Dah 8 bulan

image

image

Harini genap lapan bulan aku kerja dekat B.Braun. dah macam macam benda aku buat dekat sini. Aku dah belajar macam macam.. Masa rasa macam sangat pantas berlalu. Sedar tak sedat kan? Rutin harian aku seperti biasa, setiap hari Isnin hingga Ahad aku akan ke pejabat dari jam 8pagi hingga 540 petang. Company beri kelonggaran dengan melaksanakan sistem flexi hours yang sangat seronok. Aku boleh datang seawal 7 pagi dan paling lewat pun 9 pagi dan boleh pulang antara jam 440 hingga 640 petang.

I has been hired under project managenet dan merupakan satu satunya technician yang ditugaskan melaksanakan projek RISE yang bermula dari 2010 hingga 2015. Kira ada misi la kan..

Dari zero, aku meningkat naik. Dari tak dikenali orang aku dah dikenali lebih kurang 30% warga company. Kerja dengan company MNC ni memang best. Pekerja dia puluh ribu dalam dunia nih. Huhu

Cukupla dedahkan kerja sendiri kat blog. Macam geli je tulis pasal benda personal bebanyak..

Aku dah tanya ramai orang pasal tindakan aku untuk berhenti dan pergi ke sektor kerajaan. Ramai yang beri maklumbalas. Ada yang beri semangat dan ada yang nak terus aku kat sini. Tapi, 50% daripada mereka nasihat aku ke kerajaan. Ermm.. itu memang keputusan aku pun. Aku dah buat keputusan.

Aku akan kerja sampai hari terakhir dan akan siapkan semua projek projek yang aku selia. Aku ada prinsip. Once kita dah mulakan, pastikan kita tutup dah tamatkan benda yang kita buat tuh. Baru sempurna kan? Mana yang tak boleh nak selesaikan tuh akan aku minta orang sambungkan..

Kalau fikir bebaik, memang sayang tinggalkan kerja yang agak hebat ini. Yelakan, dah ada jawatan ok dah dikenali orang dan yang paling penting bos dah boleh harap dan percaya aku boleh buat kerja sendiri tanpa dibantu.. tut tut aku blah..

Memanglah rasa macam kacang lupakan kulit tapi aku rasa tempoh 8 bulan tu taklah cukup lama kalau nak bandingkan 2,3 tahun.. yang tu kalau blah lagi rasa semacam. My boss said something infront of me yesterday..

Now,  you can handle your job by your own and now you are leaving.. sambil menundukkan muka dihadapan aku dan kemudian dia dongak dan berkata.. its okey Luthfi. Its life.. as long you are happy its  okey sambil tersenyum.

Susah tau bila berhadapan dengan bos yang sangat baik macam nih.. aku tak boleh nak fikir dia dan company. Aku nak kena fikir pasal myself. Hmmm

Anyway.. ada lebih kurang sebulan lagi untuk pergi.. aku akan pastikan ianya tempoh masa yang terbaik!

Posted from WordPress for Android
Powered by Samsung Galaxy Tab

Leave a Reply