Kenapa saya marah?

Kenapa saya marah? Saya takkan marah kalau tak ada sebab. Saya takkan sesekali jadi pemarah kalau orang tak buat saya marah. Saya tahu, marah ni bukan satu perbuatan yang baik. Kalau banyak sangat marah marah nanti boleh sakit. Kan? Saya tahu, orang akan benci kat kita kalau kita selalu marah. Daripada ada kawan jadi lawan, daripada tak ada musuh ada musuh. Macam tu la.

Cuba awak fikir, kenapa selama ini saya selalu marah? Saya memang selalu marah awak kan. Awak tak suka kan? Saya ada bagitau kat awak kan kenapa saya selalu marah awak dan tak henti henti marah awak. Saya rasa, awak akan diam dan takkan jawab pertanyaan saya ni. Sebab.. Awak tahu kenapa saya marahkan awak. Awak memang salah.

Kalau awak tak buat salah, saya takkan sesekali marah awak. Saya takkan marah awak hari hari. Saya takkan bagi awak rasa benci kat saya. Saya tahu, oleh kerana saya marah awak , awak bencikan saya. Maaf, saya tak ada cara lain dari marah. Sebab dengan itulah cara saya meluahkan perasaan.

Awak tak pernah nak berubah. Sebab itulah saya marah awak. Sekarang ni, saya takkan marah awak lagi. Saya benci awak. Cukup dengan perkataan BENCI.

P/s : Sekarang ni, Mampus kat awak la. Apa nak jadi kat awak saya dah tak nak ambil tahu. Bulan puasa ke, apa ke saya tetap marah awak. Sampai akhir nafas saya.

Leave a Reply