Cinta : Kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan.

Terdetik aku nak tulis pasal ni sejak aku lepak bersama seorang kawan tiga hari lepas. Sebenarnya kami baru je kenal tapi oleh sebab keramahan masing masing, dia pun berkongsi masalah cinta yang dibebani olehnya selama ni.

Aku pun rasa tertarik nak terus tahu apa masalah yang dialaminya kerana masalah si gadis ni sama seperti yang aku alami sekarang. Kebetulan pula.

Kepercayaan, kejujuran dan juga kesetiaan menjadi tunjang dalam setiap hubungan tak kiralah percintaan malah hubungan dengan kawan kawan dan juga ditempat kerja. Dengan Tuhan sekalipun kita kena percaya, jujur dan setia. Isnt it?

Tapi bagi aku, apa apa pun kepercayaan paling penting kerana ia menjadi satu titik penting yang akan terus membawa hubungan itu lebih jauh. Kejujuran dan kesetiaan akan berada dibelakang bila kepercayaan telah kukuh mengakar.

Sambung di Part 2

Posted from WordPress for Android
Powered by Samsung Galaxy Tab

Leave a Reply