Blog Luthfi.My secara rasmi ke platform Tumblr!

image

3hb Mei 2016, secara rasminya blog Luthfi.my telah berpindah platform ke Tumblr. Mengikut sejarah blogging aku, ini merupakan blog peribadi ketiga selepas blog Luthtextile.com (2007-2010) platform Blogger – WordPress.org, Mohdluthfi.com (2010-2011) di platform WordPress.org dan Luthfi.my (2010-sekarang) dari platform WordPress.org, Blogger dan kini Tumblr.

Kenapa ke Tumblr?

Satu alasan besar sebab aku buat keputusan untuk hijrah ke Tumblr adalah keringkasan apps Tumblr di Android phone dan WordPress yang mana paling sempoi buat masa ni.

2016 merupakan tahun yang semua benda nak mudah dan pantas. Dengan adanya apps user friendly macam Tumblr ni memang memudahkan aku untuk berblogging berbanding bersosial di laman FB, Twitter dll.

Apps sangat penting bagi aku untuk terus aktif blogging. Pada tahun 2007-2009, alasan tak ada sambungan internet merupakan satu sebab kenapa aku tak boleh blogging tapi sekarang ni tak releven lagi sebab segalanya dikelilingi oleh sambungan internet.

Aku perlukan satu platform yang ringkas dan padat, pada pandangan aku, Tumblr dapat menawarkan fungsi yang aku nak.

Contoh? Segala apps dilaman sosial boleh dikongsi kepada blog Tumblr, seperti posting di Instagram boleh terus dikongsi dan dijadikan satu new post. Tak ke tu satu fungsi yang bagus? Aku suka sebab ia memudahkan perkongsian tanpa perlu membuka Blogger.com. 

6 Tahun blog Luthfi.MY

Sat saja masa berlalu, dah 6 tahun aku beli domain Luthfi.My. Cepat je masa berlalu, aku harap aku akan stay bersama dengan domain ni dan blogging di Tumblr sampai bila bila. Harap Tumblr tak tutup kedai! Haha

Terima kasih kepada Asiahost kerana terus menerus menawarkan perkhidmatan cemerlang untuk domain .my. Semoga terus maju jaya!

Hilangnya semangat untuk berblogging

Salam,

Sebelum hadirnya media sosial yang pantas dan berpengaruh, blog merupakan salah satu medium untuk berinteraksi antara satu sama lain, menyampaikan maklumat dan juga berkarya. Ada banyak benda yang boleh dilakukan di platform blog yang mana sangat menarik tapi, momentum blogging dah makin lama makin berkurangan (ke aku je yang rasa macam tu?)

Dengan adanya platform yang mudah, pantas dan ringkas seperti Facebook, Twitter? dan juga Instagram untuk dua tiga tahun kebelakangan ni, aku rasa fokus aku pada blog sangat merudum, buktinya boleh lihat dengan ketara bilangan posting yang aku tulis berbanding hampir lima tahun lepas, rindu berblogging dan kembalinya aku ke platform blogger ber-domain-kan Luthfi.MY.

Aku nak senaraikan punca kenapa aku tak boleh nak berblogging!

1. Faktor masa

Sebenarnya, faktor masa tak boleh dikatakan punca aku tak boleh nak berblogging macam dulu. Kalau nak dibandingkan dengan masa student dulu, masa tengah bekerja ni aku ada banyak masa free yang mana aku tak perlu nak struggle untuk belajar dan fokus pada perkara yang penting.

Kalau nak kata aku sibuk sangat masa kerja, tak sangat sebab dalam masa yang sama aku boleh je update Instagram, Facebook dan kadang kala tweet kat Twitter. So, alasan “sibuk” tu bukan jadi penghalang. Mau dengan tak mau je.

2. Tak ada internet dan tak ada komputer

Alasan ni memang sangat tak boleh pakai. Lima tahun lepas, aku sanggup beli pass internet RM3 untuk setengah hari, aku sanggup pergi ke cyber cafe untuk berkarya di blog tapi kenapa bila aku dah ada segalanya masih tak boleh nak update blog?

So far, dua je alasan yang aku boleh senaraikan kat sini kenapa aku tak boleh nak berblogging macam dulu. Apa pun, satu perkara yang utama ialah “mau atau tak mau” itu je. Kalau mau, semua benda boleh buat walau sesukar mana sekalipun.

Aku kena ubah mentaliti, kurangkan buang masa di Instagram dan curahkan semua idea tu dalam bentuk penulisan yang lebih bagus. Dalam masa yang sama, aku nak optimize interface blog aku ni untuk jadi lebih menarik, seperti yang aku buat lima tahun lepas.

