#election2017 : Parlimen United Kingdom tergantung!

 

LONDON 9 Jun – Perdana Menteri, Theresa May menerima tamparan hebat apabila Parti Konservatif pimpinannya gagal memperoleh majoriti kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum, sehingga menyaksikan United Kingdom (UK) terpaksa berdepan situasi ‘Parlimen Tergantung’.

Situasi itu berikutan tiada parti politik yang bertanding memenangi majoriti kerusi di Parlimen selepas keputusan pilihan raya diumumkan hari ini.

Bagaimanapun, May bernasib baik apabila beliau berjaya men­dapat sokongan Parti Ke­satuan Demokratik (DUP) sekali gus membantu Parti Konservatif untuk membentuk kerajaan bagi menyediakan keyakinan dan me­ngekalkan keselamatan negara itu.

Continue reading “#election2017 : Parlimen United Kingdom tergantung!”

Berebut jenazah anak akibat perkahwinan berlainan agama

Situasi kecoh seketika ketika jenazah mahu dikebumikan -Foto Liputan 6.

JAKARTA – Kejadian kematian seorang aktres, di sini cukup memberi pengajaran kepada masyarakat Indonesia yang berkahwin berlainan agama.

Mana tidaknya, dek kerana si ayah Islam dan emak Kristian, jenazah aktres berkenaan Yana Zein menjadi rebutan kedua-dua orang tuanya untuk disemadikan mengikut ajaran agama masing-masing.

Memetik laporan media tempatan, kekecohan berlaku tatkala ayah Yana, Nurzaman Zein yang datang ke hospital RS Fatmawati untuk melawat jenazah anaknya, lantas menentang agar jenazah disemadikan mengikut ajaran Kristian.

Yana Zein

Nurzaman yang hadir ditemani beberapa rakan terdekat, lantas melaungkan azan dan membaca satu surah al-Quran, dan dengan tegas menegaskan anaknya seorang Islam, dan tiada seorang pun boleh menentang perkara itu.

Tindakan, Nurzaman itu ditentang seketika oleh ibu Allahyarham, Swetlana Zein, bekas isteri Nurzaman.

Namun, kekalutan terlerai selepas semua pihak berlapang dada untuk menerima agar jenazah disemadikan mengikut Islam.

Allahyarham Yana Zein, 44, meninggal dunia Khamis lalu akibat kanser payu dara, beliau dikebumikan di Bulak Leebar, Cinere, Depok.

Bekas kekasih Yana, Steve Emmanuel mengatakan bahawa Yana telah mengucap dua kalimat syahadat, sebelum meninggal dunia.

Difahamkan Indonesia membenarkan perkahwinan berbeza agama.

Sumber : Sinar Harian

Continue reading “Berebut jenazah anak akibat perkahwinan berlainan agama”