Bayaran secara 100% elektronik di Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim bermula 9 September 2015!

Salam,
Ya, seperti yang sedia maklum diatas, pihak PLUS mengumumkan untuk mengubah cara pembayaran tol di Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dari tunai dan elektronik kepada 100% elektronik!

Saya menyambut baik perlaksanaan oleh pihak PLUS ini, saya sebagai pengguna tegar BKE dan Penang Bridge sangat gembira sebab harapnya dengna ada sistem 100% secara elektronik dapat membantu mengurangkan kesesakan di kedua dua plaza tol yang semua orang tahu dan alami.

Cuma, minta pihak PLUS membuat hebahan secara meluas dimedia, papan tanda dan lain lain lagi untuk mengelakkan kesesakan jalanraya sebab tak ada kad touch and go dan juga tak ada kredit dalam kad masing masing.

Baru ni saya ada beli kad Plusmiles di plaza tol motosikal Jambatan Pulau Pinang, kad bernilai rm5 dan mempunyai kredit rm5. Harap, semua dapat kesan positif dalam perlaksanaan 100% elektronik ni.

Kenyataan Media oleh PLUS :

PLUS LAKSANA SISTEM KUTIPAN TOL ELEKTRONIK SEPENUHNYA DI LIMA PLAZA TOL DI UTARA TERMASUK JAMBATAN PULAU PINANG

Sebagai salah satu inisiatif untuk memudahkan transaksi tol di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Jitra dan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam (di Lebuhraya Utara-Selatan) serta Plaza Tol Lunas dan Plaza Tol Kubang Semang (di Lebuhraya Butterworth-Kulim BKE), PLUS akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik 100 peratus di kelima-lima plaza tol tersebut mulai 9 September 2015 yang akan datang.

Bermula pada tarikh tersebut, semua transaksi tol di kesemua plaza tol terbabit akan dikendalikan sepenuhnya secara elektronik sama ada menerusi kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Mohammad Fuad Khusairi berkata, “Langkah ini merupakan salah satu daripada pendekatan syarikat ini menggalakkan penggunaan sistem tol elektronik yang lebih mudah.”

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang menggunakan kelima-lima plaza tol tersebut digesa supaya beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik secepat mungkin.

“Bagi membantu orang ramai beralih kepada sistem elektronik dengan lebih mudah, orang ramai berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles Touch ‘n Go (dengan nilai tambah RM5) dengan harga promosi RM5 (kad percuma) di ke semua plaza tol terbabit mulai sekarang sehingga 31 Disember yang akan datang,” jelas Fuad.

Selain daripada itu, orang ramai juga berpeluang mendapatkan SmartTAG dengan harga istimewa RM96 (termasuk 6% GST) berbanding harga biasa RM127.20 (termasuk 6% GST) sehingga 30 September ini di kelima-lima plaza tol tersebut (selagi stok masih ada).

Sementara itu, orang ramai yang membayar tol secara elektronik di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Jitra, Bukit Kayu Hitam, Lunas dan Kubang Semang boleh menikmati penjimatan bayaran tol bermula 1 September hingga 31 Disember yang akan datang.

“Penjimatan tersebut diperolehi melalui tawaran rebat tol sebanyak 20 peratus yang diberikan oleh PLUS untuk pengguna Kenderaan Kelas 1 yang membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG di kelima-lima plaza tol tersebut,” tambah Fuad. Namun demikian, pengguna Kenderaan Kelas 1 yang menikmati diskaun tol sedia ada di Jambatan Pulau Pinang tidak akan menerima rebat tol yang dinyatakan

Leave a Reply