12 jam memandu dari Milan ke Paris melalui Zurich!

Aku saja nak kongsi kisah perjalanan 12 jam pergi dan balik aku bersama kawan – kawan dari Milan ke Paris menerusi Zurich pada 4 tahun yang lepas. Perghh, kenapa dah 4 tahun baru nak share? Alah, saja la nak kongsi pengalaman. Lagipun, dah lama sangat dok sibuk, ni baru ada masa untuk tulis satu entry lengkap macam mana aku boleh bawa kereta sejauh tu dan macam mana aku boleh sekuat tu.

Perjalanan aku dari Milan ke Paris menerusi Zurich yang memakan masa selama lebih 12 jam ūüėÄ

Untuk sekian kali, perjalanan jauh tak asing bagi diri aku, terutamanya memandu jauh di Eropah. Sebab, sebelum ni aku dah berpengalaman untuk memandu secara “gila” di Jerman dan Itali. Aku suka memandu sebab memandu ni bagi satu kepuasan yang tak boleh digambarkan.

Setiap kali ke Eropah, aku memang nak sangat berjalan – jalan di bandaraya besar. Aku dah jejakkan kaki di Berlin, Milan, Rome dan beberapa bandaraya lain dan¬†target¬†aku kali ini adalah Zurich dan Paris. (more…)

Berbaju Melayu di bandar W√ľrzburg

Aku di W√ľrzburg Residence, Residenzplatz

Throwback sikit cerita pasal tahun lepas yang aku tak tulis lagi. Masa aku dan kawan aku, Fadhil kami ke Germany untuk business trip. Masa on the way balik dari Wertheim Village.

Perjalanan kami dari Wertheim Village mengambil masa selama 25 minit. Dekat je, tapi aku ambik keputusan untuk guna jalan biasa 10 minit lebih jauh daripada guna Autobahn.¬† (more…)

Perjalanan Penang-KL-JB sejauh 1,600km!

Dua tiga bulan lepas dok mengadu otak dah tepu. Katanya dah tak boleh duduk diam sebab dah lama tak bercuti. Masa cuti raya cina baru ni aku tak kemana pun, masa dihabiskan untuk kerja, kerja dan kerja.

Lepas pada tu, aku dan wife dok plan nak bercuti dekat mana. Kira dan plan, maka jadi la percutian kami di Kuala Lumpur dan Johor Bharu. Percutian kami hanya 4 hari 3 malam yang sangat memberi 1001 makna dalam hidup kami.¬† (more…)

Bercuti di Thristle Port Dickson, Negeri Sembilan

image

Sejam drive dari KL ke Port Dickson tak terasa penat bila sampai je dekat Port Dickson ni. Cantik, tenang dan memang memukau. Dah lama sebenarnya tak ke Port Dickson. Cuaca pulak elok, memang macam tau tau je orang nak pergi bercuti. Nak release tension dan tenangkan minda.

Port Dickson ni tak besar mana pun. Ronda¬†punya ronda, sambil jalan tak ada pun perancangan pun nak stay kat Port Dickson¬†dan tak buat apa sampaikan last minit dok cari hotel, nasib baiklah ada¬†Traveloka, mudah kami buat pencarian hotel dan kami buat keputusan untuk¬†tinggal di Thristle Port Dickson untuk satu malam! (more…)

Pengalaman memandu dari Jerman ke Belanda!

image

Peta perjalanan kami dari Kassel, Germany ke Amsterdam, Netherlands. Jumlah perjalanan mengambil masa 4 jam

Aku nak kongsi pengalaman terbaharu aku September tahun lepas masa seminggu aku di Jerman buat kali ke lima. Aku bekersempatan untuk memandu ke Amsterdam, Belanda daripada tempat kerja.

Memandu di eropah bukan satu yang asing bagi aku. Boarder crossing di negara – negara EU sangat menarik sebab tak ada pun istilah¬†‚Äúboarder‚ÄĚ sebab tak ada pun check point macam kat negara kita dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan lain lain lagi. (more…)

Pengalaman memandu di lebuhraya Autobahn, Jerman!

Salam,

Tiba tiba aku nak tulis dan kongsi pengalaman memandu aku. Untuk pengetahuan, aku memang suka sangat memandu terutamanya perjalanan jauh (long distance). Buat masa ni, aku pernah memandu di lima buah negara eropah iaitu Jerman, Itali, Switzerland, Perancis dan juga Vatican City (hehe). Memandu di eropah, pengalamannya sama seperti di mana mana negara eropah. Permandangan dan cara pemanduan hampir sama cuma mungkin undang- undang jalanraya yang berbeza, tak macam memandu di negara asia. (more…)