Awak, dia bukannya lelaki yang baik

Salam sejahtera,

Akhir zaman Nabi SAW ada beritahu orang perempuan akan lebih banyak daripada orang laki laki. Tak pastilah berapa nisbahnya tetapi berlaku ketidakseimbangan dalam masyarakat. Biasalah.

Dalam persahabatan, kita perlu sangat sangat berhati hati dan berjaga jaga supaya tak terlebih daripada dos yang dibenarkan. Nama pon sahabat, kawan dan teman pasti ada takat limitnya kan?

Lately, banyak sangat kawan perempuan merungut pasal persahabatan dan perkenalan mereka dengan orang lelaki tambahan lelaki yang baru muncul dalam hidup mereka.

Iyalah kan, nak mengenali seseorang kena ambil masa dan yang paling penting kenalah ikhlas dalam perkenalan. Kalau semua nak cover, semua nak berlakon setakat mana je nak simpan segala tipu helah tu? Lama lama bocor jua.

Awak, nak mengenali seseorang lelaki tak susah. Tak payah dan tak sesukar mana pun yang awak rasakan. Ia perlu pemerhatian dan pemahaman serta pegangan diri yang kuat.

Awak, dia bukan seorang lelaki yang baik kalau diri sendiri dah mengaku mempunyai teman wanita tetapi masih lagi nak merenyam denganmu, masih nak mengomel denganmu dan masih nak kamu berada disisinya.

Jika dia seorang lelaki yang baik, dia takkan lakukan semua itu sedangkan dia sudah ada yang punya dalam hidupnya. Apa lagi yang dia mahukan? Duit ringgit mu? Kedudukan mu? Kecantikanmu? Ataupun dia hanya mahu mempergunakanmu?

Fikir baik baik, jika dia sudah mempunyai teman wanita dan dalam masa yang sama dia bermesra mesra dan mahu segalanya denganmu, adakah dia bokeh dilabel sebagai lelaki yang baik?

Awak, dia bukan seorang lelaki yang baik kalau dia sendiri mengaku dia tunangan orang tetapi dalam masa yang sama dia tetap terhegeh hegeh denganmu dan mahu menghabiskan masa dan segala galanya denganmu. Lelaki macam ni ke yang awak kata baik?

Sebetulnya, dia sebagai seorang tunangan orang tak patut melakukan sedemikian rupa kerana kelak dia akan menjadi suami dan ketua keluarga. Adakah patut sebagai seorang lelaki yang telah memberikan kepercayaan kepada seorang perempuan untuk dia nikahi tetapi dalam masa yang sama kerap bersamamu?

Lupakanlah lelaki jenis ni. Cuba fikirkan jika awak berada ditempat tunangannya. Apa yang awak akan rasa? Jauhi lelaki macamni dan jangan sesekali kata dia seorang lelaki yang baik. Kelak musibat yang akan menimpamu.

Awak, dia bukannya lelaki yang baik. Secara zahirnya, dia sendiri mengaku dia merupakan suami orang dan mempunyai dua tiga orang anak. Apakah layak lelaki jenis ini dipanggil lelaki baik kerana dalam masa yang sama dia mendambakan kasih sayangmu, memberikan perhatian kepadamu siang dan malam, telefon dan sms seperti lelaki bujang dan berjanji bermacam macam jenis janji untuk mendapatkan dirimu?

Cuba fikirkan, apa yang dia hendak dari diri awak sedangkan dia dah mempunyai tanggungan? Sebagai suami dan ayah kepada anak anaknya, dia tak boleh berbuat demikian. Tumpukan masa dan perhatian kepada anak anak dan bukan anak dara seperti awak.

Adakah lelaki jenis ini boleh dipanggil lelaki yang baik?

Awak, nak berkawan tak ada siapa pun nak halang tetapi pandai pandailah memilih kawan. Elakkan berkawan sebarangan orang dan pilihlah kawan yang baik. Yang boleh memimbing diri kearah yang betul.

Baik fikir masak masak dan muhasabah diri untuk kepentingan diri sendiri. Jangan buat silap kelak diri merana.

Posted from WordPress for Android
Powered by Samsung Galaxy Tab

Leave a Reply