Akhirnya, berjaya juga pijak bumi Jerman!

Salam,

Alhamdulillah, impian aku selama ini nak pijak tanah Jerman telahpun tercapai. Seminggu aku di Jerman memberikan 1001 pengalaman sebagai pendedahan yang amat amat bermakna dalam hidup. Setelah dua tahun bekerja, kini tiba giliran aku untuk berkhidmat untuk syarikat dengan membawa misi menyelidik mesin baru yang telah dibeli oleh syarikat. Business trip yang aku pergi merupakan trip yang aku sendiri susun dengan bantuan rakan sekerja daripada counterpart Jerman. Bermula daripada memilih tarikh, menubuhkan kumpulan dan segala-galanya aku uruskan. Bukan senang, tapi dengan tunjuk ajar daripada rakan di Malaysia dan Jerman, aku berjaya merancang segala-galanya dan semuanya lancar.

Walaupun dah dua kali trip aku ke Jerman ditunda, aku tetap sabar dan terus berharap untuk kenegara orang. Berkat kesabaran, trip aku dan kawan kawan lain dipecah menjadi dua kumpulan, menjadikan aku akan pergi untuk kali pertama pada 23 September dan mereka pada 6 Oktober. Aku berangkat ke sana ditemani oleh kawan perempuan, Selah yang berasal dari Sarawak. Kedua duanya kali pertama nak ke luar negara dan kedua duanya tak ada pengalaman nak berjalan jauh. Tapi bagi Selah dia ada pengalaman naik kapal terbang. Aku tak pernah naik kapal terbang. Hoho..

So, segala-galanya pengalaman pertama buat aku. Pertama kali naik kapal terbang, pertama kali nak keluar negara, pertama kali nak bawa kereta belah kiri dan semuanyaaaa! Okey, nantikan update aku secara bersiri. :)

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge