Alahai blogger : Jadi blogger kritis dan kreatif!

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia!

Pergh dah lama tak tulis pasal blogger, kali ni aku nak sentuh pasal kreatif dalam menulis blog.

Umum kita ketahui, penulisan blog ni amat amat luas. Pelbagai jenis blog dah wujud di dunia blog Malaysia dan blog yang paling popular sekali berkaitan peribadi dan hidup. Biasalah, bila kita tulis pasal peribadi dan kisah hidup bukannya semua orang suka akan kandungan blog tersebut. Melainkanlah anda seorang artis, orang yang terkenal yang sering diburu orang. Tak pun, hidup seharian anda amat amat menarik sehingga anda rasa berbaloi nak tulis pasal hidup. Ok stop.

Saya berblogging bukan untuk popular dan saya berblogging bukan untuk menjana pendapatan. Saya berblogging hanya untuk kepuasan diri dan kita kena tau / kena set matlamat kita berblogging.

Kenapa perlu menulis secara kritis dan kreatif?

Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai  pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan.

Senarai  kemahiran berfikir secara kreatif:

  • mencipta analogi
  • menjana dan menghasilkan idea baru
  • mencipta metafora

Kata nak jadi blogger top? Kata nak jadi blogger yang boleh mencari pendapatan RM1juta setahun? Haha, oleh itu haruslah menulis lain dari yang lain serta dapat menarik perhatian pembaca. Cuba anda google ataupun selongkar arkib blog blog yang ditulis oleh blogger yang berpengalaman seperti kujie, mohdisa, eizil, denaihati dan ramai lagi. Pasti akan dapat tips blogging yang terbaik.

Cara blogging kena lain dari yang lain. Jangan kita ikut cara orang lain.

Orang lain tulis pasal review drama, kontroversi artis, kamu nak tulis..

Orang tulis pasal berita terbaru kamu pun tulis..

Bila kamu tulis apa yang orang lain tulis, apa beza blog kamu dengan blog orang lain?

Tak salah la beb tulis benda yang sama, kalau kata nak cari trafik tu boleh je tulis entry yang mencari trafik. Tapi, tulis dengan gaya tersendiri dan menarik minat orang lain. Kalau ambil sipnosis dari laman berita online, salin dari blog hiburan lain buat apa?

Luth Tulis dengan gaya tersendiri.

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge