DBP – Jangan mudah terima istilah bahasa Inggeris

image


KUALA LUMPUR 19 Jan. – De­­wan Bahasa dan Pustaka (DBP) diminta agar tidak se­wenang-wenangnya menerima istilah bahasa Inggeris sebagai perkataan da­lam bahasa Melayu.

Penasihat Sosiobudaya Ke­rajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim sebaliknya menya­rankan DBP me­ngenal pasti ter­lebih dahulu perkataan bersesuaian dalam bahasa Melayu yang digunakan di rantau Nusantara sebelum menterjemahkan sebarang istilah bahasa Inggeris.

Beliau berkata, terdapat ribuan perkataan bahasa Ing­geris telah dimasukkan sebagai perkataan bahasa Me­layu dalam edisi terbaharu Kamus Dewan terbitan DBP.

“Sebagai contoh, perka­taan bahasa Inggeris seperti impresif, impulsif dan kompetisi telah dimelayukan se­perti terdapat dalam Kamus Dewan.

“Ini bukan bahasa kita dan ini bukan Melayu. Ini (bahasa) Inggeris. Jadi, DBP mesti berubah dan kembali kepada bahasa Melayu,” katanya.

Mengulas lanjut, Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, kerajaan juga perlu memastikan agar semua nama jalan, taman perumahan, gedung per­niagaan serta bangunan menggunakan bahasa Mela­yu.

Pada masa sama, beliau tu­rut menyarankan agar Sek­syen 11 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dipinda bagi memberi kuasa kepada Perdana Menteri memperkasakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, perdagangan dan perhubungan masyarakat.

“Kuasa Perdana Menteri di bawah seksyen itu seharusnya bukan setakat mengarahkan pertukaran borang bahasa Inggeris ke­pada borang bahasa Mela­yu, tetapi juga perlu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, perdagangan dan perhubungan.

“Perkara ini tidak ada di bawah Seksyen 11 dan saya memohon supaya Seksyen 11 ditambah lagi dan diberi kuasa kepada Perdana Menteri bagi memperkasakan bahasa Melayu,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge