Gaji yang berkat

Hai all.. awal bulan macam harini pasti semua orang tersenyum riang. Biasalah, semua orang seronok sebab duit dalam akaun masih banyak. Ada dikalangan kita masih belum belanja gaji yang didepositkan ke akaun kita.

Kerja makan gaji macam ni la. Tiap tiap bulan duit masuk. Bukannya macam orang yang buka perniagaan sendiri. Hari hari duit akan masuk kalau rajin bekerja. Kan? Tak kerja duit tak masuk la.

Dalam keghairahan kita mencari wang untuk makan minum pada setiap bulan, ada diantara kita lupa akan keberkatan duit yang kita guna.

Kalau diri tu jahat, banyak dosa, buat perbuatan yang ditegah Allah dan bermacam macam lagi tapi dia elak dari guna dan makan wang haram ia lebih baik bukan? Kerana duit yang haram ni menjadikan darah daging untuk diri kita dan anak cucu kita. Dari duit yang menjadi darah daging kita itulah yang akan menyebabkan anak anak kita nanti.

Sebut pasal gaji balik, ada tak kita makn duit yang bukan hak kita? Macam ditempat kerja aku ni tak ada pon elaun yang hebat hebat cuma boleh claim toll jambatan pulau pinang je. So, kalau siapa yang tinggal di seberang boleh tuntut duit tol jambatan. Peraturannya, siapa yang naik motor akan dibayar harga motor dan siapa yang naik kereta akan dibayar balik tol untuk kereta.

Ada yang tak sedar, mereka yang tak jujur tiap tiap bulan claim bayaran balik untuk kereta padahal 20 hari bekerja dia hanya naik motorsikal. Bagi anda adakah ini penting?

Ada seorang kawan di deparment lain bagitahu aku, ianya boleh dianggap sebagai kakak la sebab umur jauh lebih tua dari aku. Luthfi duduk seberang kan? Tiap tiap bulan claim tol guna motor ke kereta? Dan aku terus jawap kalau harini saya naik kereta saya claim kereta la, naik moto saya claim motor dan dia cakap awat macam tu, claim la sebulan naik kereta. Dapat lebih sikit. Aku terus senyun dan tak balas apa apa. Kang sembang jadi panjang pulak.

Aku berfikir. Mana boleh ambil duit lebih bukan hak aku. Sia sia je nanti, kerja penat penat oleh sebab duit lebih yang beberapa ratus tuh pendapatan aku tak berkat. Sebabtulah ramai dikalangan kawan kawan aku disini, gaji riban riban tapi selalu merungut tak cukup..

Fikir fikirkan. Oleh sebab benda keciklah, hidup kita tak tenteram.

Posted from WordPress for Android
Powered by Samsung Galaxy Tab

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge