Blog Luthfi.My secara rasmi ke platform Tumblr!

image

3hb Mei 2016, secara rasminya blog Luthfi.my telah berpindah platform ke Tumblr. Mengikut sejarah blogging aku, ini merupakan blog peribadi ketiga selepas blog Luthtextile.com (2007-2010) platform Blogger – WordPress.org, Mohdluthfi.com (2010-2011) di platform WordPress.org dan Luthfi.my (2010-sekarang) dari platform WordPress.org, Blogger dan kini Tumblr.

Kenapa ke Tumblr?

Satu alasan besar sebab aku buat keputusan untuk hijrah ke Tumblr adalah keringkasan apps Tumblr di Android phone dan WordPress yang mana paling sempoi buat masa ni.

2016 merupakan tahun yang semua benda nak mudah dan pantas. Dengan adanya apps user friendly macam Tumblr ni memang memudahkan aku untuk berblogging berbanding bersosial di laman FB, Twitter dll.

Apps sangat penting bagi aku untuk terus aktif blogging. Pada tahun 2007-2009, alasan tak ada sambungan internet merupakan satu sebab kenapa aku tak boleh blogging tapi sekarang ni tak releven lagi sebab segalanya dikelilingi oleh sambungan internet.

Aku perlukan satu platform yang ringkas dan padat, pada pandangan aku, Tumblr dapat menawarkan fungsi yang aku nak.

Contoh? Segala apps dilaman sosial boleh dikongsi kepada blog Tumblr, seperti posting di Instagram boleh terus dikongsi dan dijadikan satu new post. Tak ke tu satu fungsi yang bagus? Aku suka sebab ia memudahkan perkongsian tanpa perlu membuka Blogger.com. 

6 Tahun blog Luthfi.MY

Sat saja masa berlalu, dah 6 tahun aku beli domain Luthfi.My. Cepat je masa berlalu, aku harap aku akan stay bersama dengan domain ni dan blogging di Tumblr sampai bila bila. Harap Tumblr tak tutup kedai! Haha

Terima kasih kepada Asiahost kerana terus menerus menawarkan perkhidmatan cemerlang untuk domain .my. Semoga terus maju jaya!

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge