Kenapa tulis di blog?

Ramai orang kata, kenapa hang nak tulis kat blog? Apa apa berlaku kenapa nak tulis dekat blog? Kan ada banyak media lain yang kita boleh kongsi?

Bagi aku, blog ni amat amat bermakna. Tak sama dengan mana mana media baru yang boleh aku kongsi.

Mari kita lihat reaksi orang apabila kita berkongsi pendapat,pandangan,perasaan dan bermacam lagi di Twitter dan Facebook :

Facebook Bila kita tulis satu status, artikel dan juga berita bergambar, pastinya ada orang yang akan komen dan boleh dapat maklumbalas daripada rakan dengan segera. Ia pastinya akan menjadikan perbualan dan perbincangan itu menjadi panjang.

contohnya ; malu gila aku berak dalam seluar hari ni.

Dan nanti pasti ada komen yang panjang berjela jela dan ramai pula akan like taktau la sama ada suka anda berak dalam seluar ataupun perli ataupun sedih?

Di Twitter pula, semua orang sedia maklum kita hanya diberi 140 patah perkataan untuk berkicau. Cukupkah? Kalau tulis banyak banyak status, orang akan kata kita GILA, tak reti guna Twitter, meracau, danĀ  macam macam lagi la kan?

Memang ada tempat perkongsian gambar dan video seperti Twitpic, Plixi dan Twitvid tapi tak boleh letak video dan gambar yang banyak. Nak tweet gambar bebanyak? Woi, spam timeline orang lain yang follow hang tu.

oleh itu, blog la tempat terbaik untuk tulis segala galanya. kot mana sekalipun, aku akan tetap cari blog.

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge