5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013

Capture

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kali ni aku nak kongsi pengalaman aku, kali pertama tengok belon panas didepan mata. Sebenarnya, dah lama aku teringin nak tengok festival belon panas Putrajaya ni. Sejak daripada festival ni dilancarkan hampir 5 tahun lalu, setiap tahun aku nak kesana tapi hajat tak kesampaian. Alhamdulillah, sampai pun aku disini dan dapat tengok pelbagai bentuk dan warna belon panas yang menarik!

Aku purposely drive dari Penang ke Putrajaya semata mata nak tengok belon! Gerak dari Plaza Tol Juru pada jam 930 malam, aku sampai di Kuala Lumpur pada jam 2 pagi. Masa tu tak la mengantok sangat. Boleh la ronda ronda KL dan lepak di Dataran Merdeka. Lebih kurang jam 3 pagi, mata dan tak boleh nak angkat dan terus tidur disana. Nasib baik la kereta luas, boleh la turunkan seat dan tidur macam atas katil. Huhu.

Gerak ke Putrajaya pada jam 630pagi, mandi mandi dan sarapan di Putrajaya. Kemudian terus ke Presint 2 untuk lihat belon panas mendarat. Sangat comel!

4131

Excited! Nampak belon mendarat terus parking kereta dan meluru kesana!

Dua belon comel yang dah mendarat!

Dua belon comel yang dah mendarat!

Belon yang dah jatuh dan dalam proses melipat!

Belon yang dah jatuh dan dalam proses melipat!

Lepas kami puas tengok belon panas mendarat, kami pun terus ke tempat event sebenar. Masa tu baru boleh tengok belon panas terbang dan ramai orang disekeliling tempat tu. Kami tiba pada jam 8 pagi dan masa tu cuaca cukup baik dan tenang. Tak lah panas sangat. Tapi orang ramai sudah pun membanjiri event tersebut. 

Peta kawasan jajahan belon panas!

Peta kawasan jajahan belon panas!

Kat sini bukannya ada event belon panas semata mata, ada banyak lagi aktiviti yang hampa boleh join. Ada aktiviti santai, aktiviti lasak dan aktiviti untuk kanak kanak. Aku suka konsep event macam ni kerana boleh mengikatkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim bersama kawan kawan, Yelahkan, aktiviti macam ni boleh diadakan selalu dan baik untuk masyarakat kita.

Lagipun aku suka sangat masyarakat kita turun ramai ramai. Ada Melayu, Cina, India dan pelancong asing pun ramai yang turun kesini. Memang meriah.

Belon panas meow!

Belon panas meow!

Apa benda pun taktau. Tapi sangat menarik. Masa ni ada dua budak kecik masuk dalam menatang ni ha

Main belon atas air. Sangat menarik!

Dah lama sebenarnya tak jalan jalan di Putrajaya. Lepas habis je melawat event ni kami terus pergi berjalan jalan disekitar Putrajaya. Itu saja. Rasa macam nak pergi lagi festival ni tahun depan

Si SD di Dataran Putrajaya

Leave a Reply