Memandu dari Seri Iskandar ke Kuala Kangsar melalui Jalan Persekutuan Laluan 73

Dalam banyak – banyak “jalan lama” yang aku lalu, aku tak pernah lalu lagi di Jalan Persekutuan Route 73 cabang A164. Sabtu lepas je aku baru dapat peluang untuk melalui jalan ni sebab pergi melawat anak menakan isteri di Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Sejak 3-4 tahun lepas, aku dah pernah memandu di Jalan Persekutuan Laluan 72, iaitu jalan yang menghubungkan kebanyakkan kawasan di Perak Tengah iaitu Bota, Siputeh dan lain lain lagi. Jalan Persekutuan Laluan 60 pun aku pernah lalu, Pantai Remis – Beruas apa semua tu lah.

Balik ke topik, masa pergi, kami guna Lebuhraya PLUS dan keluar di exit Chemor. Bila balik, aku buat keputusan untuk guna jalan lama je dan since tak pernah guna jalan tu, why not? Aku ni kaki explore jalan baharu.

Peta perjalanan kami yang mengambil masa 43 minit:

Lalu di pekan Parit

Permandangan di Pekan Parit, ada Menara Jam yang berwarna kuning – gambar dari blog OrangPerak.com

Hanya 10 minit dari Seri Iskandar, aku akhirnya sampai di pekan Parit yang terkenal di selatan Perak ni. Terkenal dengan apa? Mesti la dengan sleng orang – orang selatan Perak ni! Pekan Parit tak la besar mana pun, biasalah pekan kecik yang hidup masa siang dan mati masa malam.

Sejarah pekan Parit ni pernah menjadi ibu daerah Perak Tengah sebelum tertubuhnya bandar Seri Iskandar! Antara simbolik tentang pekan Parit ni adalah Menara Jam yang terletak di tengah – tengah pekan di jalan besar Parit. Banyak rumah kedai, seperti pekan – pekan kecil lain di seluruh Perak.

Aku tak ada banyak masa sebab hanya lalu kat situ sebab ambik jalan ke Manong melalui Jalan Siputeh-Parit A164. Perjalanan aku melalui Jalan Siputeh-Parit yang bersebelahan Sungai Perak tu agak menarik sebab tengok banyak rumah kampung disepanjang jalan. Tau kan rumah orang Melayu Perak macam mana.

Layan pemanduan di jalan A164

Kalau dah tengok keadaan jalan di Jalan Siputeh-Parit, memang teruja sebab keadaan dia berbukit. Pertama sekali, aku dok kata yang perjalanan ni agak jauh walaupun dalam Google Map cakap kurang dari 1 jam boleh sampai ke Kuala Kangsar.

Keadaan jalan berbukit di jalan ni menarik sebab aku teringat kat Jalan Bukit Jenun yang dikenali sebagai “Bukit 3 Beradik”. Jalan yang terletak di bukit yang berlekuk, menyebabkan banyak jalan yang cerun. Aku suka!

Sampai di Manong

Oh, ni rupanya pekan Manong yang disebut – sebut. Aku tak rasa dekat pun pekan ni oleh disebabkan jalan yang naik turun tu. Tak jauh pun kalau jalan tu tak naik turun dan kona berlekuk. Sambil memandu dan tengok keadaan sekeliling, aku dok fikir macam mana la orang tempatan hidup sebab nampaknya macam tak ada tiang lampu pun, kemudian perjalanan ke pekan berhampiran agak jauh jugak.

Manong terletak di tengah – tengah, antara Parit dan Kuala Kangsar. So tak tahu la orang tempatan ke mana, aku rasa depa akan ke Kuala Kangsar sebab lebih besar dari Parit.

Kampung Menora, tempat R&R Sungai Perak

Aku dah lama nak tau macam mana orang kampung di R&R Sungai Perak masuk bekerja dan kat mana laluan nak ke “pintu belakang” R&R tu. Lepas dah guna jalan A164, rupanya aku terjumpa secara tak sengaja pintu belakang R&R Sungai Perak tu!

Lepas je Kampung Menora, banyak lagi nama kampung yang pelik dan melucukan seperti Kampung Buaya, Kampung Bendang Kering, Kampung Sayong, Kampung Jemuan dan banyak lagi la yang terus boleh ke Sungai Siput.

Singgah makan Laksa Kuale

Lepas je makan, kami semua pergi jalan-jalan di tepi Sungai Perak. Menarik tempat ni sebab dah diperbaharui & berubah wajah berbanding 4-5 tahun lepas yang tak ada apa – apa. So bawak family boleh la jalan sambil tengok sungai Perak. Hehe Masa kami mai, baru je lepas hujan berhenti dan arus sungai tu agak laju dan menakutkan jugak.

Perjalanan keseluruhan kali ni

Puas jugak memandu kali ni walaupun sekejap. Aku enjoy setiap saat aku memandu di negeri Perak ni.

Comments

comments

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

CommentLuv badge