Bukan susah mana pun nak berblogging. Mau atau tidak.

Luthfi
2015-04-23
18:00

Happy 1st Anniversary, LUTHFI.MY!

Salam,

Time had flies so fast! Actually, on 12th April its the first anniversary of my beloved blog, Luthfi.MY after back to Malaysian Blogspace and move to Blogger platform.

Look back at one year ago, not so many posting that I have write here.

I hope I can write and contribute more after this, including the most exciting event which will happen less than 30 days!

Regards,
Luthfi

2015-04-20
10:50 am

Selamat kembali, Luthfi.my!!

Assalamualaikum,

Setelah beberapa bulan aku kembali menulis di pelantar Blogger, aku terus mengambil keputusan untuk membeli domain untuk blog lama aku ni. Ye, untuk pengetahuan anda yang tak pernah baca blog aku (pergh buat macam blog aku popular sangat), aku pernah menulis di beberapa blog.

Antaranya, dulu (blog ni la luthtextile.com), kemudian berhijrah ke pelantar blog WordPress. Setelah hampir 3 tahun menggunakan domain tersebut, aku mengambil keputusan untuk memberhentikan pembaharuan domain luthtextile.com, kerana dalam masa yang sama aku telah membeli domain luthfi.my.

Domain Luthfi.my dibeli semasa promosi domain dot my yang dibawakan oleh Exabytes. Dalam masa yang sama, aku pun ada beli domain Lazat.my, untuk blog suka suka. Rasanya, domain yang aku beli masa promosi tu berharga RM66/tahun tapi apabila dah sampai waktu untuk memperbaharui domain tersebut, harganya melonjak naik sampai RM120/tahun.

Yalah, sebab itu ramai diantara kawan kawan aku cakap, nak beli domain pada harga promosi baik beli untuk 2-3 tahun kerana harganya murah dan untung berbanding beli untuk 1 tahun dan perbaharui pada setiap tahun.

Oleh kerana domain luthfi.my lebih sinonim dengan diri aku, selari dengan “pembaharuan imej” (kononnya..) di alam maya, aku terus serius berblogging menggunakan domain luthfi.my di wordpress. Tapi, imej tu tak bertahan lama sebab aku rasa dengan renewal domain semahal RM120/tahun rasa tak berbaloi, aku beli domain mohdluthfi.com dan berblogging dengan domain tu untuk dua tahun.

Lepas habis episod memperbaharui domain untuk blog, aku jadi malas pula nak berblogging dan ambil keputusan untuk tak meneruskan langganan hosting wordpress aku tu walaupun ia hanya RM80/tahun. Entahlah, mood nak berblogging dah makin kurang. Ni semua kesan daripada kepesatan pembangunan aplikasi alam maya seperti Facebook dan Instagram sampai memusnahkan nafsu berblogging aku.

InsyaAllah, dengan kembalinya aku ke medium Blogger ni sebagai pelantar untuk berblog, aku harap aku akan terus setia dengan domain luthfi.my dan juga berblog dengan jayanya. Kali ini, langganan domain dot my aku bersama dengan syarikat Asia Host Advance Tech.

Hidup ada pasang surutnya, begitulah dengan dunia blogging. Aku harus buat comeback dan kembalikan zaman kegemilangan berblogging seperti masa dahulu.

Sibuk dengan kerjaya bukan satu penghalang untuk berkarya 🙂 🙂

Kembali ke blogger.com

Assalamualaikum,
Setelah lebih dari dua tahun meninggalkan blogspot. akhirnya aku kembali menulis di blog ini. Aku nekad untuk meninggalkan segala apa yang aku tulis di blog wordpress dengan tak lagi renew domain dan hosting. 
Buat masa ni, aku dah tulis di lebih 3 buah blog berasaskan wordpress yakni lazat.my, mohdluthfi.com, luthfi.my dan luthtextile.com
Dengan komitmen kerja yang tinggi menggunung dan kemalasan aku nak renew hosting + domain aku rasa hobi aku untuk berblogging menggunakan wordpress dah tamat. Eh, sebenarnya aku ni blogging suka suka je. Tak ada penaja untuk tampung kos operasi blog yang sangat tinggi 😛 tiru ayat ala ala ahli politik

So, 20/11/2013 merupakan tarikh kembalinya aku berblogging di platform blogspot dan harap aku boleh blogging dengan lebih tegar!
Salute,
Luthfi