Memandu di Germany

Muka serius je!

Salam,

Okey, lepas aku selamat sampai di Airport Munich, aku terus mencari syarikat penyedia kereta sewa. Untuk makluman, sepanjang seminggu aku di Germany semuanya telah diuruskan oleh rakan sekerja di Germany. So, aku tak ada masalah arrangement sewa kereta.

Aku just ikut panduan kawan yakni lepas je claim luggage, terus pergi cari kereta dan jangan buang masa di airport. Sebab takut sampai hotel lambat. Menurut signboard, syarikat Sixt berada ditingkat bawah airport. So, aku dan rakan terus pergi cari. Dekat situ bukannya satu syarikat penyedia kereta sewa tapi banyak company lagi seperti Hertz dan lain lain lagi.

Muenchen flughafen

Oleh disebabkan awek german dikaunter Sixt tu terlalu seksi dengan pakaian tradisional german semperna Oktoberfest, aku tak tahan nak tengok dan minta Selah deal dengan dia . So, urusan kami dikaunter Sixt berjalan lancar. Lebih kurang 15min tunggu awek tu uruskan pengesahan nama, lesen antarabangsa, pembayaran, jenis kereta dan GPS.

Selah di kaunter Sixt

Lepas je aku bagi lesen antarabangsa kat dia, dia tanya dekat aku What kind of car you prefer? Petrol or diesel? Pasal ni, kawan aku dah beritahu dekat Germany ada dua jenis minyak kereta yang depa guna. So, aku dengan konfidennya terus kata Petrol please. Dalam booking, aku diberikan VW Passat dan Opel Aspira Limo. Oleh sebab aku nak petrol, kereta yang ada buat masa tu hanyalah Opel Aspira Limo TURBO. Lepas kunci kereta, dia uruskan GPS untuk aku.

Masa kat kaunter, kawan aku suruh pastikan GPS dalam English. So, kalau boleh minta dia key-in alamat hotel terus. Nanti, terus drive dari airport terus ke hotel. Dalam 10 minit jugak awek tu cari GPS, tukar bahasa, dan masukkan alamat hotel kat kami. Bagus dia. Kemudian, dia berikan panduan macam mana nak ambil kereta di garaj airport. Kereta kami berada di tingkat 5 arah barat. Pergh, mana aku nak tau arah utara, selatan, timur barat ni? Ikut je la..

Bawak kereta Opel! 

Pening kepala jugak la nak cari lokasi kereta. Tengok punya tengok.. haaa dah jumpa pon kereta yang kami cari. Opel model Astra. Apa yang aku buat masa sampai dekat kereta :

  1. Pusing sekeliling kereta, tengok ada calar ke tidak. Ambil gambar keadaan kereta. Nanti boleh jadi bukti kita terima kereta dengan defect dsb.
  2. Masuk kereta, pegang setereng, tengok panel kereta. Kenalpasti mana satu wiper, signal, lampu, radio, heater, aircond dan lain lain lagi.
  3. Cari tempat buka tangki minyak. Tapi tak ada pun!
  4. Buka booth belakang. Masukkan luggage dalam beg.
  5. Cek tempat duduk belakang. Condition tempat duduk belakang.
  6. Hidupkan enjin.

Masa aku nak mulakan perjalanan, aku pegang stereng dan nak tekan minyak. And i screamed Oh goooooooooodddd, its left side!!!!!! Hahahhaa So, aku buat 9-10 pusingan dekat level yang sama sebelum turun ke tingkat bawah. Tips yang boleh dikongsi untuk pengalaman pertama memandu :

  1. Pastikan kiri kanan bebetul terjaga. Kalau tidak nanti tergesel dengan kereta orang.
  2. Tekan minyak sikit saja. Jangan terus tekan.
  3. Pastikan masukkan gear yang betul (kalau manual) if auto, just control minyak.
  4. Kena alert sikit kiri dan kanan.
  5. JANGAN MENGGELABAH! itu yang paling penting!
  6. Pastikan GPS dipasang dan follow instruction daripada GPS

So, bila dah turun ke jalan besar, suasana dan keadaan disekitar semuanya berbeza dekat Malaysia. Arahan dan keadaan jalan semua dah bertukar dari kanan ke kiri. Damn. Agak mengelirukan. So, nasib baik ada GPS Navigator yang membantu sesangat. Kami tak sesat dan terus ke bandar yang mana tempat kami akan menginap untuk seminggu.

drive to Memmingen

Kami memandu dari lapangan terbang Munich ke Memmingen, mengambil masa lebih kurang 2 jam (untuk pemandu baru macam aku) dan jumlah perjalanan kira kira 100km. Kami menggunakan lebuhraya utama Germany iaitu Autobahn yang terkenal dengan tiada speed limit.

Alhamdulillah, aku tak mengalami keletihan ataupun pening pening dan boleh memandu dengan lancar macam dekat Malaysia jugak! So.. Boleh la tengok rakaman video dekat bawah ni.

Untuk pertama kali driving kat Germany ni sangat best. Penduduk german sangat baik dan follow rules. Tak nampak lagi pon rakyat depa potong que ataupun langgar traffic light.. Till next entry ya!

Leave a Reply