Lunch di Seoul Garden, Gurney Plaza

Actually haritu aku TER-makan kat restoran ni masa plant visit kat Perai Penang. During that visit, sales manager tu ajak lunch kat Seoul Garden di Auto City, Juru so kat sana aku dah try makan masakan Korean dalam bentuk set. Terdapat dua hidangan kat sana, iaitu Buffet dan Set. Masa tu kami makan set je sebab tak cukup masa nak makan buffet. Lepas hari tu aku berazam nak cuba makan buffet Seoul Garden.

Selasa lepas hajat aku tercapai nak makan buffet kat Seoul Garden branch Gurney Plaza. Sebenarnya branch kat situ dah lama, cuma aku je taktau. Hehehe, tu pun teruk aku meronda satu kawasan Gurney untuk cari kedai ni tapi lastly tengok tengok ia terletak kat dalam shopping complex, bukan  macam kat Seoul Garden Auto City.

Okey, ni 1st time aku makan benda benda macam ni weh. Ermmm, nak kata apa eh? Steamboat kot?

Kat meja belakang tu ada banyak benda oleh ambik

Oleh kerana ini pertama kali aku makan kat sini dengan Munie dan dia pun tak pernah nak makan kat sini, kami sama sama tempuh pengalaman baru. Hahaha, serius aku malu beb tak pernah makan kat sini. Just redah je apa yang patut dan tanya brader pelayan kat sana. Nasib baik dia okey dan jawab soalan aku.

Setiap orang dikenakan bayaran RM22.00 untuk makanan dan refillable air sebanyak RM3.90. So, makanlah sepuas hati tanpa fikir orang lain tapi pastikan barangan yang anda amek tu habis. Kalau tidak kena bayar Rm5/100g setiap wastage yang ada.

Eh, dah lama aku tak tulis personal blog dan jalan cerita nak tulis pun dah tunggang terbalik. So, apa yang kami makan on that day seperti dibawah :

Okey, itulah benda yang menimbulkan keraguan dalam hati. Macam mana nak makan dan masak guna benda ni. Aku ambik kuah Tom Yam sebab sebelum ni mak aku masak steambot guna kuah tom yam je. So lantak la. Tibai. Janji semua tu masak dan tak mentah. Sedap pun sedap.

Oh ye, itulah bahan bahan yang aku ambil. Tapi yang ni bahan yang terakhir setelah aku berulang alik pg ambik itu ini. Best memang best unlimited boleh ambik. Ada ayam, daging, sotong, udang ketam dan banyak lagi. Tak lupa jugak ada buah buahan, askrim, air sedap sedap. Untuk perut Melayu macam aku ni ada jugak masik. Errr, kueh pun ada dan yang penting kat sana ada spaghetti! (tu pun aku baru tau at the last)

Tapi yang paling best kat sini, haaa meh la belajar guna Chopstik. Aku pon baru je lepas memahirkan diri guna chopstik. Haritu makan dengan boss boss Cina, depa dok guna chopstik aku je sorang Melayu guna sudu. Nak cuba tapi malu. Nanti kepit benda pastu jatuh tak pasal pasal kena perli sampai pencen kat tempat kerja. Hahaha.

Oh ye, orang tuuu yang excited sangat nak makan guna chopstick dah puas hati ke? Hehehe. Kami dah terlanjur makan disini. Serius amat amat puas makan tak terhingga. Orang bagi time lunch 1 tgh hari sampai 2 je kami balun duduk sini sampai 4 ptg. Nasib la boss tak cari. Err, boss kalau u baca ni tolong jangan marah i ye. I balik i terus buat kerja tauu. Hehe

Akhirnya dapat jugak makan kat sini, bawak cik Munie tercapai. Tersenyum lebar je dia lepas makan kat sini sebab masing masing bawak perut yang kenyang ke office masing masing. Kalau sesiapa nak tau kat mana Seoul Garden ni boleh cek di Foursquare.

Jangan risau, makanan di kedai ni halal. Ramai je orang kita makan sini. Masuk masuk kedai je penuh awek awek pakai tudung makan sambil borak borak kencang:D

P/s : kerja kat bayan lepas tapi lunch jauh gila di Georgetown!

 

Leave a Reply