Sampai bila Gen Y mampu nak beli rumah?

Kebelakangan ni, cerita pasal rumah berlegar-legar di laman sosial. Tambahan pula, turut jadi topik perbualan hangat dikalangan kawan-kawan sekerja. Di tempat kerja, aku lebih bercampur dengan orang yang lebih berumur dariku. Semuanya punya keluarga, anak pun dah besar dan pengalaman kerja yang lama. Aku ni ibarat setahun jagung bila duduk bersembang dengan depa.

Oleh kerana aku je yang tak lagi beli rumah, setiap kali cerita pasal rumah keluar sebagai topik perbualan, maka aku pun dapat tekanan dengan rakan-rakan tentang pentingnya cepat cepat beli rumah.

Luthfi, bila lagi nak beli rumah? Berapa lama lagi nak tunggu. Harga rumah tak tunggu hang

Hakikatnya, siapa je yang tak mahu beli rumah sendiri? Semua orang mahu beli rumah sendiri tapi sama ada mampu atau tidak je. (more…)

Pulau Pinang dilanda banjir – tapi kali ni lagi teruk!

Penang dan banjir tak dapat dipisahkan. Setiap kali hujan, mesti rakyat Pulau Pinang takut dan doa minta jauhkan segala musibah. Tapi, malangnya rakyat tak dapat nak buat apa – apa sebab banjir di Penang bukan satu perkara baharu. Dah 119 kali dah dok banjir.

Tak mau cakap banyak, meh tengok berita dan gambar – gambar yang aku cilop dari laman sosial. Sebelum tu, mai kita tengok apa yang Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng cakap :

 _”Beliau harus ingat, masalah banjir di Kelantan bukan kerana ada banjir tetapi puncanya kerana 100 ribu hektar, hutan simpan telah diratah dan ditebang. Ini menyebabkan banjir jadi lebih serius. Selepas itu ada mangsa banjir 2014 masih belum dapat rumah”_

(more…)

Bukan senang nak cari pengasuh

Ya, bukan senang nak cari pengasuh sekarang ni. Zaman sekarang ni laki bni pakat bekerja, hanya beberapa percentage yang isteri tak kerja. Bab mengasuh ni jadi bila ada pihak memerlukan, ada permintaan, dan dalam masa yang sama ada pihak yang boleh bagi pertolongan dan tawarkan perkhidmatan.

Lagi sebulan, anak aku akan masuk 12 bulan. Sekejap je. Dalam masa yang sama, sekarang ni dah pernah hantar ke dua orang pengasuh. Alhamdulillah, buat masa ni tak ada apa – apa masalah dengan pengasuh. Tapi, minggu lepas aku dan isteri dikejutkan dengan berita tentang kesihatan mengasuh sekarang yang tak berapa baik dan dia tak boleh nak mengasuh anak aku buat sementara waktu. (more…)

Tahun ni tak puas makan durian!

Durian Balik Pulau, kuning oren dan berkedut!

Tahun ni hampir dua tahun aku pindah dan duduk di Balik Pulau. Sejak dua tahun lepas, dan tahun tahun sebelumnya aku dan wife memang pulun makan durian, tak kira la durian dari mana sekalipun. Kami dua memang hantu durian. Nasib baik dapat bini yang kaki makan durian jugak, kalau dia tak makan durian mati kutu la aku makan durian sorang – sorang. (more…)

What people want Malaysia to have compare to the rest of the world

What people want Malaysia to have:

1) Free education like Norway — (but Norway have 25% GST)

2) No GST like Hong Kong — (but Hong Kong have highest income inequality in the world with Gini coefficient at 0.537 compared with Malaysia’s 0.401 in 2014 – falling from 0.441 in 2009)

3) Income equality as good as Denmark with Gini of 0.21 — (but Denmark has among the world’s highest petrol prices at RM7 per litre)

4) Lowest petrol price in the world like Venezuela — (but their inflation rate is 800% in 2016 and country is collapsing due to unsustainable state subsidies and price controls)

5) Lowest inflation rate in the world like the Euro countries which are fighting negative inflation — (but Euro currency has fallen against Ringgit since 10 years ago)

6) High exchange rate like Singapore — (but car prices are the highest in the world where the Axia costs Sing$80k or RM230k compared to RM30k n Malaysia)

7) Car prices as low as Brunei — (but Brunei has no democracy)

8) As democratic as India,, the biggest democracy in the world. — (but India has very high corruption rate compared to Malaysia)

9) As corruption free as Finland — (but Finland is in the middle of their “lost decade” and has negative or zero economic growth for years)

10) Economic growth as high as Myanmar which is experiencing an economic boom right now – (but Myanmar has lots of race/religious conflicts that has led to many deaths)

11) No or little racial/religion tensions like Nepal which is pretty much all the same race and religion — (but many Nepalese love to come to Malaysia to work and say Malaysia Bagus!).

Many of these ideals/goals are contradicting in nature.

For example, you can’t have low inflation and high economic growth and fast-rising wages.

Neither can you have very liberal low-tax highly capitalist and highly competitive economies like Hong Kong and still expect low social inequality (you want to stay in bird cages?).

Or having low car prices with low petrol prices and not expect crippling road congestion that will stifle economic growth and cause environmental damage.

Trade-offs and compromise are to be expected in any country.

*Whatever it is Malaysia is still the best! *👍
#malaysiabest

Source : FB Dr Shaik Hussein Mydin

 

Selamat Hari Pekerja 2017

Pekerja di sektor pengeluaran – sumber dari Google

Selamat hari pekerja!!

Setiap 1 hb Mei pada setiap tahun kita meraikan hari cuti untuk pekerja. Tapi, adakah kita betul – betul dihargai dengan meraikan Hari Pekerja?

Hari Pekerja mula disambut bermula pada tahun 1970an apabila Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Dr. Ismail Abdul Rahman mengumumkan 1 Mei sebagai hari pelepasan am bagi pekerja di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri menyatakan sebab pengistiharan hari pelepasan itu dibuat adalah salah satu hari yang didedikasikan untuk pekerja sesuai dengan cita – cita kerajaan.

Selain dari tu, bagi aku lah kan, hari pekerja disambut untuk mengiktiraf golongan pekerja di negara kita yang sama sama membantu dan bertangungjawab untuk memajukan negara!  (more…)