Berbaju Melayu di bandar Würzburg

Aku di Würzburg Residence, Residenzplatz

Throwback sikit cerita pasal tahun lepas yang aku tak tulis lagi. Masa aku dan kawan aku, Fadhil kami ke Germany untuk business trip. Masa on the way balik dari Wertheim Village.

Perjalanan kami dari Wertheim Village mengambil masa selama 25 minit. Dekat je, tapi aku ambik keputusan untuk guna jalan biasa 10 minit lebih jauh daripada guna Autobahn. 

Tak jauh mana pun!

Singgah di Überkopf

Disepanjang perjalanan kami, aku melalui 5-6 pekan kecil yang menarik. Pada permulaannya kami singgah di Cafe Überkopf yang dikenali sebagai rumah terbalik. Ala, sama je macam rumah terbalik macam kat tempat kita cuma kat Jerman ni tak sepopular kat Malaysia.

Selain dari tu, lepas je drive terjumpak satu padang yang besar. Yang paling best, as requested by kawan aku, Fadhil yang teringin nak bergambar dengan gulungan rumput yang kering, so aku pun berhenti dan ambik gambar kat situ.

Kebetulan aku pun tak pernah tengok gulungan rumput kering tu. Hehe

Permandangan Überkopf dari cafe
Rumah terbalik, Überkopf
Bersama gulungan rumput kering Jerman

Meneroka pekan kecil

Sementara nak sampai ke Wurzburg, aku sempat menerokai pekan – pekan kecil di utara negeri Bavaria mengembalikan kenangan aku ketika berada di selatan Jerman dua tahun yang lalu iaitu di Memmingen dan Bad Groenenbach. Rekabentuk bangunan di pekan tersebut lebih kurang sama. Alah, mana nak ada beza pun. Kalau ikutkan rekabentuk bangunan di serata eropah pun lebih kurang sama!

Pemandangan biasa, ladang, rumah, ladang, pekan dan seterusnya
Pekan kecil
5.9 km lagi sebelum sampai di Wurzburg

Kali kedua menjejakkan kaki di Wurzburg

To be honest, ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki disini. Kali pertama pada 4 tahun lalu iaitu Febuari 2013 (tak ada post nak share dari FB atau IG sebab dah delete dua akaun tu). So, aku dah ada idea sikit lah nak pi mana since ini merupakan kali pertama mai sini masa siang. Haritu datang time winter, so memang cepat gelap. Rugi betul!

Aku dan kawan terus meletakkan kereta di Wurzburg Residenz dan berjalan – jalan di sekitar bandar Wurzburg. Bandar ni besar, so aku hanya pergi ke tempat yang menarik sahaja iaitu di Wurzburg zentrum (tengah – tengah bandar).

Apa yang aku kena perhatikan adalah masa sebab lepas je jalan – jalan, kami kena terus balik ke Frankfurt. Nak kena kejar flight lagi!

Skodeng! Dekat sini adalah jambatan Sungai Main, sungai yang besar menghadap istana
Tengah bandar Wurzburg

Perjalanan balik

Berapa jam je aku kat sana. Tak boleh nak kemana – mana sangat. Kami jalan – jalan di beberapa tempat dan beli souvenir. So, untuk beberapa jam ni aku rasa ok lah da berbaloi untuk cuci mata last minit sebelum balik Malaysia.

Perjalanan balik dari Wurzburg ke Frankfurt Am Main mengambil masa 1 jam setengah. Dah la Autobahn A3 banyak kerja – kerja naik taraf. Tu yang sangkut. Kalau jalan smooth elok, aku rasa boleh sampai lebih awal dari tu.

Kesimpulan yang aku nak buat adalah :

  1. Kalau nak mai, mai time siang. Boleh tengok pelbagai pemandangan cantik.
  2. Kat sini ada factory outlet, Frankonia Würzburg Outlet, Ohmstraße 1, 97076 Würzburg, Germany.
  3. Banyak pilihan kedai untuk shopping dan makan – makan.
  4. Banyak muzium, istana dan tempat bersejarah untuk dilawati.
MA Doner
Pekena doner dulu sebelum balik.
Wish dari mak untuk perjalanan balik yang selamat

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge