Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke – 45

image

WASHINGTON 21 Jan. – Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 untuk tempoh empat tahun di Rumah Putih semalam ketika dunia terus tertanya-tanya apa yang berlaku selepas beliau menjawat jawatan terpenting itu.

Dipercayai seramai 800,000 orang termasuk penunjuk perasaan hadir di pekarangan National Mall menyaksikan majlis angkat sumpah itu menggantikan Presiden terdahulu, Barack Obama.

Bilangan itu bagaimanapun lebih rendah berbanding jumlah orang ramai yang hadir menyaksikan majlis angkat sumpah Obama pada 2013.

Ucapan pelantikan menjadi tradisi kepada setiap Presiden baharu yang dilantik sejak 1789 ketika George Washington menerajui negara itu. Trump, 70, bilionair dan bekas bintang program realiti televisyen, The Apprentice, menjadi Presiden pertama yang tidak pernah berkhidmat dengan kerajaan serta menyertai angkatan tentera. Dalam ucapan pelantikannya sebagai Presiden semalam, Trump menekankan segala keputusan atau dasar yang akan dibuat kelak bakal memberikan keutamaan kepada rakyat AS sendiri. 

“Bersama-sama kita akan membina haluan baharu AS dalam tahun-tahun mendatang. Hari ini, rakyat AS telah menyertai usaha kerajaan untuk membentuk kembali dan mengembalikan semula janji negara ini kepada semua orang “Anda akan mendapat sistem pendidikan yang bagus, peluang pekerjaan terbaik serta persekitaran tempat tinggal selamat selepas ini. Ingat kata-kata saya, anda tidak akan diabaikan lagi selepas ini,” kata Trump. 

Walau bagaimanapun, dua jam sebelum majlis berkenaan dicemari dengan perbalahan antara sekumpulan besar penunjuk perasaan yang memakai pakaian serba hitam dengan anggota pasukan keselamatan. – AGENSI 

Tweet pertama Trump di Twitter Rasmi President of the United States @POTUS

Laporan beberapa akhbar tempatan tentang Trump

Beberapa video menarik selepas pertabalan Trump sebagai POTUS

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge