Jambatan Pulau Pinang mengajar akan erti kehidupan

Hari hari aku akan menyeberangi lautan untuk mencari sesuap nasi. Aktiviti yang baru aku praktikkan setiap hari sejak mula bertugas di pulau sana. Mau tak mau diri aku kena gigih. Berulang alik dari rumah di Seberang Perai ke Bayan Lepas memerlukan motivasi diri yang tinggi.

Jambatan Pulau Pinang menjadi saksi semua ini berlaku pada setiap hari. Isnin lepas memberi aku satu pengalaman baru dalam hidup. Tak pernah aku hadapi cabaran yang sebegitu hebat macam tu. Tak pernah aku rasa tercabar. Serius, pengalaman menunggang motorsikal diatas Jambatan Pulau Pinang ketika hujan ditambah pula dengan angin yang kuat serta petir yang sabung menyabung!

Pada masa tu, aku berada di lorong kedua menunggang perlahan lahan diantara celah celah kereta dan lori untuk teruskan perjalanan balik ke rumah. Setelah aku sedari diri aku mula dihimpit oleh kenderaan yang besar, aku terus pecut ke lorong yang ketiga iaitu lorong yang paling tepi sekali.

Di lorong ketiga, angin kuat. Aku rasa seperti makin ke tepi jambatan. Aku gagahi jua untuk teruskan perjalanan. Aku tak boleh berhenti untuk tunggu keadaan kembali tenang. Langit menghitam. Setibanya di tengah tengah jambatan, aku terus menggenggam kuat handle motorsikalku. Perlahan dan perlahan aku teruskan perjalanan, akhirnya sampai jua ke seberang.

Perjalanan balik ketika hujan memang mencabar. Sumpah, aku tak mahu harungi lagi hujan diatas jambatan Pulau Pinang. Terlalu takut untuk menghadapi angin kuat, hujan yang sejuk dan deretan motosikal serta kenderaan besar yang lain.

Perjalanan diatas Jambatan Pulau Pinang mengajar aku 1001 benda yang tak pernah aku alami. Sesungguhnya, walaupun sebesar mana cabaran dan dugaan yang diuji atas diri kita, kita harus tabah dan sabar menghadapinya,

Leave a Reply