Selamat Ulang tahun kelahiran ke 28, Luthfi!

image

Setiap tahun, tarikh 6 Januari menjadi tarikh penting pada setiap tahun baharu. Bukan saja dah enam hari masuk ke tahun baharu, tapi ia merupakan tarikh untuk menyambut ulang tahun kelahiran aku.

Tahun ini, masuk je 6hb Januari bermakna aku sudah berumur 28 tahun!

Berbanding dengan sambutan tahun baharu yang lepas (2016) berstatus suami orang, aku meraikan sambutan ke 28 tahun juga dengan status baharu, iaitu BAPAK ORANG.

Alhamdulillah, pada umur 28 tahun, aku mempunyai seorang anak dan seorang isteri yang baik. Syukur ke hadirat Allah kerana memberikan kesempatan untuk menikmati hidup dilengkapi oleh mereka berdua.

Sambutan

Last minute planning kami ke Taiping, untuk menyambut birthday aku di Taman Tasik Taiping – satu tempat yang cantik, indah dan menenangkan serta penuh dengan seribu satu kenangan. Aku ambil cuti, kami terus bertolak dari Balik Pulau terus ke Taiping.

image

Terima kasih isteriku atas sambutan hari jadi. 

Comments

comments

Leave a Reply