Eh, Muhammad Rizqi dah sembilan bulan!

Rizqi di Taman Tasik Taiping
Muhammad Rizqi dah sembilan bulan!

Dari enam bulan, peningkatan usia dan perkembangan Rizqi nampak memberangsangkan. Aku syukur tengok perkembangan Rizqi macam bayi yang lain. Perjalanan hidup Rizqi tak semudah yang aku sangka, macam mana la mak ayah membesarkan aku dan adik beradik yang lain. Sekarang, tahu la macam mana mak ayah rasa. Hahaha!

Cepatnya masa

Pejam celik, menangis, keriau, salin lampin, minum susu, dan banyak lagi rutin harian yang aku kongsi bersama – sama dengan Rizqi. Isteri pun sama, banyak berikan fokus kepada anak kecil yang nak membesar. Daripada tidur telentang yang tak boleh buat apa apa, dia mula belajar alih badan, tidur dan baring mengiring, menirap dan kini merangkak.

Mula merangkak

Masa ni, anak memang perlu perhatian ibu bapa kerana dia dah mula nak teroka keadaan sekeliling. Rizqi mula merangkak pada usia tujuh bulan, setelah lama dia dok “pumpingi” dan buat exercise  angkat pungkok, tiba lah masa dia untuk merangkak. Badan dah ringan, mula la nak bergerak kedepan dan kebelakang. Masa tu dia dah mula pergi ke tempat – tempat yang dia nak pergi macam tangga, bawah meja makan dan lain lain lagi.

Hospitalized 

Masa hujun bulan Jun hari tu, Rizqi dapat demam panas. Masa ambil dia dari pengasuh, masa tu dah panas sikit – sikit. Mungkin baru nak demam. Bila balik je rumah duk tak duduk terus panas. Dari tengah malam sampai ke tengah hari esok demam dia tak kebah – kebah pun. Suhu badan masih lagi tinggi iaitu 39 darjah selsius, apa lagi terus bawa ke klinik dan dirujuk ke hospital Pantai. Alhamdulillah, lepas lima hari “berkampung” di hospital, terus keluar dengan bertenaga. Rupanya Rizqi kena Influenza E yang rata – rata bayi dekat area sini kena.

Demam tumbuh gigi

Betul apa yang orang kata, bila baby demam je mesti dia nak dapat sesuatu. Lepas je baik daripada demam, pengasuh bagitau yang Rizqi dah tumbuh gigi. Apa lagi, balik je rumah terus check mulut dia dan nampak sepuntung gigi comel kat bawah. Comel! Dalam masa yang sama, satu lagi gigi nak tumbuh disebelah. Maknanya dua lah. Ketika masa aku menulis ni, Rizqi dah ada 4 batang gigi, dua gigi atas pun dah tumbuh dengan jayanya.

Nakal

Sebaik dari sembuh demam, bukannya dia tumbuh gigi malah dia terus nak merangkak laju dan kuat memanjat. Amboi, pantang betul nak duduk satu tempat. Semua tempat dia nak explore dan panjat. Bila panjat tu, mula la menangis tak tahu nak turun dan duduk. Buat masa ni, dia dah dua kali jatuh masa memanjat. Tak sempat nak sambut, nak buat macam mana kalau dah jadi macam ni. Duduk sebelah pun tak sempat nak capai sebab dia suka dok lompat terjun kebawah.

Rumah ceria dengan Rizqi

Orang kata rumah yang ada baby ni meriah. Betul, meriah sebab dok bising dan larang dia dok buat macam macam aksi yang merbahayakan. Dok tak duduk, dok panjat sana – sini. Beli mainan banyak mana sekalipun dia tetap nak main benda disekeliling. Alhamdulillah, syukur bila ada kehidupan yang indah bersama isteri dan anak. Rupanya, bukan mudah untuk jadi ketua keluarga dan bapa kepada anak. Hehe

Rizqi, penyeri hidup ibu dan abah

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge