Bercuti di Thristle Port Dickson, Negeri Sembilan

image

Sejam drive dari KL ke Port Dickson tak terasa penat bila sampai je dekat Port Dickson ni. Cantik, tenang dan memang memukau. Dah lama sebenarnya tak ke Port Dickson. Cuaca pulak elok, memang macam tau tau je orang nak pergi bercuti. Nak release tension dan tenangkan minda.

Port Dickson ni tak besar mana pun. Ronda punya ronda, sambil jalan tak ada pun perancangan pun nak stay kat Port Dickson dan tak buat apa sampaikan last minit dok cari hotel, nasib baiklah ada Traveloka, mudah kami buat pencarian hotel dan kami buat keputusan untuk tinggal di Thristle Port Dickson untuk satu malam! Continue reading “Bercuti di Thristle Port Dickson, Negeri Sembilan”

Nokia 3310 kembali dengan beteri tahan selama sebulan!

image

Wow, hebat! 

Itulah perkataan yang keluar dari mulut aku bila tengok iklan rasmi yang dipaparkan di laman web rasmi Nokia tentang telefon Nokia 3310 yang diberi nafas baharu untuk tahun 2017!

Apa yang menarik, bukan saja beteri boleh tahan selama sebulan, harga yang diparpan di laman web tersebut hanya €49 (anggaran untuk jualan)

Menarik

image

Berikut merupakan summary daripada Nokia 3310 baharu :

1) Bentuk sama, skrin bujur 2.4″ yang senang dilihat ketika dibawah cahaya matahari

2) Boleh cas dengan Micro-USB

3) Warm Red dan Yellow (gloss finish) dan Dark Blue and Grey (matte finish)

4) OUTSIDE

  • Beautiful push buttons and iconic, shaped design
  • 2 MP camera with LED flash for simple snaps
  • Headphone jack for your tunes
  • 2.4” curved window with polarized layer for better readability in sunlight
  • Available as both single SIM and dual SIM variants

5) INSIDE

  • 2G connectivity for calling and texting
  • All-new UI with nods to the original
  • Awesome battery life, with up to 22 hours talk time
  • FM radio and MP3 player for music
  • 16 MB storage3 plus a MicroSD card slot with support up to 32 GB
image

Full specs

IN THE BOX

Your Nokia 3310
Nokia Micro-USB charger
WH-108 headset*
Quick guide
*Varies by market, please check availability.

DESIGN

Colors Warm Red (Glossy), Dark Blue (Matte), Yellow (Glossy), Grey (Matte)
Size 115.6 x 51 x 12.8 mm

NETWORK AND CONNECTIVITY
Network speed 2G
Networks GSM 900/1800 MHz

PERFORMANCE
Operating system Nokia Series 30+

STORAGE
Internal memory 16 MB4
MicroSD card slot Support for up to 32 GB, memory card sold separately

AUDIO
Connector 3.5 mm AV connector
Apps FM radio, MP3 player

DISPLAY
Size and type 2.4” QVGA

CAMERA
Primary camera 2MP
Flash LED flash
CONNECTIVITY
Connectivity Micro USB (USB 2.0), Bluetooth 3.0 with SLAM

BATTERY LIFE
Battery type Removable 1200 mAh battery5
Max. talk time Up to 22.1 hours
Max. standby time Up to 31 days
Max. MP3 playback time Up to 51 hours
Max. FM radio playback time Up to 39 hours

Review – Sebulan bersama Webe

image

Aku buat pilihan untuk bertukar ke Webe pada Disember 2016, iaitu bulan lepas setelah beberapa bulan menggunakan Celcom Gold 80 yang aku langgan sejak Mac 2016. Untuk rekod, setelah aku potong Celcom Gold 80, aku terus port out ke Digi Prepaid. Alasannya sebab nak cuba tengok coverage Digi dekat rumah aku.

Lepas je tukar ke Digi, aku dapati coverage Digi dalam rumah masih lagi macam biasa (mungkin ada baik sikit dari Celcom) dan untuk beberapa bulan aku bersama dengan Digi, aku buat keputusan untuk pindah ke Webe

Berpindah ke Webe

Antara sebab utama aku bertukar ke Webe adalah unlimited data yang ditawarkan oleh Webe.Sekarang ni dah tahun 2017, semua orang dah berpindah daripada membuat panggilan dan sms secara tradisional ke apps base yang memerlukan sambungan internet. boleh dikatakan kebanyakkan orang dah berpindah daripada membuat panggilan telefon dan sms ke apps kerana ia boleh dihubungi di mana mana sahaja dan ianya percuma. Buat apa nak bazirkan duit untuk bayar lagi bil telefon untuk membuat panggilan? Ya, mungkin ada buat panggilan biasa tapi mungkin tak sekerap macam dulu. kan?

So far, sejak mula guna Webe aku dah guna lebih kurang 40GB yang kebanyakkannya digunakan untuk menonton video atas talian. Kebanyakkan masa dengan Webe aku manfaatkan untuk tengok video sebab selama ni dengan telco yang lama aku kena hadkan penggunaan data sebab takut quota habis. Tapi, dengan Webe tak lagi! It’s a freedom!

image

Coverage

Antara masalah utama yang selalu di fikir bila nak bertukar ke telco baharu adalah kawasan liputan. Untuk Webe, aku rasa ia tak jadi masalah sebab Webe merupakan anak syarikat TM yang mendominasi telekomunikasi di Malaysia. Sepanjang sebulan, aku tak ada masalah tentang tak ada line, tak ada signal, panggilan terputus, data takdak dll. Segalanya macam biasa.

Aku pun dah cuba guna Webe di luar dari tempat tinggal aku di Pulau Pinang (pulau dan seberang), dalam masa sebulan ni aku ke Terengganu, Kuala Terengganu to be exact. Line Webe sangat steady dekat KT dan hampir semua tempat ada LTE! Kemudian, ke Kemaman dan sepanjang jalan balik ke Pulau Pinang melalui Jeli-Gerik pun tak ada masalah. Walaupun kat kawasan hutan tu tak ada data, tapi masih lagi boleh buat panggilan. Superb!

Phone compatibility 

Bab ni aku tak berapa happy sikit sebab bukan semua smartphone boleh support Webe ni. Seperti yang digariskan oleh Webe, hanya smartphone yang menyokong Band 5 sahaja yang boleh guna line depa. Kalau tak support, maka tak ada la LTE. Check tengok kat sini kalau hampa nak tengok phone hampa support ke tak.

Aku pilih untuk self pick up sim card Webe baharu lepa buat bayaran secara online. Pick up dekat Queensbay dan aktifkan sim card lepas Digi hantar sms port-out berajaya. Masa tu aku guna Huawei Honor 6, kalau ikutkan memang tak tersenarai dalam senarai Certified phone tapi bila belek spec telefon tu ia support Band 5.

Masuk je simkad Webe yang telah aktif, line Digi aku yang selalunya full bar dan line 4G merata – rata dah jadi tenggelam timbul. Sekejap je 4G / LTE sekejap je 3G. Macam mana ni! Nampak sangat macam tak stabil. Aku kerap aktifkan air-mode untuk refresh sambungan internet. Rasa macam  tak selesa gila bila line telefon macam kura kura.

Dulu bila kemana mana saja ada je line 4G tapi lepas guna Webe phone jadi panas sebab dok cari line kot. Finally, aku ambik keputusan untuk guna 3G sahaja dan tempat yang aku tau ada line 4G yang kuat baru aku aktifkan 4G LTE. Aku rasa macam nak port out Webe sebab tak enjoy guna phone sebab line hampeh tak seperti yang dijanjikan!

Tukar ke iPhone

Aku memang bercadang untuk tukar ke iPhone dan hanya mampu tukar phone yang aku guna (Honor 6) pada bulan 12. Oleh kerana phone tak kritikal sangat untuk ditukar dan nak ditukar diatas dasar “kehendak”, aku beli used iPhone 5s. 

Nak dijadikan cerita, lepas je masukkan simkad kat dalam iPhone, line LTE/4G yang samar – samar dan tenggelam timbul tu terus jadi full! Aku terkejut, lepas tu keluar ke luar dan terus ronda – ronda Penang dengan iPhone 5s. Hampir kesemua tempat di Penang ni diliputi oleh LTE dan sangat laju!

Bila dah line LTE full, laju, mau tau la beteri telefon cepat macam mana! Hehe

Keburukan

Kemain semua cakap pasal kebaikkan je kan? Aku nak cakap yang Webe pun ada keburukkan yang semua orang tahu, apa guna ada data unlimited tapi tak boleh nak buat hotspot kan? Kalau hampa nak hotspot, kena bayar add-on RM6 untuk penggunaan 2 jam. Leceh kan? Sebab tu aku tak boleh dah nak online guna laptop bila ada dekat rumah sebab setiap kali nak hotspot kena bayar. Tak praktikal.

Selain dari tu, Webe pun macam telco – telco kecil yang lain, tak tawarkan perkhidmatan call forwarding, tak boleh nak aktifkan imessage & facetime dengan no. phone sendiri, dan banyak lagi. Nak tahu, hampa kena try sendiri.

Kesimpulannya, harap ada banyak lagi telco yang tawarkan plan data unlimited macam Webe ni. Dengan harga RM79 sebulan (tak termasuk GST) aku rasa ia salah satu pakej internet yang paling sempurna buat masa ni.

Harap tahun 2017 ni dapat tengok banyak lagi telco tawarkan plan atau pakej yang murah dan setimpal. Tak la terus mencekik duit rakyat dengan buat pakej yang penuh dengan tipu muslihat.

