Alhamdulilah, lulus ujian TBE!

Kalau ikutkan, secara tak rasmi sejak sebulan lepas aku join Zurich Takaful yang berpengkalan di Bayan Baru lepas beberapa bulan membuat keputusan untuk menceburi bidang Takaful.

Kesedaran tentang kepentingan takaful ni datang kepada aku lepas lihat beberapa kes yang terjadi kepada rakan terdekat dan ia mendorong aku ambil satu polisi takaful hayat pada hujung tahun lepas.

Untuk menjadi ejen ataupun consultant untuk mana – mana syarikat insurans dan takaful, setiap individu perlu ada lesen dan lesen ni dikeluarkan lepas lulus Takaful Basic Examination (TBE) yang dijalankan secara online.

Untuk menduduki peperiksaan TBE, kena bayar RM 84.80. Alah, kalau kita nak naik motor mesti kena ada lesen memandu, Nak ada lesen memandu kena la bayar kan? sama la macam ni!

Syarat sah untuk jadi ejen Takaful 

Untuk lulus dan dapat jadi ejen yang sah, ejen perlu mendaftar dengan IBFIM untuk mengambil ujian TBE yang diadakan dibeberapa tempat yang telah ditetapkan. Bagi aku, aku tinggal di Pulau Pinang dan tempat ujian TBE adalah di Open University, Seberang Jaya. So senang lah sebab dekat je.

Balik ke topik TBE tadi, antara soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan TBE adalah seperti berikut :

  1. Part A
  2. Part C

Soalan yang akan ditanya dalam TBE tu adalah sebijik dan bulat bulat daripada nota Part A dan Part C yang diberi bila hampa semua daftar untuk duduki peperiksaan.

Tips untuk lulus peperiksaan TBE 

Aku tak ada pun tips yang spesific untuk peperiksaan TBE sebab ujian ni dibuat secara atas talian dan tak boleh nak predict soalan apa yang keluar. So, jalan terbaik untuk mengatasi masalah ni adalah dengan baca je keseluruhan nota yang diberi, untuk Bahagian A, ada 13 tajuk dan untuk Bahagian C ada 15 tajuk.

Banyaknya!! Ya, banyak! Baca lah sikit – sikit, ambil masa dan fahami apa yang ada dalam nota tu.

Buat persediaan yang awal dan pertimbangkan cadangan aku kat bawah :

  1. Baca dan fahami nota bahagian A dan C sekurang – kurangnya 3 hari sebelum hari peperiksaan
  2. Buat catitan dan nota sedikit, ambil point yang penting
  3. Lepas baca satu tajuk, buat sikit contoh soalan TBE. Ulang balik untuk semua bahagian dan tajuk. Buat latihan sekurang – kurangnya 200 soalan. Lepas habis buat, tanda dan review balik kesalahan yang kita buat.
  4. Buat latihan soalan TBE tu dan dapatkan sekurang – kurangnya 25/50 untuk setiap bahagian. Sebab? Dalam exam online pun akan bahagikan kepada 50:50 A dan C.

Aku nak share jugak pendapat aku untuk hampa yang nak ambik exam TBE :

  1. Datang awal
  2. Bawa dokumen yang lengkap seperti sijil asal (kalau yang salinan kena sahkan oleh indiviu yang tertentu), kad pengenalan dan Examination registration slip.
  3. Tak payah baca, cukuplah dah baca selama 3 hari. Pergi sana kena tawakkal lah.

Lepas je habis peperiksaan tu, sistem akan auto-calculate berapa soalan yang betul dan salah, kemudian akan generate result. Alhamdulillah, resutlt aku pass dengan gred C. hahaha!

Ni adalah result exam. Gred C pun dah cukup untuk lulus dan boleh daftar dengan mana – mana pengendali Takaful

Dah siap semua ni, leader akan ambil slip ni dan daftar untuk jadi ejen dengan Zurich Takaful. Alhamdulillah, bermula la kehidupan aku dengan menjadi ejen Takaful 🙂

 

 

Comments

comments

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

CommentLuv badge