Aku adalah Super-Abah!

Sekarang ni genap 1 tahun 5 bulan usia anak aku Muhammad Rizqi. Bermaksud dah 16 bulan aku hidup bersama dengan Rizqi dan isteri. Dalam perjalanan 16 bulan bersama anak, orang yang hidup berrumahtangga je tahu pasang surut kehidupan, yang penting masih survive dan akan terus survive hingga akhir hayat.

Umum semua orang tahu, bila masuk alam rumahtangga ni ada banyak fasa. Fasa baharu berkahwin a.k.a berbulan madu, kemudian penyesuaian diri bersama – sama, nak stabilkan hidup berdua, commitment dan kemudiannya alhamdulillah dikurniakan anak. Kehidupan berumahtangga ni sangat indah, sebab tu la orang tua – tua dulu ada cakap “Kalau tak berani dilambung ombak, jangan tinggal di tepi pantai”.Ā Sesuai betul pepatah tu kepada alam perkahwinan ni. šŸ™‚ šŸ™‚

Balik kepada topik, semua perjalanan atau milestone dalam hidup ni adalah sama bagi semua orang didunia ni termasuklah yang dialami oleh mak ayah kita semasa membesarkan kita dulu. Cuma dulu kita masih kecil dan tak ambik tahu semua tu, tak semua orang ingat masa susah senangĀ timeĀ kecik kan?

2018 menyaksikan masuk ke tahun ketiga perkahwinan dan anak pun dah makin besar dengan jayanya.

Rizqi yang aktif tapi penakut pasir pantai

Fasa pertama kelahiran

Aku gelarkan fasa pertama sebab ia merupakan detik pertama anak aku lahir ke dunia. Memang semua parents seronok dan tak sabar nak jumpa dengan baby yang dikandung isteri selama sembilan bulan, tapi tak semua orang sebenarnya ready untuk menghadapi reality. Mujur aku ni jenis cool, cabaran hidup dengan baby kecil ni tak semudah yang disangka.

Masa pantang la budak kecil tu tengah nak menyesuaikan diri lepas keluar dari alam rahim dan tengok dunia ni. Memang mencabar sebab masa tu dia tak tahu nak bezakan alam rahim ataupun alam dunia. Minum susu, kencing, berak dan lain lain lagi. Yang paling tak boleh nak lupa adalah MENANGIS!

Mungkin kita semua suka main dengan budak kecil, main dengan anak saudara, sepupu dan lain – lain. Perasaan main anak sendiri tak sama dengan main dan jaga anak orang. Perasaan dia semacam sikit, nanti hampa dah ada anak hampa tau lah rasa macam mana. Bila anak baik tak buat hal, ok je la tapi bila dah mula menangis, tambahan pulak tak berhenti – henti dan tak tahu macam mana nak bagi dia berhenti menangis, hmmmm?

Sebab itu lah penting ada orang tua dekat rumah yang berpengalaman untuk mengendalikan budak kecik. Bukan apa, kita perlukan pengalaman dia untuk bantu dan nasihatkan cara penjagaan bayi dengan betul.

Nak tahu, masa tu dengan isteri pun tengah sakit lepas bersalin dan kombinasi pulak dengan anak kecil yang masih tak tahu nak sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, masa ni la kena jadi suami yang betul-betul memahami isteri. Kalau tak boleh senangkan dia, janganlah kita menyusahkan.

Baru tahu macam mana kehidupan baharu

Masa Mekna tengah mengandung dahulu, semua orang pakat nasihatkan kami untuk enjoy sepuas-puasnya sebelum anak lahir sebab hidup lepas adanya anak dah tak sama. Aku ambil nasihat tu dengan positif, ada betul dan benarnya. So apa yang aku buat hanya bersedia untuk hadapi semua tu.

Sebelum anak lahir, macam-macam benda dah kena beli dan perlu dipersiapkan demi menyambut kelahiran anak. Ada sesekali kata nak bersalin kat hospital swasta dan aku masih lagi yakin dengan hospital kerajaan. Ni semua bergantung kepada poket masing-masing tapi alhamdulillah Mekna jenis tak kesah dan ada hikmah sebenarnya Rizqi lahir di hospital kerajaan.

Kehidupan baharu yang dimaksudkan tu adalah kehidupan dengan anak dan title baharu. Bila dah jadi bapak dan mak orang ni, dah tak boleh fikir tentang diri sendiri dah. Berbanding lepas kahwin dok fikir pasal diri sendiri dan bini, dengan ada anak semuanya tentang anak.

Semuanya diutamakan kepada anak, tak kira lah masa, wang dan kasih sayang (dalam masa yang sama tak la abaikan kasih sayang kat isteri hahahha!)

Mengasuh anak

Lepas je habis pantang, Mekna dah kembali kerja macam biasa. Kerja shif ni tahu – tahu lah macam mana, shif malam dan shif pagi bermaksud Rizqi kena hantar ke pengasuh. Dulu, kami hantar Rizqi ke pengasuh siang dan malam ikut jadual kerja Mekna. Oleh kerana pengasuh tu buat palat dan anaiya ke Rizqi, aku ambik keputusan untuk cari pengasuh baharu yang hanya jaga time siang je. Boleh ke aku jaga masa malam?

Untuk permulaan, aku cukup risau sebab tak ada pengalaman nak jaga Rizqi masa malam seorang – seorang sebab selama ni aku jaga Rizqi dengan Mekna. Tapi, sebab aku berani ambil cabaran serta dorongan kawan – kawan sekerja yang sama keadaan macam aku (bini kerja malam dan mengasuh anak sendiri), mak dan ayah pun kata go on, kalau orang lain boleh jaga anak kenapa aku tak boleh?

Bermula pada umur 3 bulan aku dah mula jaga Rizqi masa waktu malam bila ibu dia kerja. Alhamdulillah, bukan senang nak jaga anak kecik. Nasib baik lah masa umur 3 bulan tu dah tak buat hal menangis macam tengah pantang, so boleh tahan la jaga dia. Actually, jaga anak ni memang menarik sebab aku melalui macam – macam pengalaman suka dan sukar. Yang penting dalam tempoh 6 – 7 bulan usia Rizqi, aku pergi kerja macam zombie.Ā Hehe

Pagi – pagi sebelum ke kerja hantar anak ke pengasuh, balik kerja ambik dan jaga dia, itulah rutin seharian aku sekarang ni. Setiap hari, aku main dengan dia dan sepanjang masa dengan dia kecuali time kerja. Masa di tempat kerja pun asyik dok teringat kat dia je, apa yang dia tengah buat, dia makan apa, macam mana pengasuh jaga dia dll. Hmm

Super-abah?

Lepas dah dapat anak, bila sembang je dengan orang ramai especially kawan-kawan yang jarang jumpa dan orang baharu, semua pakat buka topik ni “Bini kerja tak? Kalau lagu tu siapa jaga anak?” dan jawapannya adalah siang hantar pengasuh dan malam aku yang jaga.

Ada je orang tanya aku balik, betul ke boleh jaga anak dan hairan dekat aku sebab jaga anak sendiri. Bagi aku, ini bukan satu beban tapi sebenarnya ia merupakan satu peluang untuk aku dapat jaga anak dengan lebih rapat dan kenal anak aku dengan lebih mendalam.

Bila dah jaga anak siang dan malam ni, dah tahu perangai dia macam mana. Waktu apa dia bangun tidur, bila dia akan berak, apa dia suka makan, dan macam – macam lagi la perkara tentang Rizqi.

Dah jaga dia sepanjang masa, bermakna aku buat semua benda macam bagi makan, mandi, basuh berak, pakai baju, pakai pampers dan segalanya la. Semua tu tak mudah sebenarnya dan ada je cerita disebalik macam mana aku boleh buat semua tu. Aku tak sangka yang aku boleh handle semua ni, semuanya sebab dorongan dan tunjuk ajar Mekna yang selalu “bancuh” aku. Hahaha!

Dari mula lagi aku diajar untuk bancuh susu sampai la ke hari ni. Tak mudah, tak susah tapi kalau tahu caranya jadi senang je.

RapatĀ 

Alhamdulillah, Allah bagi peluang dekat aku untuk rasa pengalaman ada anak yang rapat dengan aku. YangĀ bestnya adalah bagaimana rasa anak yang selalu cari aku berbanding Ibu dia. Kalau dia nak berak, dia mai cari aku. Nak tidur, mesti nak tidur sekali dengan aku dan dekat celah ketiak dan kalau apa – apa pun dengan aku. Ibu dia punĀ jealousĀ Ā dengan abah. Tapi nak buat macam mana, dah aku yang habiskan masa banyak dengan Rizqi.

Teringat pada bulan lepas, Rizqi admit masuk Wad di Hospital Balik Pulau sebab dia muntah – muntah dan tak boleh nak menyusu. Malam pertama dia duduk di wad, aku terpaksa bawak buaian dan aku tidurkan dia malam tu. Puas ibu dah pujuk dan nak tidurkan dia, tapi dia masih lagi nak tidur dengan abah.

Nasib baik la Mak Guard malam tu baik hati dan bagi kebenaran aku untuk tidurkan anak walaupun pada masa tu hanya ibu je yang boleh jaga anak dalam wad. huhu

Semoga Allah SWT memudahkan semuanya untuk kami sekeluarga. Amin

 

Comments

comments

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

CommentLuv badge