Campak belakang – sepanjang tahun 2016

Hari ini dah masuk 8 hari ke tahun baharu 2017. Sekejap je rasa macam baru je sambut New Year semalam. Apa apa pun, aku nak buat quick review sepanjang tahun 2016 yang telah lalu

Januari – Mac 2016

image

“Tragik” punya birthday cake. Kali pertama sambut ulangtahun kelahiran sebagai seorang suami. Ini juga kali pertama sambut birthday tak bersama keluarga. Sebab dah kahwin kan, so banyak masa diraikan bersama isteri. 

image

Wife ada cakap dia  tak berapa sihat. Esoknya dia pergi ambil MC di klinik dan lepas tu check sekali. Tak sangka, rupanya positif mengandung. Lepas je balik dari klinik dia terus call aku dan maklumkan pasal ni. Alhamdulillah

April – Jun 2016

image

Raikan ulangtahun perkahwinan yang pertama dengan makan malam di Hotel Eastern & Oriental, George Town. Pejam celik dah setahun kahwin, dan alhamdulillah anak pun tengah berenang – renang dalam perut ibu dia.

image

Pertama kali menjejakkan kaki di Air Terjun Hutan Lipur Cemerong. Cantik, sempat mandi air terjun sehari sebelum puasa. 

Julai – September 2016

image

Hari Raya Aidilfitri yang kedua sebagai suami dan isteri. Masa ni, baby tengah dok berenang dengan jayanya dalam perut ibu dia. Raya yang kedua kami sambut di sebelah aku, Guar Perahu

image

Business Trip ke Jerman untuk dua minggu. Ini merupakan trip yang pertama lepas aku kahwin dan kena tinggalkan isteri yang sarat mengandung. Risau, memang risau. Tapi nak buat macam mana dah tuntutan kerja. Alhamdulillah, selamat balik.

Oktober – Disember 2016

image

Sebelum deliver, mem request untuk pergi jalan jalan di Cameron Highlands. Permintaan dah dikabulkan, kemudian, lepas dah balik dari Cameron, nak pula rasa nak makan makanan Jepun di Equatorial Hotel, Bukit Jambul.  

image

Tak dijangka, pada usia kandungan 36 minggu tanggal 12hb Oktober 2016 sehari selepas makan makanan Jepun, isteri aku selamat melahirkan cahaya mata pertama kami pada jam 3:01 pagi. 

Alhamdulillah, segala yang dihajati telah dimakbulkan Allah. Semoga kehidupan kami bersama insan baharu untuk tahun 2017 akan terus diberkatiNYA. AMIN!

Comments

comments

Leave a Reply