Caiyookkkkk Webe! 

Makan di Nada Lama, Hotel Equatorial, Bukit Jambul, Pulau Pinang!

Salam,

Aku nak kongsi pengalaman aku makan di sebuah restoran baharu di Hotel Equatorial, Penang yang baru je dibuka (err.. tak la baru sangat). Boleh dikatakan setiap tahun, lebih daripada dua kali aku makan dekat sini (tu pun makan cemei) dan bergantung kepada majlis yang berkaitan dengan kerja.

Apa pun aku pernah juga makan sini bersantai santai dengan cik tunang.

Okay, untuk restoran Nada Lama dah dua kali aku menjejakkan kaki kat sini. Bagi orang yang suka makan banyak boleh la cuba pergi makan kat sini. Hidangan di hotel ni adalah secara buffet.

Semalam aku pergi makan malam (dinner) package Weekend Surf and Turf BBQ Buffet Dinner, bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam. Not bad, ramai betul orang malam semalam.

Restoran Nada Lama, imej dari laman web rasmi Equatorial Penang

Makanan kat sini berkonsepkan pelbagai variasi, apa yang hang nak makan semua ada! Dari makanan Melayu, Cina, Inda dan juga makanan barat. Apa yang aku sangat tertarik dengan Nada Lama ni adalah konsep dekorasi dan suasana tempat makan yang sangat ekslusif! Paling menarik, BBQ corner yang ada pelbagai jenis daging, dan makanan laut yang sangat segar!
Lapik Meja | Nada Lama | EQ Hotel | Penang
Bukit Makanan Laut Segar | Nada Lama | EQ Hotel | Penang
BBQ | Nada Lama | EQ Hotel | Penang
Pemanis Mulut | Nada Lama | EQ Hotel | Penang

Ikhlas,

Luthfi
Sabtu, 11 April 2015
10:20 pagi

Ushar Wayang : The Hobbit – The Battle of the Five Armies

Salam,

Semalam aku berkesempatan untuk menonton wayang, sudah sekian lama tak tengok wayang dan filem yang aku pilih adalah The Hobbit – The Battle of the Five Armies.

Bagi mereka yang telah mengikuti jalan cerita The Hobbit sebelum ini, mesti peminat dan pengikut movie The Hobbit menanti nanti sambungan cerita The Hobbit – The Desolation of Smaug yang telah ditayangkan pada tahun lepas.

Yang paling best, aku tengok filem kegemaran aku ni dalam versi 3D. So, memang gempak habis lah bila tengok filem ni!!

Sedikit sipnosis tentang filem The Hobbit – The Battle of the Five Armies :

Pada episod yang lepas, rombongan Kaum Kerdil yang diketuai oleh Thorin Oakenshield telah berjaya memasuki kawasan gunung bernama Lonely Mountain yang selama ini dikawal oleh seekor naga berapi yang bernama Smaug.

Kemudian, si pencuri Bilbo Baggins telah memainkan peranan beliau untuk mencuri Arkenstone dari Smaug dan berjaya mendapatkan batu tersebut. Ekoran insiden tersebut, naga Smaug telah menyerang pekan yang berdekatan iaitu Lake-Town. Habis kesemua bandar Lake-Town telah terbakar akibat serangan daripada naga Smaug.

Ketika Smaug tengah rancak menyembur api kearah Lake-Town, Bard the Bowman si pemanah telah berjaya membunuh naga Smaug dengan bantuan anaknya Bain dengan menggunakan panah hitam Black arrow tepat ke arah hati Smaug. Panah biasa tidak dapat menembusi badan Smaug yang sangat keras tu.

Lepas Bard membunuh Smaug, cerita akan kematian naga Smaug telah tersebar kemerata tempat dengan pantasnya lalu, menarik perhatian pelbagai pihak untuk menawan Lonely Mountain termasuk penduduk Lake-Town yang diketuai oleh Bard. Oleh kerana Thorin sudah pun berjanji untuk memberikan harta karun yang dikawal oleh naga Smaug apabila Bard berjaya membunuhnya, Bard dan orangnya terus menuju ke Lonely Mountain untuk menuntut janji Thorin.

Sebaliknya, Thorin yang telah berjaya memasuki dan mengawal semua harta yang berada dibawah Lonely Mountain bertukar menjadi seorang yang tamak dan terdesak. Sikapnya telah berubah menjadi kejam dan tak menunaikan janjinya akibat “rasukan Smaug”. Sebelum ini, dinasti Ayahnya dan Datuknya telah pun jatuh akibat ketamakkan dalam mengumpul kekayaan.

Okey, aku rasa dah banyak sangat menulis ni. Baik hampa tengok sendiri trailer dia yang sangat menarik dibawah. Nak tahu lebih lanjut, baik ke panggung wayang berdekatan!

Luthfi9:15 pagi19 Disember 2014