Muhammad Rizqi berusia enam bulan!


Rasanya anak aku kecik lagi, tapi sedar tak sedar dah berusia enam bulan. Dah enam bulan Muhammad Rizqi hadir dalam hidup kami, terasa macam dah banyak perkara kami lalui bersama – sama. Alhamdulillah.

Kawan – kawan ada nasihatkan aku, masa anak masih kecil terutamanya 3-6 bulan dan anak pertama kena banyak bersabar. Aku pun mengangguk dan terima apa sahaja nasihat yang diberikan kawan, sebab dia ada ramai anak dan anak pun dah besar besar. So kena belajar daripada senior – senior lah ya! Continue reading “Muhammad Rizqi berusia enam bulan!”

Sampai hati Kak jaga Rizqi macam ni

image
botol susu yang digunakan oleh pengasuh untuk bagi minum kat anak saya. Apa pendapat hampa bila tengok botol susu yang pada keadaan asal adalah baru bertukar menjadi busuk, hitam, dan sangat kotor!

Harini sebulan lebih saya dan isteri hantar anak kami ke seorang kak pengasuh yang dikenali sebagai Kak N di Balik Pulau. Oleh kerana kami bukannya orang tempatan, saya kenal Kak N daripada kawan sekerja yang recommend  Kak N untuk jaga Rizqi. Sebenarnya, kami langsung tak mengenali Kak N dan sebetulnya bukan pilihan kami. Continue reading “Sampai hati Kak jaga Rizqi macam ni”

Sudah dua bulan, Muhammad Rizqi!

image

Pejam celik, pejam celik dah lebih 60 hari usia Rizqi. Hari demi hari nampak perubahan watak Rizqi yang makin cerdik dan mengenali dunia terutamanya interaksi dengan dia, senyuman dan manja!

Masa sebelum kahwin lagi aku ada wish untuk nak hidup macam orang lain especially hidup macam mak ayah aku yang membesarkan aku dan sekeluarga. Alhamdulillah, lepas hampir setahun jadi suami, Allah bagi rezeki anak, satu lagi tanggungjawab sebagai seorang bapa.

InsyaAllah, tanggungjawab dan rezeki yang Allah bagi ni akan aku jaga sebaik-baiknya demi meneruskan kesinambungan hidup dan generasi baharu keluarga Suib! 

Dialah segalanya

Betul, seperti yang diungkapkan oleh kebanyakkan kawan kawan yang dah berumahtangga dan bercahayamata, enjoylah masa bahagia berdua sebelum ada pihak ketiga. Seperti yang depa dok cakap, lepas je ada anak, masa, tumpuan dan segalanya semua ke anak. Kalau boleh, taknak lepaskan satu saat pun masa untuk berenggang dengan anak sebab nak bagi perhatian dan ada dengan dia, nak pastikan yang terbaik untuk dia.

Sejak ada anak, kehidupan aku dan isteri makin bermakna. Bermaknalah, sebab kami merupakan ibubapa kepada Muhammad Rizqi yang dipertanggungjawabkan untuk jaga dia. Betul orang kata, perkara yang paling penting buat masa ni kalau balik rumah terus nak tengok anak. Nak tengok muka anak. Tu paling penting dan bermakna untuk setiap hari.

Rekod tumbesaran setiap hari

Terima kasih kepada teknologi, kerana teknologilah aku dapat ambil dan rakam detik detik yang berharga sepanjang masa selepas Muhammad Rizqi lahir. Daripada detik keluar daripada bilik bersalin, aku ambik setiap inci gambar anak aku. Tujuan? Untuk simpan, buat kenang-kenangan dan rujukan.

Kawan kawan ramai dok kata, wajah budak terutamanya baby berubah dari hari ke hari. Sebab tu kalau ambik gambar setiap hari, boleh tengok gambar perubahan. Oleh kerana tak percaya *dalam hati sebenarnya excited* nak tengok tumbesaran anak, setiap hari aku dan isteri ambil gambar anak. So far, untuk hari ini dah 60 hari lebih, perubahan wajah tu ketara lah kalau nak dibandingkan masa hari mula mula lahir!

Bila sudah bertiga

Selain diberi keutamaan, suasana hidup berdua aku dan isteri secara automatik berubah. Lepas je pantang, aku bawa anak dan isteri balik ke kampung Terengganu. Biasalah, nak tunjuk anak buah baharu kepada abang, kakak dan adik ipar disana. Nak juga bagi Muhammad Rizqi tahu yang dia ada kampung yang jauhhhhhh di pantai timur *Muhammad Rizqi memiliki IC orang Penang tau*

Dalam perjalanan pertama kami balik kampung bertiga, dalam hati aku terdetik, tak rugi sebenarnya aku beli Perodua Alza yang besar, yang pada dahulunya jadi point kenapa aku bujang tapi beli kereta yang besar? So, sekarang ni aku dah ada jawapannya. Dengan kereta besar, barang barang anak dan isteri mudah aku bawa dan tak jadi masalah untuk kemana – mana. 

Sekarang ni bila kemana mana, bawa baby kecik berjalan jalan kena ada macam macam. Kena bawa stroller, beg susu, dan lain lain lagi semuanya untuk si kecik. Pergi shopping complex, tak boleh dah guna tangga bergerak. Kena naik lift untuk senang bawa stroller baby bersama – sama.

Sebak

Oleh kerana Muhammad Rizqi dilahirkan awal hampir sebulan dan dikategorikan sebagai late premature iaitu lewat pramatang, so dia kena buat pemeriksaan macam bayi pramatang yang lain. Bulan lepas, untuk umur satu bulan, aku ada bawa Muhammad Rizqi berjumpa dengan Pakar Kanak-Kanak Post Natal di Hospital Besar Pulau Pinang. 

Selain daripada pemeriksaan biasa untuk bayi post natal, Muhammad Rizqi kena check mata dan lain lain lagi. Sebagai ibu bapa baru, ini merupakan satu pengalaman dan cabaran yang aku hadapi untuk membesarkan anak. Satu demi satu check up kami jadualkan di kalendar kami untuk pastikan tak ada satu pun pemeriksaan kesihatan anak tak tertinggal.

Masa tengah tunggu giliran, ada lah dua tiga pesakit di Hospital Besar Pulau Pinang ada tegur tentang anak kami, “eh, kenapa baby kecik ni kena cek?”, “Kesiannya, kecik kecik pun kena check” dan macam macam lagi soalan dan perbualan yang dengar di corong teling kami. 

Apa yang buat aku tersentuh adalah, bila ada seorang pakcik datang menghampiri aku dan berbual tetang Muhammad Rizqi. Secara bersahaja dia bagi nasihat kat aku, suruh bersabar dan sambil berkata “Susah tak bela anak? Haa, sekarang baru hang tau macam mana susahnya mak ayah hang bela hang masa kecik. Sekarang, tau lah bertapa besarnya jasa, pengorbanan dan pahit jerit orang tua untuk membesarkan anak”

Syukur, Alhamdulillah

30 hari bergelar “Abah”

image

Pejam celik pejam celik, dah 30 hari aku bergelar bapak orang. Ya, kawan cina cakap sudah naik pangkat, bagi aku status “bapak orang” bukannya sekadar naik pangkat tapi sudah letak satu lagi tanggungjawab baharu atas bahu ni.

Alhamdulillah, sudah 30 hari aku tempuh dan ini bukannya satu penamat tapi ia merupakan satu hari mula untuk sepanjang hidup aku!

Cepatnya masa berlalu

Sudah 30 hari Muhammad Rizqi ada dalam hidup aku selepas 9 bulan berada didalam kandungan isteri. Bukan mudah nak dapat seorang anak, dah bergelut selama 9 bulan, lepas dah lahir kedunia pun kena bergelut untuk membesarkan dia. 

Oleh kerana Rizqi lahir “ngam ngam" 36 minggu 4 hari dan juga disebut later premature, serta ditahan 8 hari di wad oleh kerana hypoglycemia dan kuning, alhamdulillah, itu bukan satu titik untuk aku dan isteri untuk mengalah. Takdir yang Allah SWT tentukan itu digunakan sebaik-baiknya untuk belajar terus berusaha demi anak dan isteri. 

Bermula kehidupan baharu

Ramai kawan kawan dok bagi nasihat, tumpang wife tak beranak lagi, enjoy-lah saat – saat berdua dan tenang. Rupanya, apa yang depa katakan itu betul, tapi, hidup aku rasa teramat bermakna dengan kelahiran Rizqi. Memang tak boleh nak enjoy macam dulu sebab anak masih kecik dan perlukan perhatian yang penuh tapi aku tak rasa ia membebankan.

Pengalaman yang sangat sangat berharga

Kehidupan berdua memang tak sama dengan bertiga, dok berjaga malam sebab bancuh susu untuk anak, dok rasa tak cukup tidur masa kerja dan macam macam lagi. Semuanya satu pengalaman baharu, pengalaman yang aku rasa syukur sangat sebab diberi peluang untuk rasa macam mana mak dan ayah aku lalui masa aku kecik.

Aku berharap dan berdoa siang dan malam agar Allah SWT memudahkan perjalanan hidup aku bersama anak dan isteri. Dengan lahirnya Rizqi, maka kehidupan sebagai suami-isteri dah jadi keluarga yang lengkap. Alhamdulillah. 

Selamat datang kedunia, anakku

image

Alhamdulillah, setelah ditunggu tunggu rupanya 12 hb Oktober 2016, jam 3:01 pagi anak yang dikandung isteriku selama 36 minggu telah selamat dilahirkan. Sebak, terharu, syukur, dan pelbagai lagi perasaan yang bercampur baur ketika dimaklumkan oleh jururawat yang isteri aku dah selamat melahirkan anak.

Aku agak terkilan bila doktor tak izinkan aku untuk teman isteri didalam labour room, tak seperti yang diwar-warkan oleh kawan aku. Takpalah, walaupun tak dapat nak teman secara fizikal, wife selalu sms dan call sehinggalah sampai nak masuk ke labour room dan aku salam, kucup dahi sebelum misi tolak ke dalam labour room.

Dua jam dalam labour room, aku gelisah. Susah hati. Takut. Berdebar-debar. Turun. Naik. Dan, aku duduk baca Yasin untuk tenangkan hati serta mohon Allah mudahkan isteri aku untuk lahirkan.

Bermula jam 3:01 pagi, 12 Oktober, Allah dah letak satu lagi tanggungjawab baharu diatas bahu aku, untuk aku jaga, aku pimpin dan harta dunia akhirat.