Luthfi dah kahwin!

Salam,

Alhamdulillah, tanggal 16 Mei 2015 secara rasminya aku dah tinggalkan zaman bujangku. Akad Nikah yang berlangsung pada jam 11 pagi di Paka, Terengganu telah menanggungjawabkan aku untuk menjaga isteri aku selamanya. Bukan senang nak buat keputusan untuk berkahwin, tapi itulah dikatakan oleh Allah dalam surah An Nuur ayat ke 32.

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui"

Allah tak pernah halang dan bantutkan apa yang kita niat, tapi aku percaya, jika aku niat untuk teruskan perhubungan dalam cara yang diberkati Allah, pasti DIA akan mudahkan dan tunjukkan jalan kepada aku untuk terus ke alam perkahwinan.

Tunang

Pada hari Jumaat, 20hb Febuari aku dan keluarga ke negeri Terengganu untuk majlis pertunangan aku dengan “awek” aku masa tu. Yelah, memang tak rancang pun nak bertunang sebab aku tahu buat banyak banyak majlis ni perlukan banyak perancangan, masa dan duit. Tapi bila dah berbincang dengan keluarga, walaupun bertunang ni hanya “adat” kita orang Melayu aku teruskan juga sebab ini lah satu satunya cara untuk dekatkan kedua – dua belah keluarga. Aku dan dia memang dah kenal lama, kalau tak bertunang macam mana nak rancang dan bersua muka.

Sebelum tunang, aku dah jelaskan berapa lama tempoh pertunangan sebab banyak orang kata masa dok jadi tunangan orang ni la banyak betul cabaran yang melanda. Aku bergelar tunangan orang lebih kurang 2 bulan saja. Hehe

Apa yang aku akan kenang saat – saat pertunangan aku hari tu, memang saja Allah nak duga hambanya. Elok je rancang tarikh pertunangan, syarikat minta aku untuk ke luar negara untuk urusan perniagaan. Alhamdulillah, majlis tetap berlangsung seperti yang dipinta tapi, elok je saya jejak kaki ke tanah air, esoknya saya terus ke Terengganu untuk bertunang.

Kalau aku tahu

Betul orang tua tua kata, elok kalah menikah cepat – cepat, dalam agama pun galakkan untuk berkahwin, nak mengelakkan buat maksiat bila berdua duaan tanpa sebarang ikatan yang sah. Kalau aku ada kesedaran dan “berakal” time tu, awal – awal lagi aku nak kahwin awal.

Yelah, lepas kahwin ni memang hidup rasa lain sangat. Aku tak nak tulis panjang – panjang, tapi kalau nak tahu kahwin la cepat cepat. Tak perlu nak tangguh lama lama hubungan dengan si dia tu, mulakan niat untuk “halal"kan dan InsyaAllah, Allah akan tunjukkan jalannya sama ada senang atau susah, kena terpaksa lah lalunya untuk si dia kan?

Berubah

Bila dah ada tanggungan, aku dah tak boleh fikir pasal diri aku sendiri saja. Aku dah kena jaga isteri dan jalankan tanggungjawab yang telah diletakkan masa aku akad dan lafaz taklik pada hari tu. Sekarang ni masih baru, masih lagi dalam mood "honeymoon” tapi aku sedar dari detik pertama bergelar suami, hidup ni tak selalunya indah, tapi indahnya bila berlayar bersama..

Luthfi,
Guar Perahu
31.05.2015

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge