Februari 2017 : Minyak RON95 & RON97 naik 20sen!

KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 naik 20 sen bermula tengah malam ini.

Kadar baharu berkuat kuasa 1 Februari 2017 bagi RON95 adalah RM2.30 seliter berbanding RM2.10 sen seliter untuk Januari.

Harga RON97 adalah RM2.60  berbanding RM2.40 seliter untuk Januari, manakala harga diesel ialah RM2.15 seliter berbanding RM2.05 pada Januari.

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel pada sistem apungan terurus berikutan penyingkiran subsidi bahan api.

Sumber : Astro Awani

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge