Kalau bagi peluang …..

Salam,

Pejam celik pejam celik dah sebulan lebih aku bergelar “suami” orang. Ya, lepas beberapa bulan je merasa jadi “tunangan” orang, aku terus rasa tak sabar nak upgrade status tu jadi yang halal. Bukan mudah untuk lalui semua ni, yang pasti apa yang aku rasa semua orang melalui cabaran dan laluan yang sama, cuma laluanya berliku mudah atau sukar.

Tunangan Orang

Sekali lagi aku nak sentuh pasal tunangan orang ni…

Betul kata orang tua tua, waktu “darah manis” ni memang tempoh masa yang sangat sangat sangat mencabar. Kita boleh je elok – elok happily bersama masa status “couple” tapi tak semua orang boleh duduk dengan tenang dalam tempoh tunangan orang.

Kalau orang dulu – dulu tempoh tunangan orang ni penting untuk kenal hati budi dan serasikan diri dengan bakal isteri/suami tapi untuk zaman moden yang semuanya pilih sendiri tak ada maknanya dah. Ia lebih kepada “ikut adat” dan tempoh “lesen L”.

Sebolehnya, letak dan planlah masa tunang tu sesingkat mungkin sebab lagi lama tunang, lagi banyak cabarannya.

Bagi aku, aku gunakan masa “tunangan” orang ni sebagai greenlight untuk selesaikan urusan untuk berkahwin. Dah dapat lesen L, boleh lah kemana – mana bersama – sama untuk uruskan urusan berbanding status couple¬†yang lebih direstui oleh keluarga.

Akad nikah 

Ye, sejujurnya aku tak rasa gementar pun 24 jam sebelum nak bergelar suami. Aku tak rasa pun panik macam mana yang dikhabarkan oleh kawan kawan yang telah melalui masa tu. Tapi, bila dah sampai dekat rumah wife, aku tiba -tiba rasa seram sejuk dan darah naik ke otak dengan laju. fuhhhhhhh, perasaan tu tak boleh digambarkan dengan kata – kata.

Perasaan gementar tu datang dengan tiba tiba lepas tok kadi sampai. Nasib baiklah aku dah jumpa terlebih dahulu dengan tok kadi sebulan dua sebelum kami menikah. Masa tu, aku dah sembang dan bagitau expectation aku kat tok kadi dan masa tu juga tok kadi dah bagitau kat aku apa yang dia nak aku lakukan dan rancang semasa hari pernikahan kami nanti.

Alhamdulillah, dapat tok kadi yang sangat baik dan lembut tapi tak sangka pula masa akad nikah tu suara dia yang lembut dan imej dia yang cool tetiba jadi suara besar dan kuat! sampai satu rumah boleh dengar suara tok kadi tu. hehehe

Kalau diberikan peluang lagi, macam mana?

Lepas balik bekerja, ramai diantara kawan sekerja aku tanya pelbagai soalan tentang kahwin, perasaan, dan macam macam lagi soalan yang aku rasa happy nak jawap, dalam banyak banyak soalan, terbit satu soalan yang aku sendiri rasa “perasaan” tu masih lagi melekat dalam otak, akal dan minda aku ni

Kalau diberikan peluang untuk kahwin sekali lagi, hang nak kahwin lagi tak?

Dan jawapannya terus aku berikan, “tidak”.

Dalam entri yang lepas aku ada cakap, bukan mudah untuk kahwin, bukan mudah untuk menikah.Segala apa yang aku lalui semasa zaman bercinta, tunang dan masa-nak-kahwin betul betul membuatkan aku rasa “tak perlu: untuk kahwin kali kedua. Bukan aku je yang bagi jawapan macam ni, tapi aku tanya balik soalan yang sama ke kawan kawan. Jawapannya pun sama. "Tidak”. Masa kedepan – kedepan aku tak tahu..

Hahahaha

Alhamdulillah

Bayan Lepas
2015-07-01
7:31 pagi

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge