Bercuti di Thristle Port Dickson, Negeri Sembilan

image

Sejam drive dari KL ke Port Dickson tak terasa penat bila sampai je dekat Port Dickson ni. Cantik, tenang dan memang memukau. Dah lama sebenarnya tak ke Port Dickson. Cuaca pulak elok, memang macam tau tau je orang nak pergi bercuti. Nak release tension dan tenangkan minda.

Port Dickson ni tak besar mana pun. Ronda punya ronda, sambil jalan tak ada pun perancangan pun nak stay kat Port Dickson dan tak buat apa sampaikan last minit dok cari hotel, nasib baiklah ada Traveloka, mudah kami buat pencarian hotel dan kami buat keputusan untuk tinggal di Thristle Port Dickson untuk satu malam!

image

Bilik dan suasana yang menarik

Macam dekat Traveloka, Thirstle Port Dickson ni dapat rating 5 bintang, memang sesuailah untuk berehat sebab selesa sangat. Tengoklah dengan bajet hampa, kalau nak pergi bercuti ataupun untuk urusan kerja boleh duduk dekat bilik superior twin sampailah yang paling sempoi sekali iaitu presendential suite.

Haaa, mau tau la sempoi macam mana sebab tema hotel ni adalah “A home away from home”. Macam mana tu? Kalau nak tau, mai la dok semalam dan rasa macam mana sempoinya Thristle Port Dickson ni!

Aku pilih bilik Superior Twin, bukak je pintu bilik aku terus “wow”. Rekaan bilik dia memang mengagumkan, sangat moden dan kotemperori! Dengan nilai yang hampa bayar tu memang berbaloi, bilik menghadap laut Port Dickson, dilengkapi oleh pelbagai kemudahan didalam bilik macam wifi yang laju, paling penting unlimited, TV, peti sejuk mini, dapur dan peti simpanan keselamatan ternyata memang sangat diperlukan masa tengah bercuti, pun sesuai untuk orang yang bekerja. Barulah AAAA! Rasa macam nak dok lama – lama! Tapi apakan daya, kena balik Penang la kann, hadapi realiti!

image

Permandangan cantik, hotel hebat dan makanan sedap!

Orang kata tak guna la kann kalau ada kemudahan yang terbaik tapi tak disertakan dengan makanan dan minuman yang tak boleh dilupakan. Kat Thristle Port Dickson, bukan je ada servis penghantaran makanan ke bilik, selain dari tu ada jugak pelbagai restoran macam restoran masakan cina, restoran Fresh yang terletak betul – betul tepi kolam renang. Memang syuurrr

Hotel Thristle Port Dickson ni memang internasional habis, kalau nak makan makanan Itali, Glass yang menawarkan pelbagai masakan Itali yang mengiurkan. Siapa yang tak suka kan makanan Itali yang semuanya lazat – lazat belaka. Aku memang tak boleh tahan kalau tengok makanan Itali. Teringat masa dok travel kat Itali haritu. Rinduuuuu

Kepada kaki kopi tegar, memang boleh ke cafe Steps yang selalunya jadi port lepak bila mai Thristle Port Dickson ni. Apa mau? Macam – macam jenis kopi ada kat sini dan yang paling penting, port lepak yang paling perfect kat Port Dickson ni. Enjoy!

image

Kemudahan serba serbi dan pelbagai aktiviti menarik

Tak lengkap kalau mai ke Port Dickson tanpa main aktiviti outdoor yang menarik. Kat sini, hampa boleh main jetski dan pelbagai lagi aktiviti pantai yang ditawarkan. Jangan kata outdoor je, nak buat aktiviti in door pun banyak macam main ping pong, kolam renang untuk dewasa dan kanak – kanak. Untuk abang abang sado tu tak payah risau untuk miss main gym, kat sini ada Fitness Centre yang penuh dengan peralatan gym. Kalau yang suka spa, Lifespa ada untuk dapatkan macam – macam perkhidmatan macam mengurut dan refleksologi.

Untuk kaki golf, jangan terkejut sebab kat sini pun ada padang golf yang boleh digunakan. Main santai santai. Apa nak kesah kan? Rasanya takkan merungut boring kalau dok kat Thirstle Port Dickson sebab banyak sangat aktiviti boleh buat kat sini, takkan nak duduk dalam bilik je kan? Hehe

Hat sapa sapa tengah bercadang nak buat kenduri kat hotel tu, boleh la consider Thristle Port Dickson ni sebab pihak hotel memang ada expertise untuk handle majlis kahwin dan macam macam majlis dekat sini. Cakap je nak kenduri apa, cina, india,melayu mahupun hampa nak buat birthday party pun boleh. Teringin nak buat kenduri kahwin outdoor ala ala matsaleh? Boleh buat kat sini bertemakan Green Garden. Apa yang uniknya, kat sini memang sejuk dan panas dari pantai. Kann sempoi tu. Boleh consider lah Thristle Port Dickson ni.

Masa ronda-ronda pusing hotel ni, aku tengok bukan main banyak dan besar bilik mesyuarat kat sini. Semua ada 12 bilik, memang best kalau dapat meeting, buat event ataupun teambuilding sebab ada dua bilik tu memang betul – betul menghadap laut! Sesuai! Cair tengok.

image

Thirstle Port Dickson memang terbaik

Penat tulis, tapi masih tak boleh nak luahkan bertapa sempoinya Thristle Port Dickson ni. Dah la tempat ni mewah, style hotel ni memang kat sini je boleh tengok dan lain sangat dari hotel kat mana mana pun. Kalau bawak keluarga, mesti depa semua happy gila la sebab duduk dekat hotel ni dan rasanya nak mai lagi.

Daripada apa yang aku tengok, Thistle Port Dickson ni memang sesuai untuk semua. Tak kiralah bawak anak kecik ke, orang tua, lagi lagilah untuk remaja. Honeymoon sini memang Superb la tapi rugi kalau
dok dalam bilik je. Baik keluar tengok dan buat apa yang patut. hehe. Kalau nak tengok pilihan masa dan jenis bilik, boleh check dan book Thristle Port Dickson dekat Traveloka melalui website ataupun yang paling senang guna apps je. Cari dekat Google Play ataupun
Apps Store.

Rasanya,kalau ada masa dan peluang aku nak mai lagi sekali. Tak puas rasanya dok kat Thristle Port Dickson ni, setakat semalam memang tak dapat nak enjoy semuanya, mungkin sambung lain kali. Aku dah mai dah, hampa bila lagi?

Comments

comments

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

CommentLuv badge