Kali kedua berjalan-jalan di Munich!

Okay, lepas je habis urusan rasmi kami terus ke Bandar Munich iaitu antara bandaraya terbesar di negeri Bavaria. Perjalanan kami balik ke Munich memakan masa selama dua jam memandu dari Allgau, Selatan Jerman.

Kalau ikutkan plan asal memang lah 2 jam tapi oleh disebabkan malam dan juga salji yang tebal, banyak kemalangan dekat atas lebuhraya, kami sampai lebih kurang 3 jam lebih.

Oleh kerana hari ni merupakan hari yang terakhir kami berada di Jerman, kami akan habiskan masa untuk jalan – jalan dekat sini. Kebetulan pulak flight kami malam, so tak ada masalah lah untuk kami untuk berjalan sampai petang kan?

Kami jalan – jalan di sekitar bandar Munich yang tak asing bagi aku sebab aku dah pernah mai sini masa bulan September yang lepas! Hehe

Ditengah – tengah Munich Townhall
dengan travel partner, abang zulhisham

Keadaan pagi di Munich sangat best dan sesak! Macam biasalah, masa ni boleh la dok jalan tengok pelbagai jenis manusia yang ada dimuka bumi ni. Ada hitam, putih, gelap, cerah, pendek, tinggi dan macam macam lagi!

Kami berpeluang meronda satu pekan Munich, dibawa oleh sebuah free-tour daripada pelajar – pelajar UK. Depa bagi free tour tu bukan bermakna tak payah bayar langsung. Dia hanya minta bayaran ikhlas dan sumbangan untuk depa. Bagus jugak ada kumpulan pelajar macam ni kan! Sekurang – kurangnya depa dah mahir dan berpengalaman dekat sini. Boleh cari makan!

Lepas je habis tour, kami terus buat aktiviti bebas. Ronda dan ronda lagi!  Kebetulan pulak terjumpa dengan Krismas Market. Apa lagi, pi ushar dan cuci matalah!

weihnachtsmarkt munchen iaitu pasar malam krismas
pelbagai makanan tradisi jerman yang dijual disini. semuanya sesuai dengan pesta krismas
berkesempatan untuk selfie dengan snowcap baharu yang tertulis “Muenchen”

Dalam keadaan yang sejuk ni, memang ramai orang pakai baju yang tebal – tebal. Macam kami pun pakai baju yang tebal sampai dah keras nak jalan – jalan. Tapi terpaksa pakai sebab takkanlah nak biarkan badan sejuk? So pakailah.

Selain dari tu, kami pun berkesempatan shopping di Hard Rock Cafe Munich!

Ni pun merupakan kali kedua aku kesini. Biasalah kalau pergi HRC, Apa lagi nak beli kalau bukan baju dan cenderamata yang tertulis HRC tempat yang kita pergi tu kan? macam kali ni, ada ramai jugak kawan – kawan yang ambik kesempatan untuk kirim beli baju.

Muka happy lepas dapat beli something dari HRC Munich!
tak ingat tempat ni nama apa tapi ramai orang!

Kebanyakkan masa kami habiskan di pekan Munich. Tak ada banyak masa sebab nanti nak kejar flight balik pulak! Dalam dok jalan – jalan di sana, tiba tiba terserempak dengan dua orang kawan sekerja yang kebetulan mai sini untuk urusan kerja.

Dengan Mohamad Yasin

Lepas puas beli some souvenir dan pusing – pusing pekan, kami terus balik ke hotel dan terus siap ke airport. Tapi, dalam perjalanan ke airport tu kami berpeluang untuk singgah di BMW Museum yang terletak dalam perjalanan ke airport Munich.

Yang paling best, dekat muzium ni tak ada bayaran masuk dikenakan. Boleh la masuk dan tengok pelbgai jenis kenderaan yang dipamerkan disini!

motor BMW pun ada!
kereta BMW memang free untuk dicuba!
cantik kereta BMW ni

Oklah, itu sahaja yang aku boleh kongsi sepanjang seharian aku di Munich untuk kali kedua. Takpalah, nanti kalau ada rezeki boleh mari sini lagi dan aku akan kongsi semuanya dengan hampa! kalau boleh datang sini lagi, pastikan ada lebih kurang 2-3 hari untuk jalan sekitar Munich.

Leave a Reply