Hi Luthfi Junior!

image

Cepat betul masa berlalu, kandungan wife dah masuk 28 minggu. Rasanya macam haritu baru check je yang wife disahkan hamil tapi sekarang dah nampak baby bump

Masa berlalu pantas mungkin sebab aku terlampau sibuk dan asyik mengejar masa di tempat kerja. Satu demi satu tugasan dapat disiapkan, Alhamdulillah, masuk tahun ni dah 6 tahun aku bersama ditempat kerja yang sama, dijabatan yang sama dan lapor diri kepada boss yang sama. Segala evolution berlaku disini, masa bergelar fresh grad, masa bujang menggatai, berkahwin (kahwin pulak dengan jodoh ditempat kerja) dan sekarang ni dah nak dapat anak!

Syukur

Alhamdulillah, syukur pada Allah dengan nikmat dan kesempatan yang diberikan, untuk menikmati kehidupan seperti mak ayah dan orang lain diluar sana. Nikmat yang sangat besar dan kena betul betul bersyukur.

Semalam pergi check baby di Klinik Dr. Marina, setelah hampir sebulan checkup di Klinik Dr. Tan. Dua tiga hari lepas, wife mengadu baby tak aktif macam selalu. Risau dengan keadaan dan tak senang duduk, ambik EL dan terus ke Klinik Dr. Marina di Seberang Jaya. 

Register dan tunggu lebih kurang 10 minit terus dipanggil masuk untuk pemeriksaan. Mudah. Alhamdulillah. Masa tengah scan, bagitau dekat doktor yang baby tak seaktif 2-3 hari lepas. Kemudian, terus Doktor check dengan scan pada kandungan.

Semua selamat

Alhamdulillah, lepas scan pi-mai-pi-mai, doktor kata semuanya sihat dan selamat. Mungkin, ibu dia tak cukup rehat dan tidur sebab kerja pada shif malam, doktor nasihatkan untuk jaga pemakanan dan gaya hidup.

Teringat masa scan semalam, doktor sahkan lagi yang kami akan dapat baby boy, nampak sangat birdbird tu, dan masa tengah scan baby bergerak aktif. Kacau punya kacau, dia masih lagi tak nak tunjuk muka. Tidur sambil letak tangan dimuka.

Harap sangat baby terus sihat sempurna….

Comments

comments

Leave a Reply