Sudah enam tahun

image


Cepat betul masa berlalu. Kalau ingat ingat balik, rasa
macam tak percaya yang aku dah kerja dekat sini selama 6 tahun. 6 tahun tu
lama, dari seorang bayi baru lahir sampai dah masuk tadika. Ya, tu la tempoh
aku bekerja dekat sini.

Dalam tempoh 6 tahun dah banyak perkara aku tempuh. Buruk,
baik, suka dan duka dah dilalui.

Sejak kali pertama aku jejakkan kaki kat tempat kerja,
segalanya berubah. Terutamanya diri aku sendiri. Perasaan masuk kerja ditempat yang aku sendiri tak tahu macam mana keadaan dan tak tahu apa yang aku perlu buat. 

Biarlah gambar berbicara. Antara gambar yang boleh dikongsi selama enam tahun :

image

Aktiviti CSR pertama pada tahun 2010, masa tu ke pusat jagaan kanak – kanak di George Town. Bila tengok balik gambar ni, rasa aku kurus sangat sangat. Hehe

image

2011 : Bersama kawan sekerja, engok batu yang paling besar di bawah bangunan

image

2011 : Aktiviti CSR lagi, masa ni kami semua ke sebuah taman di Gelugor untuk bersihkan taman dan tanam pokok. 

image

2011 : Kontijen syarikat dalam perarakan Hari Kemerdekaan. Dalam gambar ni ada arwah Hamdi, yang meninggal empat tahun lepas sebab kanser.

image

2012 : Balik je dari Jerman, terus pergi Teambuilding di Batu Feringhi, Penang. Masa ni dok jetleg lagi. Teambuilding kali pertama tak silap.

image

2013 : Masa ni teambuilding jalan-jalan explore satu George Town. Task yang agak susah adalah uli roti canai dan makan sendiri roti canai yang dibuat tu. So kena buat bersih bersih jangan bagi peluh menitik.

image

2014 : Dengan budak praktikal, teambuilding kat Bayview George Town. Tengah dok melukis logo untuk kumpulan kami. Kena buat kereta sendiri lepastu kena race dengan kumpulan lain. 

Rakan, datang dan pergi

image

Kali pertama masuk kerja pada tahun 2010, ni saja team aku. Boss sebelah kiri dan big boss sebelah kanan. Superior belah kiri sekali.

image

Tahun 2015, team kami dah bertambah. Superior dah jadi boss dan ada kawan baru dan ada kawan kawan yang dah pergi tinggalkan team kami.