Macam mana nak meluahkan pendapat?

Sekarang ni dunia tanpa sempadan. Macam macam benda boleh kita akses dan dapat. Tak kiralah anda ada dimana tetap akan dapat semua info yang anda perlu. Semua benda dihujung jari.

Peredaran masa yang cepat tambahan pula dengan teknologi yang mempercepatkan lagi informasi kepada semua orang. Tak seperti dulu, nak tahu perkembangan dunia dan tempatan pun nak kena tunggu surat khabar dan juga dengar radio tv. Sekarang ni bukan masanya lagi.

Semua orang ada hak dan ada peluang untuk akses maklumat yang ada. Cuma ia bergantung kepada individu tersebut.

Kepantasan mengakses maklumat menyebabkan manusia cepat sedar dan mengetahui benda baru. Apabila dah dapat maklumat baru mulalah nak memberikan pendapat.

Sekali lagi, semua manusia mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat masing masing. Bila semua orang nak memberi pendapat dari otak sendiri dan orang lain nak mempertahankan pandangan tersendiri terjadilah percanggahan pendapat. Dan, secara tak langsungnya berlakunya pergaduhan.

Pergaduhan tak semestinya tumbuk menumbuk. Banyak cara boleh dilihat dalam pergaduhan. Fokus aku disini bila bergaduh bertengkar dalam memberikan pendapat di internet

Leave a Reply