulau Pinang”

Menarik pada Sidang Parlimen Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas, 2015

Akhirnya, saat yang ditunggu tunggu untuk penggiat dan pemerhati politik tanah air sudah tentu pada sidang parlimen penggal ketiga untuk Parlimen ke 13 ni. Banyak cerita, topik dan isu yang akan diketengahkan pada sesi parlimen kali ini.

Apa yang menarik, pagi tadi aku ada baca di macam – macam tentang sidang parlimen penggal ketiga ni. Antaranya adalah :

1) Tempat duduk ahli parlimen ditukar mengikut senario politik semasa

Oleh kerana kebanyakkan ahli parlimen Pas sudah pun keluar parti dan menyertai parti baharu serpihan Pas iaitu parti AMANAH, kebanyakkan tempat duduk depa dah ditukar. Asalnya, Pas ada 21 orang ahli parlimen tapi sekarang ni hanya tinggal 14 orang sahaja.

Presiden Pas telah pun dipindahkan ke blok kerusi G sebab dah tak sepakat dengan Pakatan Rakyat (yang dah arwah diganti oleh Pakatan Harapan) yang diketuai oleh Timbalan Presidennya, YB Muhajid Yusuf Rawa duduk bersama sama dengan Ketua Pembangkang YB Wan Azizah dan DAP iaitu YB Lim Kit Siang.

Selain daripada keluar Pas masuk AMANAH, sidang yang menarik kali ini juga pada kem kerajaan yang diketuai oleh PM Najib Razak selepas Rombakan Kabinet Julai lepas. YB Muhyiddin Yasin sebagai Timabalan Perdana Menteri telah pun digantikan oleh YB Zahid Hamidi, kebanyakkan menteri telah pun ditukar dan ramai muka baharu telah duduk dikawasan kerusi A dan yang dah keluar duduk di kerusi E. Sumber

2) Usul undi tak percaya kepada YB Perdana Menteri, Najib Razak
Dalam tempoh 6 bulan lepas (untuk lebih tepat dari awal tahun), PM Najib Razak diserang oleh pelbagai pihak termasuk dalam parti dia sendiri, UMNO untuk gulingkan dia dari kerusi Perdana Menteri. Kalau dulu, pembangkang je yang dok taruk Najib tapi kini gunting dalam lipatan dah terang – terang nampak dan mengaku untuk menjatuhkan Najib.
Pengakuan bekas PM, Mahathir Mohamad secara terang terangan meminta Najib untuk turun disuarakan sejak dulu lagi, terbaharu ketika demonstrasi Bersih 4. Sebelum itu, isu 1MDB telah menjadi topik hangat tentang ketirisan dan kegagalan 1MDB dalam perniagaan depa, konon rugi sampai berbilion – bilion, kona sana sini dan akhirnya masuk pula topik baharu iaitu duit sebanyak RM2.6 bilion masuk kedalam akaun peribadi Najib.
Aku ada baca banyak cerita yang berlegar – legar dialam maya, tanpa mempercayainya satu pun tapi aku selalu baca dan lebih yakin hasil tulisan Raja Petra yang mengatakan konspirasi menjatuhkan Najib sudah pun dirancang satu masa dahulu dan kali ini depa tak dapat nak jatuhkan Najib dengan mudah seperti yang dilakukan pada bekas PM ke 6, Abdullah Ahmad Badawi. Sumber
Ok, cukup dua isu diatas yang dapat dikongsi untuk debat di Sidang Parliment Penggal Ketiga nanti. Jom sama sama nantikan!