Hi Luthfi Junior!

image

Cepat betul masa berlalu, kandungan wife dah masuk 28 minggu. Rasanya macam haritu baru check je yang wife disahkan hamil tapi sekarang dah nampak baby bump

Masa berlalu pantas mungkin sebab aku terlampau sibuk dan asyik mengejar masa di tempat kerja. Satu demi satu tugasan dapat disiapkan, Alhamdulillah, masuk tahun ni dah 6 tahun aku bersama ditempat kerja yang sama, dijabatan yang sama dan lapor diri kepada boss yang sama. Segala evolution berlaku disini, masa bergelar fresh grad, masa bujang menggatai, berkahwin (kahwin pulak dengan jodoh ditempat kerja) dan sekarang ni dah nak dapat anak!

Syukur

Alhamdulillah, syukur pada Allah dengan nikmat dan kesempatan yang diberikan, untuk menikmati kehidupan seperti mak ayah dan orang lain diluar sana. Nikmat yang sangat besar dan kena betul betul bersyukur.

Semalam pergi check baby di Klinik Dr. Marina, setelah hampir sebulan checkup di Klinik Dr. Tan. Dua tiga hari lepas, wife mengadu baby tak aktif macam selalu. Risau dengan keadaan dan tak senang duduk, ambik EL dan terus ke Klinik Dr. Marina di Seberang Jaya. 

Register dan tunggu lebih kurang 10 minit terus dipanggil masuk untuk pemeriksaan. Mudah. Alhamdulillah. Masa tengah scan, bagitau dekat doktor yang baby tak seaktif 2-3 hari lepas. Kemudian, terus Doktor check dengan scan pada kandungan.

Semua selamat

Alhamdulillah, lepas scan pi-mai-pi-mai, doktor kata semuanya sihat dan selamat. Mungkin, ibu dia tak cukup rehat dan tidur sebab kerja pada shif malam, doktor nasihatkan untuk jaga pemakanan dan gaya hidup.

Teringat masa scan semalam, doktor sahkan lagi yang kami akan dapat baby boy, nampak sangat birdbird tu, dan masa tengah scan baby bergerak aktif. Kacau punya kacau, dia masih lagi tak nak tunjuk muka. Tidur sambil letak tangan dimuka.

Harap sangat baby terus sihat sempurna….

Akhirnya, Kabinet Malaysia luluskan cadangan untuk “menghalalkan” Uber & GrabCar

image

sumber gambar : 

kinibiz.com

Finally, a decision that has been a long time coming was reached when the Cabinet in its weekly meeting yesterday gave the green light for the transport commission to legalize the controversial ride-sharing app.

Land Public Transport Commission (SPAD) chief executive officer Mohd Azharuddin Mat Sah had presented the commission’s proposal to revamp the conventional taxi industry and expand transport services by legalising the controversial Uber and Grab services yesterday.

The presentation focused on 11 main initiatives, The Sun Daily reports.

Among them are plans to improve the Teksi 1Malaysia (TEKS1M) model, streamline the budget cabs fleet and a suggestion for a special fund for new taxi vehicles.

SPAD is also looking into moving taxi permits to individuals, especially existing taxi drivers who have a good and clean track record.

There will be necessary amendments to existing laws and possible enactment of new ones for the relevant government agencies to formally legalize Uber and Grab, to be tabled in the next Parliament sitting this November.

Once that step is completed, a new ecosystem consisting of an estimated 150,000 new individual taxi, Uber and Grab drivers are expected to provide services to the public over the next three years once the new laws in place.

“This is the result of long hours of collating, sharing and finalising the best ideas from stakeholders, starting with the taxi lab organised last November,” a SPAD manager notes, The Sun Daily reports.

Sumber : Malaysian Digest 

Dr. Mahathir masuk IJN

image

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini untuk menerima rawatan kerana masalah jangkitan kuman di dada.

IJN dalam satu kenyataan berkata, Dr. Mahathir, 91, dijangka diletakkan di bawah pemerhatian doktor selama beberapa hari.

“Buat masa sekarang, Tun (Dr. Mahathir) sedang dirawat di Wad Am IJN dan berdasarkan atas nasihat pakar perubatan, hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat beliau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Mahathir pernah dimasukkan ke IJN pada 16 November 2013 atas penyakit sama tetapi beliau dibenarkan keluar beberapa hari selepas itu setelah mendapat rawatan.

Beliau juga pernah menjalani pembedahan pintasan koronari di Hospital Kuala Lumpur, 27 tahun yang lalu pada 24 Januari 1989 dan pembedahan pintasan koronari susulan pada 4 September 2007 di IJN. – UTUSAN ONLINE