KPDNKK : “PM tepi” boleh didenda RM 50,000!

PENGGUNAAN frasa kata kunci “PM saya sis, Done PM, atau Check DM telah diharamkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Pengarah bahagian penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin mengeluarkan amaran kepada peniaga atas talian dan semua web perniagaan supaya memaparkan harga barangan yang dijual dan maklumat produk yang dengan jelas seperti apa yang pengguna ingin tahu.

Mohd Roslan berkata, tindakan ini adalah bagi melindungi hak pengguna Selain undang-undang sedia ada memaksa untuk peniaga meletakkan harga dan maklumat barangan sebelum transaksi dilakukan.

”Penguatkuasa KPDNKK akan memburu mereka yang mengiklankan produk di atas talian tetapi tidak meletakkan tanda harga barang dijual sama ada sengaja atau tidak.

”Frasa ”PM saya, sis”, “Done PM” antara kata kunci yang membuatkan penguatkuasa dapat mengesan kepada peniaga gagal memaparkan tanda harga,” tegasnya.

Tambah beliau, peniaga atas talian kini akan diperhatikan sama seperti yang dilakukan kepada peniaga konvensional yang lain dan hukuman akan dikenakan jika didapati melakukan kesalahan.

Menurut Mohd Roslan, peniaga perlu mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan perlu memaparkan maklumat seperti berikut iaitu harga perlu dibayar, nama penjual atau syarikat, nombor pendaftaran perniagaan, maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon atau alamat atau emel, keterangan produk, kaedah pembayaran, terma dan syarat dan juga anggaran masa penghantaran.

 

”Individu yang gagal mematuhi lapan ketetapan yang disenaraikan oleh kementerian ini boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kami menguatkuasakan undang-undang ini setelah sekian lama memberi kelonggaran kepada peniaga untuk menyesuaikan diri. Kami mahu pengguna dilindungi dengan lebih baik dan hak mereka mesti dilindungi dan mereka mesti dapat membuat keputusan pembelian selepas mendapat segala dengan maklumat yang dipaparkan termasuk caj tersembunyi.

“Jadi, jika seseorang menjual kucing, sebagai contoh, dia mesti memaparkan harga yang mahu dijual dan tidak lagi berkata PM jika berminat. Kami tidak mempunyai masalah dengan peniaga e-dagang yang lain seperti Zalora atau Lazada kerana mereka masih patuh kepada undang-undang yang ditetapkan.” kata Mohd Roslan.

Beliau juga menyatakan sudah lama masa diberikan, sekarang semua peniaga atas talian perlu memaparkan tanda harga.

Mohd Roslan turut menggesa orang ramai supaya memberi bekerjasama dengan kementerian untuk memastikan para peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan, jika ada terus hubungi bahagian penguatkuasaan di talian 1-800-886-800.

Sumber : Sinar Harian

Komen Luthfi :

Masalahnya sekarang, kalau peniaga online letak harga di barangan yang nak dijual, pelanggan – pelanggan yang terdiri daripada rakyat Malaysia kita ni masih lagi gemar untuk tulis komen “PM please”. Budaya ni sebenarnya dulu banyak di forum-forum dah berjangkit di semua platform media sosial dan juga tak ketinggalan di Whatsapp.

BACA : Ragam peniaga zaman sekarang

Selain daripada menguatkuasakan di dalam talian, kerajaan pun kena terus giat membanteras peniaga yang gagal meletakkan tanda harga kedai atau gerai yang berniaga di pasar malam dan lain lain lagi. Aku rasa, ia lagi perlu dikuatkuasakan dengan lebih berkesan.

Comments

comments

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

CommentLuv badge